|

SAHABAT NABI GEMBIRA KEMENANGAN TENTERA ROM : SATU PENJELASAN

Para Sahabat Nabi ﷺ pernah bergembira dengan kemenangan tentera Rom terhadap Parsi.

Namun demikian, kegembiraan tersebut tidak bermaksud mereka memuji atau menyokong tentera Nasrani Rom itu.

Kegembiraan adalah satu perkara, manakala memuji dan menyokong adalah perkara yang lain.

Bagaimana pula ada pihak yang cuba menyucikan pencela dan pengkafir Sahabat Nabi daripada kalangan Syiah Rafidah dengan gelaran al-Syahid?

Lebih menghairankan lagi apabila didakwa bahawa sesiapa yang tidak menyokong tentera Syiah bererti dia menyokong Yahudi dan Nasrani.

Ini pemahaman yang keliru lagi mengelirukan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
17 Ramadan 1447H
07 Februari 2026
https://idrissulaiman.com/shop

Similar Posts

  • |

    JANGAN HALAU MALAIKAT DARI RUMAH

    Sabda Nabi ﷺ: لا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَة. “Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar.” Sahih. Riwayat al-Nasaie. Larangan memasukkan anjing ke dalam rumah dan menggantung gambar makhluk bernyawa; manusia dan haiwan. Adapun gambar pokok dan pemandangan alam hukumnya harus. Dr. Idris…

  • |

    LĠBŤ SEKS SONGSANG

    Perbuatan liwat merupakan jenayah yang lebih berat dan lebih jijik daripada zina. Para ulama antaranya Imam Ibnu al-Qayyim menjelaskan bahawa perbuatan jijik ini turut dijauhi oleh haiwan sehingga tidak diketahui bahawa ada keldai jantan yang mendatangi keldai jantan lain, kambing jantan mendatangi kambing jantan lain atau anjing jantan mendatangi anjing…

  • |

    ISLAM BUKAN AGAMA IKUT PEGANGAN MAJORITI

    Muslim disuruh ikut perintah Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ. Firman Allah ﷻ: وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَٱحۡذَرُواْۚ فَإِن تَوَلَّيۡتُمۡ فَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا ٱلۡبَلَٰغُ ٱلۡمُبِينُ “Dan taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada Rasul, dan awaslah, sesungguhnya jika kalian berpaling maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan…

  • |

    AGAMA HAWA NAFSU

    Hawa nafsu senantiasa mendorong manusia ke arah kejahatan. Firman Allah ﷻ: إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓءِ “Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan.” [Al-Quran, Yusuf, 12:53] Oleh itu, ada manusia yang terlalu tunduk kepada hawa nafsunya hingga dia taat memujanya dan menjadikannya sebagai sembahannya. Lalu apa yang buruk dilihat baik…

  • |

    SIKAP MUSLIM DENGAN IBADAHNYA

    Muslim sentiasa melihat amal ibadahnya sedikit. Dan amalan ibadahnya memang sedikit dan dia melihatnya begitu. Sama sekali dia tidak akan menganggapnya banyak ataupun merasa ujub kagum dengannya. Sebaliknya dia senantiasa melihatnya serba kurang. Sikap sebegini penting kerana ia akan membuatkan orangnya terus berusaha menambahkan lagi amalannya serta berusaha untuk memperbaikinya….

  • |

    HARAMNYA PRANK MENAKUT-NAKUTKAN MUSLIM

    Sabda Nabi ﷺ: ‌لَا ‌يَحِلُّ ‌لِمُسْلِمٍ ‌أَنْ ‌يُرَوِّعَ ‌مُسْلِمًا. “Tidak halal bagi seorang Muslim menakut-nakutkan seorang Muslim lain.” Sahih, riwayat Abu Daud, no. 5004 Daripada Allah jua kita memohon petunjuk. Dr. Idris bin SulaimanKajang16 Jamadilawal 1447H07 November 2025https://idrissulaiman.com/shop