|

ANAK-BERANAK YANG BERIMAN AKAN TINGGAL DALAM SYURGA YANG SAMA

Suami, isteri dan anak-anak yang beriman akan ditempatkan dalam syurga yang sama walaupun barangkali pada asalnya tingkatan syurga mereka berbeza.

Mereka yang berada dalam tingkatan syurga di bawah akan dinaikan ke dalam syurga di atas supaya dapat bersama dengan ahli keluarga mereka yang lain.

Firman Allah ﷻ:

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱتَّبَعَتۡهُمۡ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَٰنٍ أَلۡحَقۡنَا بِهِمۡ ذُرِّيَّتَهُمۡ وَمَآ أَلَتۡنَٰهُم مِّنۡ عَمَلِهِم مِّن شَيۡءٖ

“Dan orang-orang beriman yang diturut oleh zuriat keturunan mereka dalam keadaan beriman, Kami himpunkan zuriat keturunan mereka dengan mereka (dalam syurga); dan Kami dengan itu tidak mengurangi sedikit pun daripada pahala amalan mereka.”

[Al-Quran, al-Tur, 52:21]

Kata Ibnu Kathir:

“Allah ﷻ menjelaskan mengenai kelebihan, kurniaan, serta belas ihsanNya di mana bagi orang-orang beriman sekiranya anak zuriat mereka juga beriman maka mereka akan ditempatkan dalam tingkatan syurga yang sama; sekalipun amalan mereka pada asalnya tidak melayakkan mereka berada dalam tingkatan tersebut. Ini bagi menenangkan mata para ibu bapa mereka untuk melihat anak-anak mereka di sisi mereka.”

[Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Tur, ayat 21]

CATATAN

Semoga kita dipertemukan dengan ibu bapa, isteri dan anak-anak dalam syurga kelak.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
20 Rabiulawal 1446H
24 September 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    MAKSIAT: PERLU MALU ATAU JANGAN HIPOKRIT?

    Ada yang keliru tentang maksiat sama ada perlu disembunyikan kerana rasa malu atau boleh dizahirkan kepada umum supaya tidak bersifat hipokrit. Contohnya mungkin ada yang berkata “Aku hisap rokok secara terang-terangan kerana tidak mahu hipokrit.” Atau perempuan yang enggan memakai tudung (menutup aurat rambutnya) dengan alasan yang sama, tidak mahu…

  • |

    PAKAIAN WANITA SOLEHAH

    Ternyata bukan semua wanita bertudung solehah tetapi semua wanita solehah bertudung dan berjilbab. Tudung ialah kain penutup kepala bagi wanita sedangkan jilbab ialah pakaian longgar yang memenuhi keperluan mereka menutup aurat. Perbuatan menzahirkan maksiat dan melakukannya secara terbuka dan terang-terangan ialah satu perkara besar yang tidak patut dipandang ringan. Terdapat…

  • |

    BIDAAH

    – Amalan rekaan & tokok tambah dalam Agama Realitinya orang yang mengada-adakan amalan baharu dan membuat tokok tambah dalam Agama mempertikaikan apa yang Allah ﷻ telah syariatkan. Dia seolah-olah menganggap bahawa syariat Islam itu masih belum sempurna dan ada amalan-amalan lain yang Nabi ﷺ terlepas pandang atau tidak sempat mengajarkannya…

  • |

    KAMBING WALAUPUN BOLEH TERBANG!!

    KAMBING WALAUPUN BOLEH TERBANG!! # Kejahilan dan taasub yang membutakan Tersebutlah kisah dua orang sahabat yang berselisih tentang bayang-bayang hitam yang mereka lihat bertenggek pada dahan sebuah pokok yang terletak agak jauh dari mereka. Sahabat A yang mempunyai penglihatan yang lebih kuat daripada rakannya mengatakan “Ia adalah burung gagak”. Sahabat…

  • |

    MANUSIA SEPERTI BUKU

    MANUSIA SEPERTI BUKU Ada buku yang dibaca dapat difahami dan diambil manfaat daripadanya. Dalam masa yang sama, ada buku yang dibaca tetapi isinya tidak dapat difahami. Terdapat juga buku yang dibaca tetapi maklumatnya tidak disampaikan dengan betul maka ia menimbulkan salah faham pembacanya. Demikian ada buku yang luarannya tampak cantik…

  • |

    AJAR ANAK MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

    Tular video di negara Arab seorang anak kecil berjalan ke masjid untuk solat Subuh lalu dikejar sekawan anjing. Menariknya anak kecil itu lari sambil menjerit mengucap dua kalimah syahadah: ‘Asyhadu anla ilaha illallah,wa asyhadu anna Muhammad Rasulullah’ (Aku bersaksi tiada sembahan kecuali Allah, dan Muhammad utusan Allah) kemudian tidak semena-mena…