|

TALAM DUA MUKA

Antara seburuk-buruk orang ialah orang yang bermuka dua.

Sabda Nabi ﷺ:

إِنَّ شَرَّ النَّاسِ ‌ذُو ‌الْوَجْهَيْنِ، الَّذِي يَأْتِي هَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ وَهَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ.

“Sesungguhnya seburuk-buruk manusia ialah orang yang bermuka dua; dia mendatangi satu kelompok dengan muka sekian dan satu kelompok lain dengan muka yang lain.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Orang yang talam dua muka perwatakannya seperti orang munafik; orang yang berpura-pura.

Dia mendatangi setiap kelompok dengan apa yang disukai oleh kelompok itu dengan menzahirkan kebersamaannya dengan kelompok itu dan memusuhi lawannya walhal hakikatnya dia hanya berpura-pura, berbohong dan bermuslihat dengan tujuan untuk mengetahui rahsia setiap kelompok itu.

Sikap yang amat buruk lagi jahat.

Sedangkan Muslim yang sejati ialah orang yang berpegang kepada prinsip kebenaran, jujur lagi amanah.

Sentiasa bersikap nasihat, berpesan-pesan dengan kebenaran dan amar makruf nahi mungkar.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
16 Zulhijah 1444H
05 Julai 2023

Similar Posts

  • |

    KHILAF ULAMA

    Sebahagian apabila ditegur kerana sesuatu kesalahan akan mencari pendapat ulama yang cocok dengan kesalahannya untuk dijadikan sebagai dalil bagi membenarkan kesalahannya itu. Perlu ditegaskan bahawa pendapat ulama bukan hujah apatah lagi jika hendak dijadikan sebagai dalil bagi menolak nas Al-Quran dan al-Sunah. Justeru khilaf ulama tidak harus dijadikan sebagai hujah…

  • |

    TUTUP AURAT PAHAMU!

    Peha lelaki termasuk dalam aurat yang wajib ditutup bukan sahaja dalam solat malah apabila keluar dari rumah. Ini berdasarkan keterangan jelas dalam hadis-hadis Nabi ﷺ mengenai hal ini. Antaranya ialah sabda Nabi ﷺ: مَا ‌بَيْنَ ‌السُّرَّةِ ‌وَالرُّكْبَةِ ‌عَوْرَةٌ. “Antara pusat dan lutut ialah aurat.” [Hasan. Riwayat al-Daraqutni] Dalam hadis lain,…

  • |

    SYEIKH NASIRUDDIN AL-ALBANI

    – Kebenaran ialah apa yang diakui lawan Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah (1914 – 1999) merupakan antara tokoh yang tidak asing, berasal dari Albania dan berhijrah ke Syria sebelum menetap di Jordan. Beliau mendapat pujian dan pengiktirafan daripada banyak pihak; kawan dan lawan. Antaranya ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa…

  • |

    WASPADA KEGIATAN WAHABI @ SALAFI?

    Apakah yang dimaksudkan dengan kegiatan Wahabi @ Salafi? Apa yang pasti dari sudut bahasa Arabnya Wahabi nisbah kepada nama Allah ﷻ al-Wahhab manakala Salafi nisbah kepada tiga generasi pendahulu umat Islam iaitu Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin. Sedangkan dalam hadis Nabi ﷺ berkata kepada isterinya Aisyah radiallahuanha: نِعْمَ ‌السَّلَفُ أَنَا…

  • |

    WAJIB INGKAR KEMUNGKARAN

    Sabda Nabi ﷺ: مَن رَأَى مِنكُم مُنكَراً فَليُغَــيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطعْ فَبِقَلبِه وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإيمَان. “Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengingkarinya dengan tangannya. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dengan lisannya, dan jika dia masih tidak mampu maka hendaklah dengan…