‘WAHN’ vs WUHAN

‘WAHN’ vs WUHAN

Antara dua saranan:

1. SARANAN MENGELAK JANGKITAN KORONAVIRUS

Elakkan berjabat tangan.

2. SARANAN MENGELAK AZAB API NERAKA

Elakkan berjabat tangan dengan wanita bukan mahram.

RENUNGAN:

Antara dua saranan ini yang manakah yang lebih penting dan lebih bahaya?

Jangan terkejut sekiranya KEBANYAKAN ORANG memilih SARANAN PERTAMA.

Sedangkan Nabi bersabda:

لأنْ يُطْعَنَ في رَأْسِ رَجُلٍ بِمَخِيطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ مِنْ أنْ يَمَسَّ امْرَأةً لا تَحِلُّ لَهُ .

“Sekiranya DITUSUK KEPALA seorang lelaki itu DENGAN JARUM BESI maka itu LEBIH BAIK buatnya daripada MENYENTUH WANITA yang tidak halal baginya.”

Hadis sahih. Riwayat at-Tabarani.

Mengapakah kebanyakan manusia mendahulukan SARANAN PERTAMA?

Kerana Allah berfirman:

يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ.

“Mereka HANYA TAHU apa yang zahir TENTANG KEHIDUPAN DUNIA, sedangkan mereka TIDAK PERNAH INGAT untuk mengambil tahu TENTANG HARI AKHIRAT.”

Surah ar-Ruum, ayat 7.

Sejauh mana kewajaran SARANAN PERTAMA adalah TERBUKA KEPADA IJTIHAD. Berbeza dengan saranan kedua yang ditetapkan oleh ALLAH.

Sekali lagi, jangan terkejut sekiranya sebahagian manusia menganggap bahawa SARANAN PERTAMA adalah MUKTAMAD manakala SARANAN KEDUA TERBUKA KEPADA IJTIHAD dan interpretasi.

CATATAN:

‘WAHN’ ialah penyakit CINTA DUNIA & TAKUT MATI sebagaimana dalam hadis sahih daripada riwayat Abu Daud.

Idris bin Sulaiman
Kajang
17 Rejab 1441H / 12 Mac 2020
https://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • MAKAN BERSUAP

    MAKAN BERSUAP #Berkat Sisa Makanan Tuan Guru Capal Adakah dibolehkan bertabaruk (mengambil berkat) daripada para ulama dan orang-orang soleh? Jawapan: Tidak boleh bertabaruk dengan sesiapa selain Nabi ﷺ tidak kira sama ada sisa wuduknya, makanannya, rambutnya, peluhnya atau apa jua dari tubuh badannya. Hal ini semua khas buat Nabi ﷺ…

  • SAHABAT NABI ﷺ

    SAHABAT NABI ﷺ Sesudah Al-Quran dan hadis, para Sahabat Nabi ﷺ merupakan rujukan dalam segala ilmu Islam, kebaikan dan petunjuk. Mereka adalah sebaik-baik umat ini. Generasi yang paling tinggi ilmu agamanya, paling faham Al-Quran serta perkataan, perbuatan serta perakuan Nabi ﷺ. Ini kerana mereka adalah satu-satunya generasi manusia yang telah…

  • TAAT ARAHAN PEMERINTAH

    TAAT ARAHAN PEMERINTAH Tetap wajib taat pemerintah Muslim dalam hal makruf termasuk dalam isu penutupan masjid kerana penularan koronavirus. Perbahasan ilmiah dibahas secara ilmiah. Jangan dicampur adukan dengan isu lain. Perlu belajar cara menangani isu. Jangan mudah melatah. Dahulu sebahagian kelompok mengatakan kita mudah mengkhawarijkan orang. Kini ada yang mudah…

  • BERMUKA MASAM

    BERMUKA MASAM # Nampak ‘maco’ atau bodoh? Tidaklah orang yang bersikap angkuh dengan manusia yang di bawahnya melainkan Allah ﷻ akan mengujinya dengan kehinaan daripada manusia yang di atasnya. Oleh itu usahlah merasa diri besar dan bermasam muka dengan orang lain kerana ia adalah tanda kebodohan. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda:…

  • TRANSKRIP PENGAJIAN HADIS SYKEIKH ABDUL RAZZAQ BIN ABDUL MUHSIN AL-BADR

    TRANSKRIP PENGAJIAN HADIS SYKEIKH ABDUL RAZZAQ BIN ABDUL MUHSIN AL-BADR Minggu lepas merupakan permulaan Program Pengajian Hadis secara atas talian bersama Syeikh Abdul Razzaq al-Badr – hafidhahullah, ulama besar Madinah, Arab Saudi. Program yang berlangsung dalam bahasa Arab ini disertai lebih 4,000 peserta dari seluruh dunia. Pendaftaran masih terbuka buat…