| |

STATUS HADIS:

STATUS HADIS:

مَنْ قَالَ فِي يِوْمٍ مِئَةَ مَرَّةٍ: “لَا إلَهَ إلَّا اللهُ الحَقُّ المُبِينِ” كَانَ لَهُ أمَاناً مِنْ الفَقْرِ، وَاسْتَجْلَبَ بِهِ الغِنَى، وَأَمِنَ مِنْ وَحْشَةِ القَبْرِ، وَاسْتَقْرَعَ بَابَ الجَنَّةِ

(Barang siapa berkata pada satu hari seratus kali:

‘La ilaha illa Allah al-Haq al-Mubin’

maka ia keamanan buatnya daripada kefakiran, dia meraih dengannya kekayaan, selamat daripada keperitan kubur dan dengannya dia akan dapat mengetuk pintu syurga)

DAIF, MUNGKAR.

Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad (12/358) dan yang lain daripada jalan al-Fadhl bin Ghanim yang berkata: Telah berkata Malik bin Anas, daripada Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Ali bin Abi Talib, katanya: Telah bersabda Nabi…(lalu disebutkan hadisnya).

Kata al-Fadhl bin Ghanim: “Demi Allah, jika kamu pergi ke Yaman dengan hadis ini nescaya itu adalah sedikit.”

Hadis ini sanadnya daif.

al-Khatib al-Baghdadi meriwayatkan daripada Ibnu Ma’in bahawasanya dia berkata: al-Fadhl ini daif, (laisa bisyai – bukanlah perawi yang kuat – pent). ad-Daraqutini berkata: Tidak kuat (laisa bilqawiy). Dalam kitab Lisan al-Mizan, daripada ad-Daraqutni bahawasanya dia berkata: “Semua yang diriwayatkan oleh al-Fadhl daripada Malik ialah daif (lemah – pent).

Rujukan: Silsilah as-Sahihah, no. 3310.

Terjemahan oleh:

Idris bin Sulaiman
Kajang
24 Safar 1441H / 24 Oktober 2019
Pagi yang cerah walhamdulillah.

Similar Posts

  • |

    MANUSIA SEPERTI BUKU

    MANUSIA SEPERTI BUKU Ada buku yang dibaca dapat difahami dan diambil manfaat daripadanya. Dalam masa yang sama, ada buku yang dibaca tetapi isinya tidak dapat difahami. Terdapat juga buku yang dibaca tetapi maklumatnya tidak disampaikan dengan betul maka ia menimbulkan salah faham pembacanya. Demikian ada buku yang luarannya tampak cantik…

  • |

    “ISLAM ITU LUAS”?

    “ISLAM ITU LUAS”? # Ungkapan batil Ia merupakan jawapan mudah sebahagian kelompok apabila amalan mereka dibantah kerana tiada dalil yang menyokong amalan mereka tersebut. Sedangkan ia paling kurang mengelirukan jika bukan batil. Ini kerana Islam terbatas kepada apa yang difirmankan oleh Allah ﷻ serta disabdakan oleh RasulNya ﷺ semata-mata manakala…

  • |

    KEBIJAKSANAAN

    Kebijaksanaan ialah: “Melakukan apa yang sepatutnya, mengikut cara yang sepatutnya serta pada waktu yang sepatutnya.” [Ibnu al-Qayyim, Madarij al-Salikin] Ibnu Uthaimin menambah: “Dan di tempat yang sepatutnya.” [Syarah al-Aqidah al-Saffariniyyah] Firman Allah ﷻ: ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ. “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan.” [Al-Quran, al-Nahl, 16: 125] Kata…