|

SEBAIK-BAIK UCAPAN TERIMA KASIH

Sabda Nabi ﷺ:

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ: جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ ‌أَبْلَغَ ‌فِي ‌الثَّنَاءِ.

“Barang siapa dilakukan padanya kebaikan lalu dia berkata kepada orang tersebut ‘Jazakallahu khaira (Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan) maka sesungguhnya dia telah memberikan sebaik-baik pujian.”

[Sahih. Riwayat Tirmizi]

Nabi ﷺ dalam hadis di atas mengajarkan cara terbaik untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang melakukan kebaikan iaitu dengan berkata kepadanya:

‘Jazakallahu khaira’

(Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan)

Ternyata ini bukan sekadar ucapan ‘terima kasih’ malah ia juga merupakan sebuah doa.

Doa kebaikan buat orang yang berkenaan.

Sedangkan doa ialah ibadah.

Dan sebaik-baik ibadah ialah apa yang menepati sunah Nabi ﷺ.

Justeru amalkan doa ini tanpa mengubah atau menokok tambahnya.

Daripada Allah jua kita memohon hidayah.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
01 Zulkaedah 1444H
21 Mei 2023

Similar Posts

  • ADA HADIS SAHIH BERCANGGAH DENGAN AL-QURAN?

    Ada pihak mengandaikan bahawa terdapat hadis sahih termasuk dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim yang bercanggah dengan Al-Quran. Andaian ini salah dan batil. Itu tidak mungkin berlaku. Kerana kedua-dua Al-Quran dan al-Sunah datang daripada Nabi ﷺ yang maksum yang tidak berbicara dalam hal berkait agama kecuali mengikut panduan wahyu…

  • |

    CARA JAWAB KIRIM SALAM

    Jika dikatakan “Ada orang kirim salam” mungkin kebiasaannya kita mendengar orangnya menjawab “Waalaikumussalam!” Sekalipun jawapan ini tidak salah tetapi Sunahnya menjawab: عَلَيْكَ وَعَلَيْهِ السَّلامُ. “Alaika waalaihissalam.” (Kesejahteraan ke atasmu dan ke atasnya) Ini berdasarkan sebuah hadis di mana Nabi ﷺ berkata kepada isterinya Aisyah radiallahuanha: يَا عَائِشَةُ، هَذَا جِبْرِيلُ عَلَيْهِ…

  • |

    ADAB-ADAB MEMBUANG HAJAT MENURUT AL-SUNAH

    Hantaran sebelum ini membidas tatacara kencing tertentu yang didakwa menurut al-Sunah kerana ia lebih kepada menyusahkan apa yang telah sedia dimudahkan oleh agama. TATACARA KENCING? Berikut adalah ringkasan adab-adab membuang hajat yang sabit dalam al-Sunah: 1. Menjauh dan melindungi diri daripada pandangan manusia lain; 2. Tidak membuang hajat di tempat…

  • |

    ISLAM MEMERANGI KEGANASAN

    Keamanan merupakan nikmat besar kurniaan Allah ﷻ. Maslahat negara dan masyarakat tidak akan dapat direalisasikan tanpa ada keamanan. Justeru sebarang tindakan menggugat keamanan dan keharmonian awam menyalahi syariat Islam, hukumnya haram dan termasuk dalam dosa besar. Termasuklah perbuatan menumpahkan darah dan membunuh nyawa yang tidak berdosa. Firman Allah ﷻ: مَن…

  • |

    TEGUR LEMAH LEMBUT ATAU KASAR?

    Sering apabila menegur kesalahan sebahagian orang lebih mudah menggunakan cara yang kasar berbanding cara yang lemah lembut. Lalu terdengarlah ayat-ayat seperti: “Eh, takkan ini pun tak tahu??” “Hoi bodoh!” “Takkan ini pun kena ajar!?” “Aduhai, berapa kali aku nak cakap??” Ini berlaku kerana cara yang kasar lebih mudah digunakan berbanding…

  • JANGAN MENGHINA

    – B40 – Kemuliaan Muslim Muslim itu mulia dan memiliki hak-hak yang wajib dipelihara dan ditunaikan oleh sesama Muslim. Antaranya menjaga darah nyawanya, hartanya dan juga maruahnya. Justeru syariat melarang perbuatan menghina antara sesama Muslim walau atas apa sebab sekalipun. Sabda Nabi ﷺ: الـمُسلِمُ أَخُو الـمُسلِم، لاَ يَظلِمُهُ، وَلاَ يَـخذُلُهُ،…