SELAMAT DARI SYIRIK

Orang yang dapat menjaga dirinya dan ahli keluarganya daripada syirik mendapat keuntungan yang lumayan.

Tetapi hal ini hanya bagi mereka yang benar-benar memahami erti tauhid dan erti syirik.

Bagaimana pula dengan mereka yang membolehkan pemakaian tangkal, mengkeramatkan perkuburan tertentu, percaya kepada ramalan nasib mengikut kedudukan bintang (horoskop), mendatangi bomoh yang berjubah ustaz, percaya kepada bermacam-macam hal khurafat seperti mandi safar, tuah dan sial?

Jelas mereka dalam keadaan bahaya.

Ini pentingnya ilmu.

Justeru lihatlah dari mana kita mengambil ilmu itu.

Idris bin Sulaiman
Kajang
22 Rejab 1443H /
24 Februari 2022

Similar Posts

  • MERANCANG KEHAMILAN SEPANJANG PKP?

    MERANCANG KEHAMILAN SEPANJANG PKP? Saranan supaya merancang kehamilan sewajarnya dinilai mengikut ketetapan syariat dan bukan atas sebab material keduniaan semata-mata. Secara prinsipnya, syariat menggalakkan supaya seseorang itu memiliki ramai anak. Antaranya kerana anak akan menjadi sumber pahala jariah selepas mati di samping banyak kelebihan yang lain. Sabda Nabi: “Kahwinilah kamu…

  • ALLAH PENJAGA ORANG BERIMAN

    ALLAH PENJAGA ORANG BERIMAN Firman ALLAH: فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا. “ALLAH jualah sebaik-baik PENJAGA”. Surah Yusuf, 12:64. Sabda Nabi ﷺ: احْفَظِ اللَّهَ يَحْفَظْكَ. “Jagalah ALLAH (nescaya) Dia menjaga engkau”. Sahih. Riwayat Imam Ahmad. Kepada ALLAH jua kita memohon pertolongan dan jagaan.

  • ‘IHTISAB’ DALAM MENGHADAPI KESUSAHAN

    ‘IHTISAB’ DALAM MENGHADAPI KESUSAHAN Antara sifat kasih ALLAH ﷻ buat para hambaNYA yang beriman ialah dengan menimbulkan dalam hati mereka rasa ‘ihtisab’ iaitu mengharapkan ganjaran pahala atas kesusahan yang menimpa sehingga meringankan beban kesusahan yang dihadapi. Dunia merupakan tempat ujian manakala akhirat tempat diberi ganjaran. Manusia yang berjaya ialah mereka…

  • ANTARA KEBENARAN DENGAN KEBATILAN

    ANTARA KEBENARAN DENGAN KEBATILAN Kebenaran ialah seperti emas tulen, semakin diuji semakin terserlah ketulenannya. Sedangkan kebatilan pula ialah seperti barang palsu, semakin diuji semakin terserlah kepalsuannya. – Ibnu Taimiyah, al-Jawab as-Sahih. Idris bin Sulaiman Kajang Antara kaca & permata 13 Jumadil Akhir 1442H/ 26 Januari 2021 #http://www.facebook.com/idrissulaiman

  • RACUN DOSA

    Dosa umpama racun. Sekiranya ia tidak membinasakan maka paling tidak ia akan melemahkan orangnya. Dan jika orangnya sudah jadi lemah maka dia tidak akan dapat melawan penyakit-penyakit yang datang. Berkata ulama besar Abdullah bin Mubarak (wafat 181H): رَأيْتُ الذُّنُوبَ تُمِيتُ القُلُوبِ، وَقَدْ يُورِثُ الذُّلَّ إدْمَانُهَا، وَتَرْكُ الذُّنُوبِ حَيَاةُ القُلُوبِ. “Aku…