ZINA & PLURALISME

ZINA & PLURALISME

(Rentetan peristiwa program pelajar Melayu Muslim di kuil)

1. PLURALISME ialah fahaman menyamakan SEMUA AGAMA dalam erti KEBENARAN ada dalam SEMUA AGAMA, dan keselamatan (syurga) boleh dicapai menerusi MANA-MANA AGAMA.

Tuhan adalah satu, hanya istilah NAMA SAHAJA BERBEZA (Allah, Jehovah, Jesus, Brahma dll.).

Menggalakkan kerjasama dan DIALOG antara agama-agama yang berbeza bagi meningkatkan PERSEFAHAMAN.

Apa yang PENTING ialah AKHLAK (moral) manakala akidah dan cara ibadah terserah kepada masing-masing.

Digunakan sebagai istilah untuk merujuk kepada keadaan hidup bersama secara ‘HARMONI’ di antara penganut agama yang berbeza melalui PERKAHWINAN pasangan BERBEZA AGAMA, berkongsi RUMAH IBADAT, berkongsi menggunakan KALIMAH ALLAH, dan sebagainya TANPA sebarang SEKATAN agama.

2. Berikut ialah PERBANDINGAN antara jalan menuju ke kancah ZINA dengan jalan menuju ke kancah PLURALISME.

Perhatikan titik-titik persamaan supaya kita sentiasa berwaspada – jangan sampai terkeliru dan terpedaya.

Berkata seorang penyair Arab:

نَظْرَةٌ فَابْتِسَامَةٌ فَسَلَامٌ فَكَلَامٌ فَمَوْعِدُ فَلِقَاءٌ

“Melihat, senyum, memberi salam, berbual, bertemu janji dan berjumpa”

Inilah rentetan bagaimana zina berlaku. Ada mukadimah permulaannya.

3. ZINA tidak berlaku dengan begitu sahaja secara mengejut.

Ia bermula dengan pandangan mata, disusuli senyuman, kemudian memberi salam, berbual-bual mesra, membuat temu janji dan setelah itu berjumpa (dating).

Kemuncaknya ialah ZINA persetubuhan HARAM.

Lihat sahaja peringkat-peringkat permulaannya.

Ia bermula dengan cara yang begitu HALUS, ‘innocent’ TIDAK BERSALAH, barangkali tidak berdosa pun sebagaimana halnya dengan ‘pandangan pertama’ yang tidak disengajakan.

Tetapi lihat apa yang berlaku sekiranya ia TIDAK DIBENDUNG.

Kesudahannya ialah berlakunya jenayah ZINA – dosa besar, ‘fahisyah’, seburuk-buruk jalan kehidupan yang merosakkan IMAN, meruntuhkan institusi keluarga serta mengakibatkan pelbagai kesan-kesan BURUK yang DAHSYAT ke atas individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Tidak hairanlah mengapa ALLAH berfirman:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا

“Dan janganlah kamu MENGHAMPIRI zina”

Al-Quran, al-Israa’, 17:32.

Allah TIDAK mengatakan ‘Janganlah kamu MELAKUKAN zina’ sebaliknya ‘MENGHAMPIRI ZINA’.

Mengapa demikian?

Kerana ZINA berlaku melalui mukadimah-mukadimahnya.

Maka bukan sahaja ZINA itu perlu dijauhi malah MUKADIMAH-MUKADIMAHNYA juga perlu DIJAUHI dan DIAWASI.

JANGAN diambil mudah. BURUK padahnya.

MENGHINDARINYA DARI AWAL lebih mudah berbanding jika sudah sampai di peringkat-peringkat akhir sebelum ZINA berlaku.

4. Bagaimana pula dengan PLURALISME?

Ketahuilah bahawa PLURALISME juga ada MUKADIMAH-MUKADIMAHNYA.

Ia bermula dengan MINAT mengetahui tentang AGAMA-AGAMA LAIN dengan pretensi mempelajari ‘PERBANDINGAN AGAMA’, kemudian membuat LAWATAN ke rumah-rumah ibadat Yahudi, Nasrani, Hindu, Buddha atas nama ‘KAJIAN LAPANGAN’ untuk belajar dengan ‘lebih dekat’ tentang agama-agama lain, mengadakan TEMU JANJI majlis ‘halakah’ dengan rabai, paderi, pujari dan sami untuk memahami ‘secara langsung dari mulut mereka’ tentang agama mereka.

Kemudian apa?

Akan ada kesimpulan seperti:

Mereka juga manusia seperti kita. Wajarlah kita mengasihani mereka atas dasar ‘KEMANUSIAAN’. Usahlah terlalu BERFIKIRAN SEMPIT terkongkong dengan BATASAN AGAMA.

Mereka juga turut MENCARI KEBENARAN seperti kita. Tiada sesiapa yang MAKSUM.

Jangan cepat MENGHUKUM SESAT mereka. Kasihanilah mereka. Tuhan Maha Pengampun lagi Mengasihani.

Nampak??? Inilah kesimpulan-kesimpulan fahaman PLURALISME.

SYARIAT ISLAM berlepas diri daripadanya.

Sedangkan Allah berfirman:

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَهٍ إِلَّا إِلَهٌ

“Sesungguhnya telah KAFIR orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu daripada tiga tuhan.”

Al-Quran, al-Maa’idah, 5:73.

ALLAH menghukum KAFIR atas mereka yang menyekutukan ALLAH dengan tuhan-tuhan lain.

Firman Allah:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ

“Wahai orang-orang beriman! JANGANLAH kamu mengambil orang-orang YAHUDI dan NASRANI itu sebagai TEMAN RAPAT, kerana sesetengah mereka menjadi teman rapat kepada sesetengah yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang MENJADIKAN MEREKA TEMAN RAPATNYA, maka sesungguhnya DIA TERGOLONG DALAM KALANGAN MEREKA”

Al-Quran, al-Maa’idah, 5: 73.

Ancaman ke atas mereka yang mengangkat ORANG KAFIR sebagai sekutu, teman rapat, penasihat dan sebagai ketua bahawa AKIDAH mereka TERGELINCIR.

Firman Allah:

إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ

“Sesungguhnya barang siapa MENSYIRIKKAN ALLAH maka ALLAH HARAMKAN SYURGA ke atasnya dan TEMPAT TINGGALNYA dalam API NERAKA.”

Al-Quran, al-Maa’idah, 5:72.

Allah mengancam pelaku SYIRIK dan KUFUR dengan AZAB API NERAKA serta DIHARAMKAN SYURGA.

Sabda Nabi:

لَا يَسْمَعُ بِي أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ يَهُودِيٌّ، وَلَا نَصْرَانِيٌّ، ثُمَّ يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ، إِلَّا كَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ

“Tidaklah SESIAPA daripada kalangan UMAT INI sama ada YAHUDI ataupun NASRANI yang mendengar tentangku, kemudian dia MATI dalam keadaan TIDAK BERIMAN dengan risalah yang aku bawa melainkan dia tergolong dalam kalangan PENGHUNI API NERAKA.”

Riwayat Muslim.

TIADA PILIHAN untuk menganut SELAIN AGAMA ISLAM.

Sesiapa MATI dalam keadaan TIDAK ISLAM sedangkan kebenaran telah sampai kepadanya maka TEMPATNYA DALAM NERAKA.

5. Usahlah terpedaya dengan dakyah tipu daya MUSUH-MUSUH ISLAM daripada kalangan KAFIR, MUNAFIK dan ZINDIQ bertopengkan ‘dialog’, ‘meningkatkan persefahaman’, ‘keharmonian’ dan ‘perbandingan agama’ sedangkan ALLAH berfirman:

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

“Orang-orang YAHUDI dan NASRANI tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehinggalah engkau MENGIKUTI AGAMA MEREKA”

Al-Quran, al-Baqarah, 2: 120.

Ketahuilah bahawa kesudahan PLURALISME ialah penguasaan KAFIR atas UMAT ISLAM manakala masyarakat ISLAM hilang jati diri sahsiah sebagai seorang MUSLIM yang berprinsip dan beragama.

MUSLIM jadi tunduk kepada KAFIR, HILANG rasa BANGGA dan MULIA dengan ISLAM, hilang sensitiviti terhadap AKIDAH, BAHAYA SYIRIK dan KUFUR.

Tidak perlu lihat jauh, barangkali golongan ini ADA DALAM NEGARA kita. Wallahul mustaan.

PLURALISME MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH, hilangnya RAHMAT manakala diancam AZAB API NERAKA.

Nauzubillah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
3 Safar 1441H / 3 Oktober 2019
Menanti masuk waktu Zohor

Similar Posts