Closeup of Malaysia Ringgit currency notes and coins
|

ROSAKNYA EKONOMI: RASUAH vs SYIRIK

– Asal warna Hajarulaswad, Kaabah

Ulama haraki melihat bahawa rasuah dan ketidakadilan dalam pembahagian harta kekayaan negara menjadi punca utama masalah ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat.

Berbeza pula dengan ulama Salafi yang menegaskan bahawa masalah ekonomi dan lain-lain berpunca daripada berleluasanya syirik dan maksiat.

Mereka berhujah dengan memberikan contoh Hajarulaswad; batu syurga berwarna putih yang kemudian berubah menjadi hitam kerana perbuatan syirik dan dosa-dosa manusia.

Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

‌الْحَجَرُ ‌الْأَسْوَدُ ‌مِنَ ‌الْجَنَّةِ، وَكَانَ أَشَدَّ بَيَاضًا مِنَ الثَّلْجِ حَتَّى سَوَّدَتْهُ خَطَايَا أَهْلِ الشِّرْكِ.

“Hajarulaswad berasal dari syurga dan warnanya lebih putih daripada salji tetapi kemudian ia berubah menjadi hitam kerana dosa-dosa ahli syirik.”

[Hasan. Riwayat Ahmad]

Jika kesyirikan boleh memberi kesan ke atas batu putih syurga sehingga menyebabkannya bertukar menjadi hitam dan dinamakan Hajarulaswad (Batu Hitam) maka tentunya ia turut boleh memberi kesan negatif ke atas perkara-perkara lain seperti ekonomi dan sebagainya.

Ini kerana Allah ﷻ berfirman:

وَمَآ أَصَٰبَكُم مِّن مُّصِيبَة فَبِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِيكُمۡ.

“Dan apa jua yang menimpa atas kalian maka ia disebabkan oleh tangan-tangan kalian sendiri.”

[Al-Quran, al-Syura, 42:30]

Allah ﷻ juga berfirman:

إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٌ.

“Sesungguhnya syirik ialah kezaliman yang paling besar.”

[Al-Quran, Luqman, 31:13]

Jika diamati, pendekatan kelompok pertama lebih kepada menyalahkan orang lain sedangkan pendekatan yang kedua lebih ke arah mengajak masyarakat supaya bermuhasabah, bertaubat dan memperbaiki diri.

Pendekatan yang kedua lebih menguntungkan bagi akhirat.

Semoga Allah memelihara kita dan keluarga daripada perbuatan-perbuatan syirik.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
16 Rabiulawal 1444
13 Oktober 2022

Similar Posts

  • |

    TABARUK DI GUNUNG JERAI

    Tabaruk bermaksud mencari berkat. Perlu ditegaskan bahawa mengkhususkan sesebuah tempat secara umum atau spesifik untuk mencari berkat tanpa sebarang dalil syarak yang menganjurkan sedemikian merupakan satu kemungkaran tidak kira sama ada tempat tersebut ialah pokok, mata air, sungai, bukit, gunung atau gua, dan sama ada tempat itu didatangi untuk mandi,…

  • |

    KULIAH SYEIKH ABDUL MUHSIN AL-ABBAD

      – Ulama besar Madinah Setelah sekian lama tidak mengadakan kuliah, ulama besar kontemporari Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad – hafizahullah – kembali semula mengadakan kajian beliau di Masjid Nabawi, Madinah mensyarahkan Kitab al-Tauhid. Dikatakan kuliah terakhir beliau 4 tahun dahulu. Syeikh sudah sangat uzur, menggunakan kerusi roda dan berumur hampir…

  • |

    HALUSNYA SYIRIK

    Betapa halusnya syirik, lebih halus daripada semut (Sahih, Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad). Ini contoh ajaran yang membawa kepada syirik dalam bentuk mengajar IKHLAS dan KHUSYUK. Ketika mana syariat memerintahkan supaya IKHLAS beribadah kerana ALLAH dan KHUSYUK menghayati amalan yang dilaksanakan dengan tunduk merendah diri MEMIKIRKAN KEBESARAN dan KEAGUNGAN ALLAH, mereka…

  • PENTINGNYA TAUHID

    Tauhid mengesakan Allah ﷻ serta menjauhi segala bentuk syirik dan kufur merupakan syarat utama masuk syurga serta selamat daripada kekal dalam api neraka. Firman Allah ﷻ: إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٖ. “Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain…

  • |

    PENTINGNYA TAUHID

    # Syarat masuk syurga # Elak kekal dalam api neraka Tauhid mengesakan ALLAH ﷻ serta menjauhi segala bentuk syirik menyekutukan ALLAH ﷻ merupakan syarat utama masuk syurga serta selamat daripada kekal dalam api neraka. Firman ALLAH ﷻ: إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ…

  • | |

    IKHWAN MUSLIMIN PENGGANAS & SESAT: FATWA BADAN PEMBESAR ULAMA ARAB SAUDI

    Badan Pembesar Ulama Arab Saudi (Hai’ah Kibar Ulama) dalam kenyataannya baru-baru ini mengisytiharkan kumpulan Ikhwan Muslimin (IM) sebagai pengganas dan sesat kerana membawa matlamat-matlamat hizbiah (kepartian) yang bertentangan dengan syariat. Kumpulan yang bertopengkan agama ini banyak melakukan perkara-perkara yang menyalahi Agama, memecah belah masyarakat Islam, melakukan kekacauan dan keganasan. Justeru…