|

SYRIK ORANG YANG DAKWA TAHU PERKARA GHAIB KERANA MENGAMBIL SIFAT TUHAN

Hanya Allah ﷻ yang tahu perkara ghaib.

Tiada sesiapa pun daripada kalangan manusia yang tahu perkara ghaib.

Firman Allah ﷻ:

قُل لَّا يَعۡلَمُ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ ٱلۡغَيۡبَ إِلَّا ٱللَّهُۚ وَمَا يَشۡعُرُونَ أَيَّانَ يُبۡعَثُونَ

“Katakanlah: Tiada sesiapapun di langit-langit dan di bumi yang tahu perkara ghaib kecuali Allah!”

[Al-Quran, al-Naml, 27:65]

Firman Allah ﷻ:

قُل لَّآ أَقُولُ لَكُمۡ عِندِي خَزَآئِنُ ٱللَّهِ وَلَآ أَعۡلَمُ ٱلۡغَيۡبَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak mengatakan kepada kamu bahawa perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak tahu perkara-perkara yang ghaib.”

[Al-Quran, al-Anaam, 6:50]

Dalam ayat di atas Allah ﷻ perintahkan supaya Nabi ﷺ menegaskan perkara ini iaitu bahawasanya baginda ﷺ tidak tahu perkara ghaib.

Kerana itu Islam membatalkan perbuatan perdukunan dan kebomohan di samping tukang ramal dan tilik nasib yang mendakwa tahu perkara ghaib.

Sabda Nabi ﷺ:

مَنْ ‌أتى ‌كاهِناً فصدَّقَهُ بما قالَ فقد كفَر بما أُنْزِلَ على محمَّدٍ

“Barang siapa mendatangi ‘kahin’ lalu membenarkan ucapannya kata maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan atas Muhammad.”

[Sahih. Riwayat al-Bazzar]

‘Kahin’ ialah orang yang dakwa tahu perkara ghaib dengan bantuan syaitan.

CATATAN

Nabi ﷺ pun tak tahu perkara ghaib apatah lagi orang lain. Orang yang dakwa tahu perkara ghaib adalah pembohong lagi penipu.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
22 Rabiulawal 1446H
26 September 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • | |

    KUBUR atau MAKAM?

    – Penggunaan istilah ‘makam’ bagi kubur – Kesyirikan di ‘Makam’ Syeikh Ahmad al-Badawi, Mesir Istilah makam berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kedudukan, martabat, tempat dan seumpamanya. Dalam bahasa Melayu pula makam antaranya diertikan sebagai kubur orang yang dihormati seperti nabi, para wali, keluarga diraja dan sebagainya. Menariknya, istilah makam…

  • |

    USTAZ ZAINUL ASRI: TAUBAT TANPA TAUBAT

    – Isu Inkarnasi Perpindahan Roh Alhamdulillah. Ustaz Zainul Asri telah menarik balik kenyataan beliau tentang inkarnasi perpindahan roh dari jasad ke jasad lain. https://www.facebook.com/watch/?v=1033385820715926 Beliau berkata: “Saya tidak mahu memanjangkan isu (ini). Saya tarik balik kenyataan itu. Dan saya mengatakan bahawa saya pun tak tahu. (Ia) bukan kenyataan saya (dan)…

  • | |

    ARTIS JADI IDOLA SEMBAHAN DI BARAT

    Semalam telah dibahaskan tentang perkataan ‘idola’ dan dijelaskan bahawa ia kembali kepada maksud sesuatu yang dijadikan sebagai sembahan. Dalam Al-Quran, Allah ﷻ menyatakan bagaimana orang-orang Kristian telah menjadikan para pendeta dan rahib mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah ﷻ (al-Taubah, 9:31) dan Nabi ﷺ menyatakan bahawa ia kerana para pendeta dan…

  • | |

    AWAS PEMBATAL-PEMBATAL AGAMA

    – Syarat-syarat kalimah syahadah Islam bukan sekadar mengucap ‘Lailahaillallah’. Sebaliknya setiap Muslim perlu tahu dan faham isi makna kalimah syahadah itu, meyakininya, ikhlas mengucapkannya di samping tunduk dan patuh menerima tuntutan-tuntutan serta larangan-larangannya. Jika tidak maka orang-orang munafik pun mengucapkan kalimah syahadah sedangkan Allah ﷻ mengancam mereka dengan azab kerak…

  • | |

    SEMBAH KUBUR DI NEGARA ISLAM

    Syeikh Muzammil Faqiri, seorang pendakwah Sudan menunjukkan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh para dai di negaranya. Kelihatan beberapa bangunan berkubah tiga segi dibina di atas sesetengah kubur di Sudan. Sesetengah masyarakat Islam di sana mempercayai bahawa penghuni kubur-kubur ini memiliki keistimewaan-keistimewaan di samping mampu memberi manfaat-manfaat tertentu buat para pengunjungnya…

  • | | |

    KUBURIYYUN

    Golongan penyembah kubur atas nama Islam. Dibuat binaan atas kubur kemudian kubur itu dijadikan sebagai tempat ibadah memuja si mati meminta tolong daripadanya atas nama tawassul dan syafaat. Inilah amalan syirik di kubur yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah sejak dahulu sampai hari ini. Dukacitanya sebahagian kaum Muslimin pun terjebak dalam…