|

Soalan: Bagaimana cara menggunakan wang riba?

Soalan:
Assalamualaikum Ustaz. Bagaimana cara menggunakan wang riba?

Jawapan Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman:
CARA MELUPUSKAN WANG HASIL RIBA

Wa’alaikum salam

Menurut Syeikh Al-Albani rahimahullah wang haram seperti RIBA tidak boleh dilupuskan melalui jalan sedekah memandangkan sabda Nabi:

“Sesungguhnya Allah itu baik, Dia hanya menerima yang baik.” (Muslim)

Adapun RIBA, ia adalah buruk.

Oleh itu, apa yang perlu ialah hendaklah ia digunakan pada maslahat-maslahat awam seperti membersihkan tandas, menurap jalan raya dan seumpamanya.

Barakallahu fikum.

————————-
Sertai group whatsapp Soal Jawab Sahabat iSDC. PM ke no 019-664 7749.

[ Admin ]

Similar Posts

  • |

    KEMUNGKARAN SEMASA PENGURUSAN JENAZAH vs WALIMATULURUS

    Jangan terus pulang jika melihat kemungkaran semasa hadir pengurusan jenazah. Berbeza dengan kemungkaran dalam walimatulurus, tetamu boleh patah balik dan pulang. Imam Ahmad menegaskan bahawa jika seseorang itu melihat kemungkaran yang tidak dapat dicegahnya berlaku sewaktu menghadiri pengurusan jenazah maka hendaklah dia terus tetap di situ sehingga jenazah selesai ditanam….

  • |

    ISTERI JANGAN MUDAH MINTA CERAI

    Seorang isteri tidak boleh sewenang-wenangnya meminta cerai kecuali jika ada alasan kukuh untuknya berbuat demikian. Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ: أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلَاقًا فِي ‌غَيْرِ ‌مَا ‌بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ. “Mana-mana isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan maka haram baginya bau syurga.” [Sahih. Riwayat Abu…

  • |

    FAHAMAN PARA SAHABAT

    Kata murid Imam al-Syafii, Imam Ahmad bin Hanbal: “Asas pegangan Sunah kami ialah berpegang kepada fahaman para Sahabat Rasulullah ﷺ dan mencontohi mereka di samping meninggalkan hal-hal bidaah. Sedangkan semua bidaah sesat.” Dr. Idris bin SulaimanKajang11 Rabiulakhir 1444H26 Oktober 2023

  • |

    ALLAH AL-KARIM

    ALLAH AL-KARIM Di antara nama ALLAH ﷻ ialah al-Karim. Makna al-Karim bagi ALLAH ﷻ antaranya ialah: Yang memberi tanpa meminta balasan; Yang memberi tanpa sebab; Yang memberi tanpa perlu perantara; Yang memberi tanpa mempedulikan siapa yang diberi; sama ada orang yang berbuat baik atau tidak, orang Islam atau kafir; orang…

  • |

    IKUT FAHAM SAHABAT NABI ﷺ

    IKUT FAHAM SAHABAT NABI ﷺ -Bukan faham tok guru-Kesesatan mereka yang menyalahi fahaman Sahabat Firman Allah ﷻ: “Dan sesiapa yang menyalahi Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk dan dia pula mengikut jalan SELAIN DARI JALAN ORANG-ORANG BERIMAN maka Kami akan palingkan dia ke arah jalan yang dipilihnya, dan Kami…