TIDAK TAHU DALIL TIDAK BERMAKNA DALIL TIDAK ADA

TIDAK TAHU DALIL TIDAK BERMAKNA DALIL TIDAK ADA

# Tidak jumpa tidak bererti tidak ada

# Kaedah-Kaedah Ilmiah
# Kaedah 10

Sering kali dalam perbahasan kita mendapati seseorang itu menjadikan ketidaktahuannya tentang sesebuah dalil sebagai hujah bahawa dalil berkenaan tidak wujud.

Sedangkan secara prinsipnya ketidaktahuan tentang sesebuah dalil tidak bererti bahawa dalil berkenaan tidak ada.

Demikian juga sekiranya seseorang itu mendakwa tidak menjumpai dalil maka itu tidak bererti bahawa dalil berkenaan benar-benar tidak ada.

Maka sebagaimana penetapan perlu dalil, demikian juga penafian perlu dalil.

Firman Allah ﷻ:

بَلۡ كَذَّبُواْ بِمَا لَمۡ يُحِيطُواْ بِعِلۡمِهِۦ وَلَمَّا يَأۡتِهِمۡ تَأۡوِيلُهُ.

“Bahkan mereka terburu-buru mendustakan Al-Quran yang kefahaman mereka tidak dapat meliputi segala isi pengetahuannya, dan belum datang kepada mereka kenyataan yang menjelaskan kebenarannya.”

[Surah Yunus, 10:39]

Ayat di atas merupakan celaan ke atas mereka yang mendustakaan apa yang mereka tidak tahu.

Oleh itu, sebagai misalan, barang siapa menafikan kewujudan malaikat, jin, alam barzakh dan hari akhirat atas alasan tiada dalil akal atau bukti fizikal yang diketahuinya maka dia telah silap kerana realitinya dia sekadar menyatakan tentang kedudukan dirinya walhal ini tidak menafikan kewujudan dalil akal atau dalil naqli di sisi orang lain.

Dikecualikan daripada kaedah ini sekiranya kebarangkalian wujudnya sesuatu sudah pun ternafi berdasarkan keyakinan bahawa kebarangkalian sedemikian sememangnya tiada dalil.

Contohnya, terdapat petunjuk kuat bahawa umat Islam daripada satu generasi ke satu generasi telah pun menukilkan seluruh isi Agama dan seluruh isi Al-Quran, dan dalam masa yang sama menyembunyikan mana-mana bahagian Agama adalah dilarang.

Justeru kebarangkalian bahawa terdapat bahagian Agama yang tidak sampai kepada kita seperti tambahan surah Al-Quran atau solat fardu keenam adalah tertolak atas keyakinan bahawa hal seperti itu semamangnya tidak ada.

# Kaedah 1
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221735747254764&id=1588241794
# Kaedah 2
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221736159945081&id=1588241794
# Kaedah 3
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221749875487961&id=1588241794
# Kaedah 4
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221754700368580&id=1588241794
# Kaedah 5
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221775898258514&id=1588241794
# Kaedah 6
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221782233616894&id=1588241794
# Kaedah 7
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221801402336100&id=1588241794
# Kaedah 8
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221817605461168&id=1588241794
# Kaedah 9
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221868157564939&id=1588241794

# Kaedah-Kaedah Pendalilan Di sisi Ahli Sunah Wal Jemaah

# al-Mausu’ah al-Aqadiyyah ad-Durar as-Saniyyah

Idris bin Sulaiman
Kajang
04 Syaaban 1442H /
18 Mac 2021
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • SELEPAS KUIL TOKONG PULA

    SELEPAS KUIL TOKONG PULA Sangat tidak wajar. Jangan sampai hilang pedoman Agama rebah dek syubhah toleransi. Apakah sudah tiada lagi masjid untuk dibersihkan? Apakah sudah tiada lagi rumah sesama saudara Muslim yang belum dihilangkan sisa lumpur banjir besar yang berlaku baru-baru ini? Membersihkan rumah-rumah ibadat orang kafir ini bertentangan sama…

  • S.A.W. – TULIS SELAWAT DENGAN BETUL

    S.A.W. – TULIS SELAWAT DENGAN BETUL Kita boleh faham jika dahulu mungkin sukar untuk menulis selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad ﷺ secara penuh khususnya dalam tulisan rumi kerana ia agak panjang dan memakan ruang. Tetapi dengan penggunaan peranti moden komputer dan telefon bimbit serta pelbagai program perisian…

  • IKUT FAHAM SAHABAT NABI ﷺ

    IKUT FAHAM SAHABAT NABI ﷺ -Bukan faham tok guru-Kesesatan mereka yang menyalahi fahaman Sahabat Firman Allah ﷻ: “Dan sesiapa yang menyalahi Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk dan dia pula mengikut jalan SELAIN DARI JALAN ORANG-ORANG BERIMAN maka Kami akan palingkan dia ke arah jalan yang dipilihnya, dan Kami…

  • SEKATAN AMERIKA ATAS KELUARAN NEGARA

    SEKATAN AMERIKA ATAS KELUARAN NEGARA # Sarung Tangan Top Glove Selagi mana Malaysia tidak mengikut telunjuk mereka maka selagi itulah tindakan-tindakan seperti ini akan diambil. AS rampas sarung tangan getah Top Glove: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/05/813910/rampas-sarung-tangan-getah-top-glove-bernilai-rm213-juta US Customs determines forced labour at Malaysia’s Top Glove, to seize gloves: https://www.reuters.com/article/us-malaysia-top-glove-usa-idUSKBN2BM056 Antaranya ialah supaya negara…

  • “ISLAM ITU LUAS”?

    “ISLAM ITU LUAS”? # Ungkapan batil Ia merupakan jawapan mudah sebahagian kelompok apabila amalan mereka dibantah kerana tiada dalil yang menyokong amalan mereka tersebut. Sedangkan ia paling kurang mengelirukan jika bukan batil. Ini kerana Islam terbatas kepada apa yang difirmankan oleh Allah ﷻ serta disabdakan oleh RasulNya ﷺ semata-mata manakala…

  • PERBEZAAN ANTARA GANDAAN BALASAN PAHALA & DOSA

    PERBEZAAN ANTARA GANDAAN BALASAN PAHALA & DOSA GANDAAN BALASAN MALAM LAILATULQADAR SOALAN: Adakah perbuatan maksiat pada malam Lailatulqadar dikira sebagai lebih buruk daripada seribu bulan? JAWAPAN: Ulama menjelaskan bahawa gandaan balasan PAHALA KEBAIKAN adalah secara BILANGAN (10, 20, 30 kali ganda dan seumpamanya) dan dari sudut BENTUKNYA (ganjaran pahala yang…