| |

ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA

Ziarah kubur disyariatkan pada bila-bila masa sepanjang tahun untuk mengingati kematian dan Hari Akhirat, di samping mengambil iktibar serta pengajaran daripada mereka yang telah mendahului, memberi salam dan mendoakan kesejahteraan buat mereka.

Nabi ﷺ bersabda:

“Dahulu aku melarang kalian menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah ia, kerana ia mengingatkan kalian kepada Hari Akhirat.”

[Sahih, riwayat al-Tirmizi, no. 1054]

Namun, syariat tidak menetapkan hari tertentu untuk menziarahi kubur.

Mengkhususkan Hari Raya untuk ziarah kubur adalah bidaah yang tidak mempunyai contoh daripada amalan Nabi ﷺ mahupun para Sahabat.

Fatwa al-Lajnah al-Da’imah (9/113) menyatakan:

“Tidak boleh mengkhususkan hari tertentu untuk menziarahi kubur, kerana tiada dalil mengenai hal itu. Sebaliknya, yang disyariatkan ialah menziarahinya pada bila-bila masa tanpa mengkhususkan hari-hari tertentu.”

Perlu diketahui bahawa tidak boleh mengkhususkan sesuatu ibadah pada waktu atau tempat tertentu melainkan dengan dalil syarak.

Sedangkan mengkhususkan Hari Raya untuk ziarah kubur adalah sesuatu yang tidak datang daripada Rasulullah ﷺ, bukan daripada petunjuk Baginda ﷺ, dan tidak juga daripada para Sahabat.

Mengandaikan ziarah kubur pada Hari Raya merupakan sebahagian daripada amalan golongan Salaf al-Soleh adalah suatu pembohongan dan pendustaan terhadap generasi mulia umat Islam ini.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
02 Syawal 1447H
22 Mac 2026
https://idrissulaiman.com/shop

Similar Posts

  • |

    HUKUM ‘SOLAT HAJAT’

    Hadis Tentang ‘Solat Hajat’ Telah diriwayatkan oleh al-Tirmizi (no. 479) dan Ibnu Majah (no. 1384) daripada Abdullah bin Abi Awfa, bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: مَنْ كَانَتْ لَهُ إِلَى اللَّهِ حَاجَةٌ، أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ بَنِي آدَمَ، فَلْيَتَوَضَّأْ وَلْيُحْسِنِ الْوُضُوءَ، ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ لِيُثْنِ عَلَى اللَّهِ، وَلْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى…

  • | | |

    SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

    Pegang as-Sunah Jauhi rekaan tokok tambah Sambutan malam Israk Mikraj pada malam 27 Rejab termasuk dalam perbuatan tokok tambah dan mengada-adakan rekaan amalan baharu dalam agama. Sambutan ini sama sekali tiada petunjuknya dalam Al-Quran, hadis ataupun amalan para Sahabat Nabi ﷺ. Ia bukan suatu tokok tambah ataupun rekaan amalan yang…

  • | | | |

    DOA MELIHAT ANAK BULAN

    – Setiap awal bulan sepanjang tahun – Kias doa akhir & awal tahun Hijrah Telah sabit dalam hadis sahih doa yang dibaca oleh Nabi ﷺ apabila melihat anak bulan. Daripada Talhah bin Ubaidillah radiallahuanhu, bahawasanya apabila Nabi ﷺ melihat anak bulan, baginda ﷺ berdoa: اللّهُمَّ ‌أهِلْهُ ‌عَلَيْنَا ‌بِاليُمْنِ ‌وَالإيمَانَ وَالسَّلامَةَ…

  • |

    MEMPERSENDAKAN NAMA ALLAH ATAU MEMIMIK BUNYI HAIWAN?

      Walau apa pun jawapannya perbuatan sedemikian tetap buruk. Tidak wajar sama sekali nama Allah ﷻ diperlakukan sedemikian. Jauh sekali hendak berzikir dan memperbesarkan Allah ﷻ dengan cara begitu. Kelihatan sebaliknya seperti mempermainkan nama Allah ﷻ dan mengubah-ubahnya. Andai diucapkan beribu kali pun ia tidak akan membawa apa-apa makna kerana…

  • | |

    KUBUR atau MAKAM?

    – Penggunaan istilah ‘makam’ bagi kubur – Kesyirikan di ‘Makam’ Syeikh Ahmad al-Badawi, Mesir Istilah makam berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kedudukan, martabat, tempat dan seumpamanya. Dalam bahasa Melayu pula makam antaranya diertikan sebagai kubur orang yang dihormati seperti nabi, para wali, keluarga diraja dan sebagainya. Menariknya, istilah makam…