Two human figures divide the house among themselves
|

SEBAB-SEBAB ISTERI BOLEH MINTA CERAI

Antara sebab-sebab isteri boleh minta cerai ialah seperti berikut:

1. Suami tidak mampu menunaikan tanggungjawab menyediakan nafkah, tempat tinggal asing, berhubungan badan dan seumpamanya;

2. Suami mendera isteri dengan memukul, mencela dan memaki hamun;

3. Isteri terkesan dengan suami yang selalu tidak ada di rumah seperti jika si suami bermusafir lebih daripada 6 bulan dan si isteri merasa tidak aman atas dirinya;

4. Suami mempunyai aib kekal seperti mandul, tidak upaya bersanggama dan penyakit berbahaya pada tubuh badan;

5. Suami fasik melakukan dosa besar seperti tidak solat fardu dan tidak puasa Ramadan.

Adapun jika suami melakukan hal-hal kemurtadan yang menyebabkannya keluar daripada Islam maka perkahwinan akan terlerai dengan sendirinya.

Wallahulmuwaffiq

Similar Posts

  • |

    JANGAN HALAU MALAIKAT DARI RUMAH

    Sabda Nabi ﷺ: لا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَة. “Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar.” Sahih. Riwayat al-Nasaie. Larangan memasukkan anjing ke dalam rumah dan menggantung gambar makhluk bernyawa; manusia dan haiwan. Adapun gambar pokok dan pemandangan alam hukumnya harus. Dr. Idris…

  • |

    USTAZ WUHAN

    USTAZ WUHAN Tersebutlah cerita ceramah di sebuah masjid … Seorang penceramah berkata: “Tuan-tuan…Coronavirus dah disebut dalam al-Quran dan hadis semenjak 1400 tahun yang lepas…Allah telah pun memberi peringatan dan amarannya…” Lalu dia membaca firman Allah: وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ … وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ “Dan kami ingatkan manusia… wahnan ‘ala wahn” (Luqman, 31:…

  • |

    PENAFIAN AFILIASI POLITIK

    – UMNO & Hizbi Sekian lama saya mendengar cakap-cakap yang mengatakan bahawa Ustaz Idris Sulaiman orang parti UMNO yang menerima dana tertentu daripadanya dan beliau seorang ‘hizbi’. ——————- Pengertian Hizbi: HIZBI ——————- Seingat saya cakap-cakap ini sudah mula sejak hampir 10 tahun lalu. Saya tidak menyangka bahawa cakap-cakap ini bertahan…

  • |

    BIDAAH DALAM AGAMA

    Acap kali dalam hal-hal tokok tambah, rekaan dan inovasi dalam agama dan ibadah sebahagian pihak mempertahankannya dengan berkata: “Alahai, benda baik apa salahnya…” Perlu ditegaskan bahawa kenyataan sebegini keliru dan tidak benar sama sekali. Kerana baik atau buruk dalam hal agama dan ibadah hanya boleh ditetapkan melalui jalan syariat, bukan…

  • |

    Tenang, sabar, reda

    ‌الْحَمْدُ ‌لِلَّهِ ‌عَلَى ‌كُلِّ ‌حَالٍ. Segala puji bagi Allah dan semua keadaan. حَسْبُنَا ‌اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ. Cukup bagi kita Allah. Dialah sebaik-baik tempat bergantung. Tenang, sabar, reda. Dengar dan taat dalam hal makruf. Dr. Idris bin Sulaiman Kajang 25 Rabiulakhir 1444H 20 November 2022