SIJIL PROGRAM PENGAJIAN HADIS ULAMA MADINAH

SIJIL PROGRAM PENGAJIAN HADIS ULAMA MADINAH

Alhamdulillah, baru-baru ini telah selesai program pengajian hadis bersama Syeikh Abdul Razzaq al-Badr, ulama besar Madinah secara atas talian membahaskan beberapa buah tulisan karangan ulama seperti al-Kabair oleh az-Zahabi, Tahrim al-Qatl oleh al-Maqdisi dan al-Arba’in oleh an-Nawawi.

Program ini telah berlangsung selama hampir setahun bermula awal tahun ini.

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10221536837642148/

Semalam para peserta yang lulus dalam ujian-ujian bersiri yang diadakan sepanjang perjalanan program telah menerima sijil penyertaan mereka masing-masing.

Dalam sijil tersebut, Syeikh berpesan agar bertakwa kepada Allah ﷻ pada setiap masa, ikhlas kepadaNya dalam beramal, bertawakal kepadaNya semata-mata serta bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan beramal dengannya di samping beristiqamah di atas AgamaNya. Beliau kemudian mendoakan taufik, hidayah dan kejayaan dalam segala kebaikan.

CATATAN:

Penulis telah sempat menuntut dengan ayahanda kepada Syeikh Abdul Razzaq iaitu Syeikh Abdul Muhsin al-Badr – hafidhahumallah – semasa belajar di Universiti Islam Madinah pada peringkat sarjana muda dua puluh tahun yang lalu. Khabarnya beliau sekarang sangat uzur.

Kini dapat pula menuntut dengan anakanda beliau walaupun hanya secara atas talian. Tetapi itulah ibarat pepatah Arab yang bermaksud ‘Apa yang tidak dapat dilakukan kesemuanya jangan pula ditinggalkan seluruhnya’.

Semoga Allah ﷻ memelihara kedua-dua mereka dan memberikan ganjaran pahala yang lumayan atas kesungguhan mereka berdakwah, mendidik dan mencurah ilmu kepada umat.

Idris bin Sulaiman
Kajang
11 Jamadilawal 1443H /
16 Disember 2021

Similar Posts

  • HUKUM NYANYIAN & MUZIK

    HUKUM NYANYIAN & MUZIK . Pandangan keempat-empat Ulama Mazhab . . MAZHAB HANAFI . Kata Imam Abu Hanifah rahimahullah: . “Muzik adalah haram menurut SEMUA agama.” . Kata Ibnul Qayyim: . “Mazhab Abu Hanifah dalam perkara ini adalah yang paling keras dan tegas.” . Kata Abu At-Tiib At-Tabari: . “Imam…

  • [ EDISI KEMASKINI DENGAN TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS ]

    [ EDISI KEMASKINI DENGAN TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS ] HUKUM MENGUCAPKAN ‘MERRY CHRISTMAS’ SELAMAT HARI KRISMAS KEPADA ORANG KRISTIAN Tidak boleh bagi seorang Muslim TURUT SERTA bersama orang-orang Kristian merayakan Hari Krismas ataupun mengucapkan ‘selamat’ sempena perayaan mereka. Ini kerana perayaan merupakan antara UPACARA KEAGAMAAN yang menjadi syiar kepada sesebuah agama…

  • DEMONSTRASI TUNJUK PERASAAN BUKAN DARIPADA ISLAM

    DEMONSTRASI TUNJUK PERASAAN BUKAN DARIPADA ISLAM Jangan sekali-kali kita membudayakan demonstrasi tunjuk perasaan. Perbuatan mengganggu pengguna jalan raya, berteriak dan terlolong, mencaci dan memaki hamun, bergaduh dan melawan pihak berkuasa, merosakkan harta benda dan mengganggu ketenteraman awam, ini semua jelas bukan daripada ajaran Islam. Budaya demonstrasi tunjuk perasaan pada hari…

  • TANGGUNGJAWAB AHLI ILMU

    Antara tanggungjawab ahli ilmu ialah menjelaskan kebenaran kepada manusia dan menzahirkannya, membezakan antara yang benar dan palsu, yang baik dengan yang buruk, menyatakan perkara yang halal dan yang haram di samping menerangkan akidah yang benar berbanding akidah yang rosak agar mereka yang mencari kebenaran mendapat petunjuk dan mereka yang tersesat…

  • MADINAH TETAP BUMI SUCI

    MADINAH TETAP BUMI SUCI Ada yang berkongsi berita bahawa Pertubuhan Kesihan Sedunia (WHO) memperakui bumi Madinah Nabi ﷺ sebagai antara bandar paling sihat di dunia. Sumber: https://origin.bharian.com.my/dunia/asia/2021/01/779344/madinah-antara-bandar-paling-sihat-di-dunia Seolah-olah ia satu kebanggaan buat Muslim apabila bumi Nabi ﷺ ini diiktiraf oleh Pertubuhan dunia ini. Musykil. Sebagai seorang Muslim seharusnya kelebihan dan…