| |

GRUP WHATSAPP TADARUS & KHATAM AL-QURAN

GRUP WHATSAPP TADARUS & KHATAM AL-QURAN

Soalan tentang bacaan tadarus dan khatam al-Quran pada bulan Ramadan.

Banyak tersebar di grup-grup media sosial seperti WhatsApp di mana setiap orang dibahagikan berapa juz untuk dibaca dengan tujuan tadarus dan khatam al-Quran.

Adakah dibolehkan?

JAWAPAN:

Ini bukan tadarus dan khatam al-Quran.

Perlu ditinjau terlebih dahulu makna tadarus dan khatam al-Quran.

Tadarus menjurus kepada erti membaca al-Quran secara berkumpulan dan dibaca bergilir-gilir seorang demi seorang di mana salah seorang daripada ahli kumpulan membaca manakala yang lain diam mendengar dan menyemak.

Ada pun khatam al-Quran bererti bahawa seseorang itu membaca seluruh al-Quran daripada mula hingga habis; daripada surah al-Fatihah hingga an-Nas.

Maka perbuatan membahagi-bahagikan juz tertentu al-Quran dalam grup-grup media sosial seperti WhatsApp untuk dibaca oleh setiap seorang ahli grup sebenarnya tidak menepati erti tadarus dan khatam al-Quran.

Ini kerana jika seseorang itu membaca al-Quran secara bersendirian tanpa ada sesiapa yang mendengar dan menyemak bacaannya maka ia tidak menepati erti tadarus yang telah disebutkan di atas.

Ia juga tidak menepati erti mengkhatamkan al-Quran kerana setiap seorang hanya membaca bahagian yang telah ditetapkan untuknya dan tidak membaca sendiri keseluruhan al-Quran itu.

Berdasarkan hakikat ini maka perbuatan menamakannya sebagai tadarus dan khatam al-Quran sangat tidak tepat.

Walau bagaimanapun ini tidak bererti bahawa perbuatan sedemikian tidak boleh dilakukan.

Hanya sahaja ia tidak boleh dinamakan sebagai tadarus atau khatam al-Quran.

Sebaliknya ia hanyalah program membaca al-Quran.

Sekian.

Idris bin Sulaiman
Kajang
7 Ramadan 1441H / 30 April 2020
Mengharapkan keberkatan di bulan Ramadan
Abu Omar Idris Sulaiman

Similar Posts

  • |

    KALAU DOA, NAK MINTA APA?

    – Mintalah daripada Allah ﷻ – Waktu sepertiga malam terakhir Minta supaya dijauhkan daripada sifat lemah, malas, takut, bakhil, kasar, lalai, papa, hina, cinta dunia… Mintalah juga supaya dijauhkan daripada kekufuran, kesyirikan, kefasiqan, kesombongan di samping penyakit-penyakit yang berpanjangan, bebanan hutang, penindasan manusia, hilangnya nikmat, ditimpa bebanan musibah yang berat,…

  • | | |

    BULAN REJAB

    Tidak sabit mana-mana hadis tentang kelebihan bulan Rejab secara amnya atau fadilat mana-mana ibadah secara khusus pada bulan ini. Maka tidak disyariatkan mengucapkan tahniah sempena kedatangannya, berpuasa atau pun membaca doa-doa tertentu. Adapun doa: اللَّهُمَّ باَرِكْ لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان. “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan…

  • |

    MARAH KERANA SOLAT

    MARAH KERANA SOLAT # Tanda hati sihat atau sakit Antara tanda kedudukan hati sihat atau sakit dapat dilihat berdasarkan reaksinya terhadap solat. Sekiranya ketibaan waktu solat menjadikannya ceria dan gembira manakala ketika mengerjakannya dia merasa tenang dan khusyuk maka ia tanda hati sihat. Berbeza pula sekiranya ketibaan waktu solat menjadikannya…

  • | | | |

    PUSAT PENGAJIAN SEMBAH KUBUR

    PUSAT PENGAJIAN SEMBAH KUBUR # Tarim, Hadhramaut, Yaman Awas jangan sampai anak-anak dihantar ke tempat-tempat seperti ini yang mengajar supaya pergi ke kubur tuan syeikh, guru dan kiyai kononnya bagi tujuan bertawassul dan meminta syafaat sedangkan realitinya merupakan perbuatan yang menjurus kepada kesyirikan kerana berdoa dan meminta daripada selain Allah…

  • |

    TASYBIK DILARANG SECARA MUTLAK KERANA MENYERUPAI ORANG KRISTIAN?

    TASYBIK DILARANG SECARA MUTLAK KERANA MENYERUPAI ORANG KRISTIAN? . . . Dalam permasalahan tasybik, perlu dibezakan antara: 1. Menyilang jari secara umum; 2. Menyilang jari dalam kedudukan seperti meminta dan berharap (berdoa) secara khusus. . . . Keadaan yang pertama tidak boleh dikatakan seperti keadaan yang kedua memandangkan bahawa perbezaannya…