|

KUBURIYYUN – GOLONGAN PENYEMBAH KUBUR

Masih tidak percaya sebahagian kaum Muslimin diperdaya supaya SEMBAH KUBUR ?

Nah, biar gambar berbicara.

Sedangkan ALLAH berfirman:

وَأَنَّ ٱلۡمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدࣰا

“Dan sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (menyembah) ALLAH semata-mata, maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama ALLAH.”

Surah Al-Jinn, 18.

Firman ALLAH:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱرۡكَعُوا۟ وَٱسۡجُدُوا۟ وَٱعۡبُدُوا۟ رَبَّكُمۡ.

” Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (kepada ALLAH), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNYA)”

Surah Al-Hajj, 77.

Firman Allah:

لَا تَسۡجُدُوا۟ لِلشَّمۡسِ وَلَا لِلۡقَمَرِ وَٱسۡجُدُوا۟ لِلَّهِ ٱلَّذِی خَلَقَهُنَّ

“Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada ALLAH yang menciptakannya.”

Surah Fussilat, 37.

– Demikian juga jangan SUJUD kepada KUBUR.

Mereka DOA dan SUJUD kepada KUBUR lalu mereka kata ia TAWASSUL meminta SYAFAAT!

TIDAK SAMA SEKALI!

Malah ia perbuatan SYIRIK yang jelas.

Kepada ALLAH jua kita memohon petunjuk dan perlindungan daripada SYIRIK dan penyeru-penyerunya.

Idris bin Sulaiman
Kajang
1 Rabiulakhir 1441H /
29 November 2019

Selesai solat Subuh sesudah perubahan waktu dengan dilewatkan 8 minit. Permasalahan yang telah dibahaskan oleh Syeikh Al-Albani rahimahullah beberapa puluh tahun lepas. Alhamdulillah.

Similar Posts

  • | | |

    KUBURIYYUN

    Golongan penyembah kubur atas nama Islam. Dibuat binaan atas kubur kemudian kubur itu dijadikan sebagai tempat ibadah memuja si mati meminta tolong daripadanya atas nama tawassul dan syafaat. Inilah amalan syirik di kubur yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah sejak dahulu sampai hari ini. Dukacitanya sebahagian kaum Muslimin pun terjebak dalam…

  • |

    CIRI-CIRI AJARAN SESAT

    Antara ciri-ciri ajaran sesat ialah: Ajaran menyalahi dalil Al-Quran dan al-Sunah; Bercanggah dengan pemahaman Salaf al-Soleh; Bertentangan dengan amalan para Sahabat; Berbaur khurafat dan tahyul; Diselubungi kesamaran dan kerahsiaan; Ajaran bercanggahan dan kontradik; Disembunyikan daripada pengetahuan umum. BIAR GAMBAR BERBICARA Foto-foto yang disisipkan ialah gambaran kasar apa yang disebutkan di…

  • | | |

    ASYAIRAH SUFIYYAH

    Golongan yang memperlihatkan tauhid sebagai syirik manakala syirik dikatakan tauhid. Menetapkan sifat-sifat Allah berdasarkan firman Allah ﷻ dan sabda Nabi ﷺ dikatakan tajsim, menjisimkan Allah ﷻ seperti makhluk yang syirik lagi kufur, kata mereka. Manhaj metodologi mereka ialah takwil dan tafwid, memalingkan zahir makna sifat-sifat Allah ﷻ kepada makna-makna yang…

  • | |

    GERAKAN SURURI

    – Fahaman ekstremis jihadi, Arab Saudi – Antara sut tali leher Ikhwani & jubah Salafi Gerakan Sururi atau Sururiyyah ialah sebuah gerakan yang telah dimulakan oleh Muhammad bin Surur Zainal Abidin (1938-2016), warganegara Syria. Beliau seorang pensyarah universiti yang menyertai sayap jemaah Ikhwanul Muslimin di Syria sebelum memilih untuk keluar…

  • | |

    KHAWARIJ AL-QAIDIYYAH

    Salah satu cabang kumpulan Khawarij yang bergerak menghasut pemikiran masyarakat Muslim supaya membenci pemerintah negara, menolak dan melawannya. Mengkritik untuk menjatuhkan, tidak pernah mahu membina. Jauh daripada sikap sabar dan bersyukur. Kumpulan perosak, gunting dalam lipatan kaum Muslimin. Semoga Allah ﷻ pelihara kita dan anak-anak kita daripada pemikiran Khawarij yang…