| |

STATUS HADIS: DOA SAPU MUKA SELEPAS SOLAT

Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik r.a. berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‌إِذَا ‌قَضَى ‌صَلَاتَهُ ‌مَسَحَ ‌جَبْهَتَهُ بِيَدِهِ الْيُمْنَى، ثُمَّ يَقُولُ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْهَمَّ وَالْحَزَنَ.

“Adalah Rasulullah ﷺ apabila selesai solatnya baginda menyapu dahinya dengan tangan kanannya kemudian berkata: Aku bersaksi bahawa tiada sembahan kecuali Allah al-Rahman al-Rahim. Ya Allah, hilangkan daripada diriku rasa keluh kesah dan dukacita.”

Hadis di atas dinilai sangat lemah.

Ia diriwayatkan oleh Ibnu al-Sunni dalam al-Yaum Wa al-Lailah (no. 110) dan Ibnu Sam’un dalam al-Amali (ق 2/176) daripada Sallam al-Mada’ini, daripada Zaid al-Ammi, daripada Muawiyah, daripada Qurrah, daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Beliau kemudian meriwayatkannya secara marfu’.

Sanad di atas dinilai mauduk (palsu) dengan adanya Sallam al-Madaini al-Tawil yang merupakan seorang pembohong (kazzab).

Manakala Zaid al-Ammi merupakan seorang perawi lemah yang turut meriwayatkannya dari jalan lain, daripada Jubarah, katanya: Telah berkata kepada kami Anas secara marfu’ yang dikeluarkan oleh Ibnu Adi dalam al-Kamil (ق 1/275) dari jalan Kathir bin Salim yang juga merupakan seorang perawi yang lemah.

Demikian halnya dengan Jubarah bin al-Mughallas yang barangkali lebih lemah kerana telah dituduh berdusta.

Justeru hadisnya sangat lemah.

[Silsilah al-Daifah, no. 1058]

KESIMPULAN

Tiada hadis sahih yang menunjukkan bahawa Nabi ﷺ menyampu mukanya selepas solat atau doa. Oleh itu afdalnya jangan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Safar 1445H
01 September 2023

Similar Posts

  • |

    MEMPERSENDAKAN NAMA ALLAH ATAU MEMIMIK BUNYI HAIWAN?

      Walau apa pun jawapannya perbuatan sedemikian tetap buruk. Tidak wajar sama sekali nama Allah ﷻ diperlakukan sedemikian. Jauh sekali hendak berzikir dan memperbesarkan Allah ﷻ dengan cara begitu. Kelihatan sebaliknya seperti mempermainkan nama Allah ﷻ dan mengubah-ubahnya. Andai diucapkan beribu kali pun ia tidak akan membawa apa-apa makna kerana…

  • |

    “LAHANAT KAU…”

    “LAHANAT KAU…” # Bahaya ucapan laknat # Contoh perkataan laknat & mencela Sekiranya laknat itu daripada Allah maka maksudnya dihalau dan dijauhkan daripada rahmatNya. Adapun laknat daripada manusia maka ia merujuk kepada celaan ke atas sesuatu perbuatan atau pelakunya serta mendoakan keburukan ke atasnya. Maka dikatakan “Si fulan melaknat si…

  • |

    “ISLAM ITU LUAS”?

    “ISLAM ITU LUAS”? # Ungkapan batil Ia merupakan jawapan mudah sebahagian kelompok apabila amalan mereka dibantah kerana tiada dalil yang menyokong amalan mereka tersebut. Sedangkan ia paling kurang mengelirukan jika bukan batil. Ini kerana Islam terbatas kepada apa yang difirmankan oleh Allah ﷻ serta disabdakan oleh RasulNya ﷺ semata-mata manakala…

  • |

    FIKAH JIHAD

    Puncak tertinggi agama ialah jihad, bertujuan untuk menyeru manusia kepada Islam, menegakkan agama kebenaran dan menghalang kejahatan musuh. Tinggal lagi ramai mungkin beranggapan bahawa jihad disyariatkan cukup dengan ada semangat juang dan kemahuan tinggi semata-mata tanpa sebarang syarat atau persiapan. Memadai jihad dengan apa sahaja kelengkapan dan kekuatan yang ada…

  • |

    MAKAN GUNA SUDU

    Makan guna sudu hukumnya harus tetapi jangan sampai rasa bangga menganggapnya lebih bagus, ‘beretika’ dan ‘bersih’ berbanding makan guna tangan. Perlu ditegaskan bahawa makan guna tangan termasuk dalam sunah Nabi ﷺ. Kata Kaab bin Malik: رَأَيْتُ رسولَ اللَّه ﷺ يَأْكُلُ بِثلاثِ أَصابِعَ فَإِذا فَرغَ لَعِقَها. “Aku melihat Rasulullah ﷺ makan…

  • |

    LIBERAL / FEMINISME

    Fahaman sesat yang memperdebatkan isu-isu kaum wanita sehingga menimbulkan perbalahan dan kekeliruan dalam masyarakat. Matlamatnya ialah untuk merosakkan kaum wanita melalui jalan melepaskannya daripada norma-norma agama, adat dan budaya. Ini kerana kaum wanita yang rosak akan mengakibatkan institusi keluarga runtuh manakala masyarakat jadi lemah dan lumpuh sehingga mudah dijajah dan…