|

SYAITAN SURUH CERAI

Peningkatan trend perceraian bagi pasangan Islam saban tahun dilihat semakin membimbangkan.

Demikian laporan akhbar baru-baru ini berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Dalam membicarakan soal talak cerai, Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ ‌إِبْلِيسَ ‌يَضَعُ ‌عَرْشَهُ ‌عَلَى ‌المَاء ثمَّ يبْعَث سراياه فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ فَعَلَتُ كَذَا وَكَذَا فَيَقُولُ مَا صَنَعْتَ شَيْئًا قَالَ ثُمَّ يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ مَا تَرَكَتُهُ حَتَّى فَرَّقَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ قَالَ فَيُدْنِيهِ مِنْهُ وَيَقُولُ نَعَمْ أَنْتَ قَالَ الْأَعْمَشُ أرَاهُ قَالَ فَيَلْتَزِمُهُ.

“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air kemudian dia mengutus pasukannya. Perajurit yang kedudukannya paling dekat dengannya ialah perajurit yang paling besar kejahatannya. Seorang perajuritnya datang dan berkata “Aku telah melakukan ini dan itu.” Iblis berkata “Engkau tidak melakukan apa-apa.” Datang perajurit yang lain lalu berkata “Aku tidak meninggalkan (manusia) melainkan sesudah aku pisahkan antara dia dengan isterinya.” Iblis mendekatkan perajuritnya itu dan berkata “Ya, engkau telah melakukannya.” al-A’masy (perawi) berkata “Aku mengira baginda ﷺ bersabda “Iblis lantas memeluknya.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Hadis di atas menunjukkan bahawa memisahkan antara suami isteri dengan cara talak cerai merupakan antara perkara yang paling disukai oleh syaitan terkutuk.

Ramai dikhuatiri terpengaruh dengan tipu daya syaitan sehingga terburu-buru memutuskan ikatan perkahwinan yang sudah sekian lama dimeterai.

Sedangkan akibatnya keluarga bercerai-berai manakala anak-anak menjadi mangsa utama.

Ini menunjukkan pentingnya menghayati Sunah Nabi ﷺ dalam menangani masalah rumah tangga di samping berwaspada dengan penghasut-penghasut batu api yang menggalakkan fenomena yang merosakkan ini.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
21 Muharam 1445H
10 Ogos 2023

Similar Posts

  • |

    ANAK-BERANAK YANG BERIMAN AKAN TINGGAL DALAM SYURGA YANG SAMA

    Suami, isteri dan anak-anak yang beriman akan ditempatkan dalam syurga yang sama walaupun barangkali pada asalnya tingkatan syurga mereka berbeza. Mereka yang berada dalam tingkatan syurga di bawah akan dinaikan ke dalam syurga di atas supaya dapat bersama dengan ahli keluarga mereka yang lain. Firman Allah ﷻ: وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱتَّبَعَتۡهُمۡ…

  • |

    GELARAN NAMA ABU

    Gelaran ‘Abu’ pada pangkal nama seseorang disebut kun’yah dalam bahasa Arab. Amalan ini sudah bermula sejak awal pada zaman Rasulullah ﷺ. Kun’yah Nabi ﷺ ialah Abu al-Qasim. Ramai mungkin tidak tahu bahawa nama Abu Bakar al-Siddiq ialah kun’yah beliau sedangkan nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abi Quhafah. Demikian sahabat bernama…

  • |

    MATI KEMALANGAN SYAHID

    Sebahagian ulama melihat bahawa orang yang mati kemalangan dalam kategori mati syahid akhirat sama seperti mereka yang mati dalam runtuhan yang disebut dalam hadis. Sabda Nabi ﷺ: ‌الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحب ‌الْهدم والشهيد فِي سَبِيل الله “Orang-orang yang mati syahid ialah lima; orang yang mati kerana taun, mati…

  • ‘YAKIN BOLEH’ PERLU DIUBAH

    # Membetulkan perkataan yang mengelirukan Kajian psikologi Barat sering menekankan kepentingan untuk yakin dengan keupayaan diri sendiri. Manusia menurutnya adalah pusat segala penentuan dan perubahan. Ini kerana kepercayaan kepada tuhan hampir tidak ada dalam kajian-kajian psikologi Barat yang didominasi oleh golongan ateis. Hasilnya mereka mengetengahkan perkataan-perkataan seperti ‘believe in yourself’,…

  • |

    MAKSIAT: PERLU MALU ATAU JANGAN HIPOKRIT?

    Ada yang keliru tentang maksiat sama ada perlu disembunyikan kerana rasa malu atau boleh dizahirkan kepada umum supaya tidak bersifat hipokrit. Contohnya mungkin ada yang berkata “Aku hisap rokok secara terang-terangan kerana tidak mahu hipokrit.” Atau perempuan yang enggan memakai tudung (menutup aurat rambutnya) dengan alasan yang sama, tidak mahu…

  • |

    FIKAH JIHAD

    Tidak boleh memaksa kaum Muslimin berjihad dalam keadaan membawa kebinasaan dan kehancuran atas mereka. Demikian tegas Imam al-Syafie. Kata beliau dalam kitabnya al-Umm: وَلَا ‌يَنْبَغِي ‌أَنْ ‌يُوَلِّيَ ‌الْإِمَامُ ‌الْغَزْوَ إلَّا ثِقَةً فِي دِينِهِ شُجَاعًا فِي بَدَنِهِ حَسَنَ الْأَنَاةِ عَاقِلًا لِلْحَرْبِ بَصِيرًا بِهَا غَيْرَ عَجِلٍ، وَلَا نَزِقٍ وَأَنْ يَقْدَمَ إلَيْهِ وَإِلَى…