| |

JADILAH SEPERTI LILIN, MEMBAKAR DIRI UNTUK ORANG LAIN?

JADILAH SEPERTI LILIN, MEMBAKAR DIRI UNTUK ORANG LAIN?

Mungkin kita biasa dengar peribahasa ini. Persoalannya, adakah maksudnya benar??

Hakikatnya, kemusykilan-kemusykilan seperti ini tiada jalan lain kecuali dengan kita kembali kepada panduan Agama untuk kita mendapat jawapan yang tuntas, yakin lagi benar.

Percaya atau tidak, terdapat sebuah hadis yang menyebut tentang maksud peribahasa ini secara khusus! Tetapi dengan maksud yang bertentangan sama sekali dengan apa yang dianjurkan dalam peribahasa di atas.

Sabda Nabi sallalahu alahi wasallam:

مَثَلُ الَّذِي يُعَلِّمُ النَّاسَ الْخَيْرَ وَيَنْسَى نَفْسَهُ مَثَلُ الفَتِيلَةِ تُضِيءُ لِلنَّاسِ وَتَحْرِقُ نَفْسَهَا

“Perumpamaan orang yang mengajar kebaikan tetapi melupakan dirinya sendiri adalah seperti lilin yang menerangi orang lain dengan membakar dirinya sendiri.”

Riwayat At-Tabarani dalam Al-Kabir dan disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib, no. 5837.

Hadis di atas melarang kita daripada menjadi seperti lilin yang membakar diri untuk orang lain. Dengan kata lain, perbuatan menjadi seperti lilin yang membakar diri untuk orang lain ditegah dan dilarang. Secara ringkasnya, ia perbuatan yang haram.

Mengapa tidak, barangkali sesetengah pembaca akan terkejut dengan kenyataan berikut, kita diperintahkan untuk memelihara diri sendiri sebelum orang lain. Dengan kata lain, jagalah diri sendiri, jangan terlalu memikirkan tentang orang lain sehingga menyebabkan diri sendiri binasa.

Dalam sebuah ayat, Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

“Wahai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka.”

Surah At-Tahrim, 6.

Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan hambanya yang beriman supaya memelihara diri mereka terlebih dahulu sebelum ahli keluarga; apatah lagi orang lain.

Semua nas ini menunjukkan betapa pentingnya seseorang itu menjaga kemaslahatan dirinya, jangan sengaja mendatangkan bahaya kepada diri, apatah lagi mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan.

Firman Allah:

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.”

Surah Al-Baqarah, 195.

Walau apa pun, jangan salah faham, tulisan ini hanya merujuk kepada peribahasa yang disebutkan di atas. Ia tidak menafikan tuntutan supaya manusia berbuat baik kepada orang lain, berbakti, tolong-menolong serta rela berkorban masa, tenaga dan harta untuk yang memerlukan.

Dalam masa yang sama, tulisan ini juga tidak menafikan kemungkinan bahawa maksud di sebalik peribahasa di atas ialah anjuran untuk berbakti dan berkorban untuk orang lain, hanya sahaja ditegaskan bahawa perkataannya boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham. Kerana itu tulisan ini dicoret.

Kepada Allah jua kita memohon petunjuk.

وَصلَّى الله عَلى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم

Kajang
https://www.facebook.com/idrissulaiman
05 Dzulkaedah 1440 / 08 Julai 2019

Similar Posts

  • | | |

    PASANGAN YANG BUATKAN RAMBUT BERUBAN SEBELUM MASANYA

    Antara doa yang diajarkan oleh Nabi ﷺ ialah memohon perlindungan daripada lima golongan manusia iaitu: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَارِ السُّوءِ، وَمِنْ زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ الْمَشِيبِ، وَمِنْ وَلَدٍ يَكُونُ عَلَيَّ رَبًّا، وَمِنْ مَالٍ يَكُونُ عَلَيَّ عَذَابًا، وَمِنْ خَلِيلٍ مَاكِرٍ عَيْنَهُ تَرَانِي وَقَلْبُهُ يرْعَانِي إِنْ رَأَى حَسَنَةً دَفَنَهَا، وَإِذَا رَأَى…

  • |

    LELAKI BERSALAMAN DENGAN PEREMPUAN SECARA BERALAS

    Tidak boleh bagi seorang lelaki bersalaman dengan perempuan yang bukan mahramnya sama ada secara beralas ataupun tidak. Ini berdasarkan kenyataan Aisyah tentang cara Nabi ﷺ menerima baiah taat setia para wanita Sahabat di mana dia berkata: لا والله ما مست يده يد امرأة في المبايعة. “Demi Allah tangan baginda ﷻ…

  • |

    BIDAAH

    – Amalan rekaan & tokok tambah dalam Agama Realitinya orang yang mengada-adakan amalan baharu dan membuat tokok tambah dalam Agama mempertikaikan apa yang Allah ﷻ telah syariatkan. Dia seolah-olah menganggap bahawa syariat Islam itu masih belum sempurna dan ada amalan-amalan lain yang Nabi ﷺ terlepas pandang atau tidak sempat mengajarkannya…

  • |

    SETIAP MUSIBAH ADALAH KAFARAH

    Lumrah manusia tidak suka bala bencana dan malapetaka menimpa atasnya. Tetapi sedar atau tidak terdapat hikmah dan rahsia yang cukup besar di sebalik takdir-takdir yang sedemikian. Allah ﷻ ingin menutup dosa-dosa para hambaNya yang beriman melalui musibah-musibah itu. Di kala si hamba bersabar menghadapi dugaan. Sabda Nabi ﷺ: مَا ‌مِنْ…

  • |

    BUNUH DIRI

    BUNUH DIRI Membunuh diri termasuk antara sebesar-besar dosa. ALLAH ﷻ berfirman: وَلَا تَقۡتُلُوۤا۟ أَنفُسَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِیمࣰا. “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengasihani kamu.” [Al-Quran; an-Nisa’: 29] Sabda Nabi ﷺ: “Barang siapa membunuh dirinya dengan sesuatu maka dia akan diseksa dengannya pada Hari Kiamat.”…