|

ARAB SAUDI MENYALURKAN BANTUAN KEPADA MALAYSIA

ARAB SAUDI MENYALURKAN BANTUAN KEPADA MALAYSIA

Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini memutuskan untuk menghantar bantuan perubatan kepada Malaysia dalam bentuk peralatan dan bekalan bagi menangani cabaran pandemik Covid-19.

https://www.facebook.com/137192489702943/posts/4175585399196945/

Keputusan ini dikeluarkan setelah kejayaan negara berkenaan menguruskan bilangan terhad jemaah haji tanpa sebarang kes positif penyakit berkenaan dicatatkan.

https://www.arabnews.com/node/1898426/saudi-arabia

————

Dukacitanya mungkin akan tetap ada pihak yang memomokkan masyarakat kita tentang Arab Saudi sebagai negara syaitan, musuh Islam, munafik, topeng Yahudi, hantu Wahabi dan bermacam-macam lagi.

Pihak ini sering mengangkat negara seperti Iran dan Turki sebagai wira pahlawan umat Islam kerana retorik-retorik anti Yahudi Israel mereka walhal realitinya Iran merupakan negara Islam yang paling ramai mempunyai penduduk Yahudi manakala Turki adalah negara majoriti Muslim yang pertama mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel pada tahun 1949.

Penduduk Yahudi di Iran:

https://www.dw.com/en/celebrating-sabbath-with-irans-jewish-minority/a-49543137

Hubungan Turki-Israel:

https://www.aa.com.tr/en/middle-east/turkey-israel-relations-a-timeline/598666

Seperti Malaysia, Arab Saudi sehingga kini tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara haram Yahudi ‘Israel’.

Justeru inilah yang dikatakan propaganda ‘misinformation’ menyebarkan maklumat salah bagi mengelirukan umat Islam sampai tidak dapat membezakan antara kawan dan lawan.

Daripada ALLAH ﷻ jua kita memohon petunjuk dan hidayah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
16 Zulhijah 1442H /
26 Julai 2021

Similar Posts

  • |

    ANDA HARAPAN TERAKHIR KAMI?

    Muslim yakin dan beriman dengan Allah ﷻ selaku al-Khaliq dan al-Razzaq, Yang Maha Perkasa lagi Maha Memberi. Segala sesuatu di bawah kuasa dan ketentuanNya. Tidak ada yang dapat menghalang apa yang diizinkan oleh Allah ﷻ, dan tidak ada yang dapat memberi apa yang dihalangNya. Allah ﷻ jualah yang memberi segala…

  • |

    KEMAJUAN MATERIAL?

    KEMAJUAN MATERIAL? . . Hakikatnya ia kembali kepada cara kita menimbang ‘baik’ dan ‘buruk’. . Cara timbang orang kafir adalah berdasarkan ‘kemajuan’ material di dunia semata-mata. . Adapun soal spiritual, ternyata mereka jahil malah mundur sehabis-habisnya. . Kerana itu barangkali mereka maju dan kaya secara material, tetapi dalam masa yang…

  • |

    EKSTREM & MELAMPAU DALAM AGAMA

    – Definisi Muslim yang baik Sikap ekstrem dan melampau (ghuluw) ditegah oleh agama. Sabda Nabi ﷺ: إِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ فِي الدِّينِ، فَإِنَّهُ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمُ ‌الْغُلُوُّ ‌فِي ‌الدِّين. “Jangan kamu bersikap melampau dalam agama kerana sesungguhnya apa yang telah membinasakan orang-orang sebelum kamu ialah sikap mereka yang melampau dalam beragama.”…

  • | |

    KEKUATAN BERBAHAS

    KEKUATAN BERBAHAS Kekuatan seseorang itu berbahas tidak diukur dengan hanya membawa maklumat dan memperbanyakkannya di samping menghafal dalil dan mengemukakannya. Sebaliknya dengan sejauh mana kuatnya dalil yang digunakan, cara penyampaiannya serta melazimi metode ilmu dalam perbincangan dan sanggahan. CATATAN Bagaimana jika suatu permasalahan Agama itu hanya ditegakkan dengan andaian dan…

  • |

    GAMBAR KEMALANGAN UNTUK MENCARI WARIS

    GAMBAR KEMALANGAN UNTUK MENCARI WARIS Saya berpandangan bahawa perbuatan sebahagian netizen menyebarkan gambar-gambar kemalangan berserta identiti mangsa sewajarnya dielakkan. Bukan kerana ngeri semata-mata sebaliknya kerana sebab yang lebih besar iaitu: MENJAGA AIB sesama saudara MUSLIM. Sabda Nabi, “Barangsiapa menutup aib seorang Muslim nescaya Allah akan menutup aibnya pada Hari Kiamat.”…