|

TIGA MAKAM IBADAH

– Takut, berharap, cinta

Pelaksanaan ibadah mempunyai tiga makam yang harus dihimpunkan supaya ibadah itu sah diterima Allah ﷻ.

Tiga makam tersebut ialah takut (al-khauf’), berharap (al-rajaa’) dan cinta (al-mahabbah) kepada Allah ﷻ.

Takut akan membuatkan orangnya menjauhi perkara-perkara yang dimurkai Allah ﷻ.

Berharap pula akan membuatkan orangnya mendambakan rahmat Allah ﷻ serta kurniaanNya.

Adapun rasa cinta, ia akan membuatkan hati orangnya terbuka menerima perintah-perintah Allah ﷻ serta larangan-laranganNya.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Idris bin Sulaiman
Makkah al-Mukarramah
16 Jamadilakhir 1444
09 Januari 2023

Similar Posts

  • |

    HALAU ANAK KECIL

    Ada pihak halau anak kecil dari saf depan masjid kerana anggap najis sedangkan jemput penceramah ajar benda syirik khurafat dianggap baik pula. Dr. Idris bin SulaimanKajang08 Zulkaedah 1445H17 Mei 2024https://idrissulaiman.com

  • |

    PERISTIWA ISRAK MIKRAJ: JAWAPAN KEPADA JAWAPAN USTAZ HAFIZ AL-ZA’FARANI

    Hantaran semalam bertajuk ‘Peristiwa Israk Mikraj: Kemusykilan & Persoalan Buat Asyairah’ telah dibalas oleh Ustaz Hafiz al-Za’farani (HAZA), dan seperti diduga, beliau memberi reaksi skema berdasarkan kepada pegangan Asyairah yang menafikan keberadaan Allah ﷻ di atas langit. https://www.facebook.com/UstazHaza/posts/1169829010692817 Pegangan ini telah membuatkan Asyairah menafikan sekian banyak nas Al-Quran dan hadis…

  • |

    KHIANAT DIRI SENDIRI

    – Maksud ‘Ikhtian’ Seperti mana seseorang itu boleh mengkhianati orang lain dia juga boleh mengkhianati dirinya sendiri. Dengan menjebakkan diri dalam maksiat. Sedangkan maksiat merupakan asbab yang menyebabkan seseorang itu dihumban ke dalam api neraka, nauzubillah. Maka dengan perbuatan maksiat seseorang itu sebenarnya menganiaya dirinya sendiri serta mendatangkan kecelakaan ke…

  • |

    SEMBAH CAPAL?

    Umat Islam diperintahkan untuk solat menghadap Kaabah di Mekah al-Mukarramah. Ia menjadi kiblat yang menyatukan umat Islam sedunia. Perkembangan semasa di tanah air menyaksikan sebahagian kelompok masyarakat Islam begitu taasub dengan simbol capal sehingga dilihat terlalu mengagung-agungkannya dan yang terbaru dalam sebuah gambar yang tular di media sosial kelihatan sebuah…

  • |

    Seruan Jihad Perlu Dengan Meraikan Syarat-syaratnya

    SOALAN Ada yang berhujah untuk apa yang berlaku di Palestin dengan ayat: أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَٰتَلُونَ بِأَنَّهُمۡ ظُلِمُواْ “Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya.” [Al-Quran, al-Hajj, 22:39] JAWAPAN Ayat ini sebenarnya menjadi hujah ke atas mereka. Sebab nuzul ayat ini ialah kaum Muslimin pada peringkat…

  • |

    PROMOSI BUKU: TERIMA KASIH USTAZ REZA

    Terkejut apabila ada yang memaklumkan bahawa buku 80 Hadis Puasa Ramadan telah dipromosikan dalam rancangan siaran langsung televisyen Bernama pagi tadi. Dalam program bertajuk ‘Langkah Baru di Bulan Ramadan’ al-Fadhil Ustaz Reza Kamarudin berbicara mengenai persiapan untuk menyambut ketibaan bulan puasa. Kita perlu persiapkan diri dengan ilmu terlebih dahulu, tegas…