Speech bubbles on blue background, space for text
|

SYEIKH NASIRUDDIN AL-ALBANI

– Kebenaran ialah apa yang diakui lawan

Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah (1914 – 1999) merupakan antara tokoh yang tidak asing, berasal dari Albania dan berhijrah ke Syria sebelum menetap di Jordan.

Beliau mendapat pujian dan pengiktirafan daripada banyak pihak; kawan dan lawan.

Antaranya ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi yang dipengerusikan waktu itu oleh mantan mufti besar Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah (1912 – 1999).

Jawatankuasa ini dalam kenyataannya menjelaskan bahawa Syeikh al-Albani ialah seorang ilmuwan yang diiktiraf kesarjanaannya serta kelebihannya, dan bahawasanya beliau seorang yang sangat mengagungkan al-Sunah, gigih berkhidmat untuknya serta mempertahankan mazhab Ahli Sunah Waljamaah. Buku-buku beliau turut diakui sangat bermanfaat.

Syeikh al-Albani mendapat Penghargaan Raja Faisal atas sumbangan beliau dalam bidang hadis daripada kerajaan Arab Saudi pada tahun 1999.

Buku ‘al-Imam al-Albani: Syaikhul Islam Wa Imam Ahli al-Sunah’ karangan Syeikh Salim al-Hilali telah mengumpulkan puluhan sokongan dan penghargaan para ilmuwan kepada Syeikh al-Albani termasuklah pujian Syeikh Muhammad Raghib al-Tabbakh (1877 – 1951), Syeikh Abdul Rahman al-Saadi (1889 – 1956), Syeikh Muhammad Hamid al-Faqiy (1892 – 1959) dan Syeikh Abdul Rahman bin Yahya al-Malami (1895 – 1966).

Antara isi pujian-pujian ini ialah kenyataan Syeikh Ibnu Baz “Aku tidak tahu di bawah kubah falak ini seorang yang lebih alim tentang hadis Rasulullah ﷺ selain Syeikh Nasir (al-Albani).”

Syeikh Ali al-Tantawi (1909-1999) mengakui kesarjanaan Syeikh al-Albani dalam ilmu hadis dan berterus terang mengakui bahawa beliau menjadikan Syeikh al-Albani sebagai rujukan dalam permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan hadis.

Syeikh Ibnu Uthaimin (1929 – 2001) turut memuji Syeikh al-Albani dan memperakui beliau sebagai seorang pakar hadis dan juga fiqah.

Demikian dengan Dr. Abdul Karim Zaidan (1921 – 2014) yang memberikan gelaran ‘Muhaddith al-Asr’ (Tokoh Ulama Hadis Zaman Kini) kepada Syeikh al-Albani.

Dr. Yusof al-Qaradawi turut menyanjung Syeikh al-Albani sebagai ulama hadis dan memberikan gelaran al-Allamah (Tokoh Ulama) kepada beliau.

CATATAN

Saya antara jutaan manusia yang telah mengambil manfaat daripada ilmu yang diwariskan oleh beliau dalam bentuk buku sebanyak lebih 200 buah judul dan rakaman audio suara sebanyak lebih 1000 rakaman (kaset).

Sangat banyak ilmu yang beliau tinggalkan buat manfaat umat.

Alhamdulillah, hasilnya saya dapat menamatkan tesis sarjana bertajuk ‘Dakwah Syeikh Nasiruddin al-Albani’ dan tesis Doktor Falsafah berkenaan ‘Konsep Tasfiah Fiqah’ beliau.

Semoga Allah merahmati beliau.

Idris bin Sulaiman
Kajang
21 Zulhijah 1443H /
21 Julai 2022

Similar Posts

  • |

    SYAITAN SURUH CERAI

    Peningkatan trend perceraian bagi pasangan Islam saban tahun dilihat semakin membimbangkan. Demikian laporan akhbar baru-baru ini berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Dalam membicarakan soal talak cerai, Nabi ﷺ bersabda: إِنَّ ‌إِبْلِيسَ ‌يَضَعُ ‌عَرْشَهُ ‌عَلَى ‌المَاء ثمَّ يبْعَث سراياه فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ فَعَلَتُ كَذَا وَكَذَا…

  • |

    HUBUNGAN HAMAS-IRAN

    Pemimpin Hãmãs, Ismail Haniyeh, menjelaskan bahawa perang antara Hãmãs dan Israel antara lain bertujuan untuk melemahkan Israel dan mengalihkan perhatiannya. Ia bagi mengelakkan pertembungan langsung antara Israel dan Iran, kata beliau. (Lihat video di lampiran) Dalam perkembangan lain, jurucakap Pengawal Revolusi Iran, Ramadan Syarif mendedahkan bahawa Taufan al-Aqsa yang dilancarkan…

  • |

    ‘KEADILAN’ BARAT

    Hukuman bunuh (capital punishment) telah sekian lama dimansuhkan atau tidak lagi diamalkan di kebanyakan negara Barat seperti Amerika Syarikat dan lain atas faktor ‘kemanusiaan’. Kesudahannya, hukuman maksimum atas kesalahan paling berat seperti membunuh hanyalah penjara. Itu hukumannya. Pesalah yang membunuh nyawa tidak berdosa hanya akan dikenakan penjara seumur hidup. Disediakan…

  • |

    SABAR

    Seorang Muslim perlu sabar menghadapi musibah. Sabar adalah wajib sehinggalah musibah yang melanda itu hilang dan diangkat oleh Allah ﷻ. Justeru perlu dielakkan perkataan-perkataan seperti berikut: Firman Allah ﷻ: وَٱصۡبِرُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ “Bersabarlah! Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.” [al-Quran, al-Anfal, 8:46] Daripada Allah jua kita memohon petunjuk….

  • |

    ERTI KEMAJUAN SEBENAR: NEGARA MAJU & NEGARA MUNDUR

    Antara istilah yang biasa digunakan pada hari ini ialah istilah ‘negara maju’ bagi banyak negara-negara Barat manakala majoriti negara-negara Islam disebut ‘negara membangun’ atau ‘dunia ketiga’ – istilah lain bagi menyatakan tentang negara-negara yang mundur. Hakikatnya penilaian kemajuan ini hanya dari sudut pembangunan material semata-mata dan mengabaikan sama sekali pembangunan…