footprints on sand
|

TAKLID BUTA

– Video mentaliti haiwan ternak

Taklid sememangnya buta.

Ikut bulat-bulat sesuatu perbuatan kerana orang lain melakukannya tanpa mengetahui alasan atau sebabnya.

Tidak mahu belajar dan tidak mahu bertanya.

Sekadar mengambil jalan mudah kerana malas berfikir.

Sikap ini ada dalam mana-mana masyarakat, tidak mengenal batas usia, muda atau tua, lelaki atau perempuan.

Ini merupakan sikap umat-umat terdahulu yang menolak dakwah para rasul kerana mahu terus berpegang pada ajaran datuk moyang mereka.

Firman Allah ﷻ:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَإِلَى ٱلرَّسُولِ قَالُواْ حَسۡبُنَا مَا وَجَدۡنَا عَلَيۡهِ ءَابَآءَنَآۚ أَوَلَوۡ كَانَ ءَابَآؤُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ شَيۡــــئًا وَلَا يَهۡتَدُونَ.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka “Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya ” mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati daripada datuk moyang kami mengerjakannya”. Adakah (mereka akan menurut juga) sedangkan datuk moyang mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?”

[Al-Quran, al-Maa’idah, 5: 104]

Mereka lebih rela memilih kejahilan berbanding ilmu, kegelapan berbanding cahaya.

Ini sama sekali tidak wajar.

Justeru jangan sekali-kali mendahulukan mana-mana pendapat atas dalil Al-Quran dan al-Sunah.

Kerana itulah taklid buta yang dicela.

CATATAN

Kelihatan dalam video yang dilampirkan sekawan kambing turun dari lereng bukit yang curam secara membuta kerana ikut sang kambing di hadapan tanpa menghiraukan bahaya sehingga ada yang cedera malah ada yang mati.

Bahana taklid buta.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
29 Jamadilawal 1444H
24 Disember 2022

Similar Posts

  • |

    ISLAM BUKAN AGAMA IKUT PEGANGAN MAJORITI

    Muslim disuruh ikut perintah Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ. Firman Allah ﷻ: وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَٱحۡذَرُواْۚ فَإِن تَوَلَّيۡتُمۡ فَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا ٱلۡبَلَٰغُ ٱلۡمُبِينُ “Dan taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada Rasul, dan awaslah, sesungguhnya jika kalian berpaling maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan…

  • |

    Tenang, sabar, reda

    ‌الْحَمْدُ ‌لِلَّهِ ‌عَلَى ‌كُلِّ ‌حَالٍ. Segala puji bagi Allah dan semua keadaan. حَسْبُنَا ‌اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ. Cukup bagi kita Allah. Dialah sebaik-baik tempat bergantung. Tenang, sabar, reda. Dengar dan taat dalam hal makruf. Dr. Idris bin Sulaiman Kajang 25 Rabiulakhir 1444H 20 November 2022

  • |

    JANGAN HALAU MALAIKAT DARI RUMAH

    Sabda Nabi ﷺ: لا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَة. “Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar.” Sahih. Riwayat al-Nasaie. Larangan memasukkan anjing ke dalam rumah dan menggantung gambar makhluk bernyawa; manusia dan haiwan. Adapun gambar pokok dan pemandangan alam hukumnya harus. Dr. Idris…

  • |

    SYAITAN SURUH CERAI

    Peningkatan trend perceraian bagi pasangan Islam saban tahun dilihat semakin membimbangkan. Demikian laporan akhbar baru-baru ini berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Dalam membicarakan soal talak cerai, Nabi ﷺ bersabda: إِنَّ ‌إِبْلِيسَ ‌يَضَعُ ‌عَرْشَهُ ‌عَلَى ‌المَاء ثمَّ يبْعَث سراياه فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ فَعَلَتُ كَذَا وَكَذَا…

  • |

    IKUT NABI ATAU MAJORITI?

    Semua Muslim mengakui bahawa jalan Nabi ﷺ harus didahulukan atas jalan masyarakat dan bahawasanya jalan baginda ﷺ adalah satu-satunya jalan yang membawa ke syurga. Tetapi apakan daya realitinya ramai memilih untuk mendahulukan pegangan dan amalan majoriti berbanding sunah Nabi ﷺ atas pelbagai alasan dan sebab. Dan ini juga adalah pilihan…