|

RIBA SEBAB KENAIKAN HARGA BARANG

Ramai mungkin mengeluh tentang kenaikan harga barang semasa.

Harga rumah, harga kereta, barang keperluan harian dan sebagainya.

Sedar atau tidak ia kesan daripada riba yang diamalkan hampir dalam semua sektor ekonomi.

Sedangkan Allah ﷻ telah mengingatkan tentang perkara ini dalam firmanNya ﷻ:

يَمۡحَقُ ٱللَّهُ ٱلرِّبَوٰاْ وَيُرۡبِي ٱلصَّدَقَٰتِ

“Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (keberkatan harta yang dikeluarkan) sedekah dan zakatnya.”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:276]

Tambah lagi, Islam mengharamkan riba, mengiranya sebagai dosa besar dan Allah ﷻ memerangi mereka yang terlibat dengannya.

Firman Allah ﷻ:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ. فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡب مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِ.

“Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang beriman. Jika kamu tidak berbuat demikian maka ketahuilah bahawa Allah dan RasulNya memerangi kamu.”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:279]

Daripada Jabir, katanya:

لَعَنَ ‌رسُولُ ‌اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ ‌الرِّبا ومُوكِلَهُ وكاتِبَهُ وشاهِدَيْهِ.

“Rasulullah ﷺ melaknat orang yang memakan riba, orang yang memberi makan riba, penulisnya (perjanjian transaksinya) dan kedua-dua saksinya”.

[Sahih. Riwayat Muslim]

Ini perkara serius, tidak boleh dipandang ringan.

Sedangkan pendekatan mengajar para pelajar sekolah seawal darjah 6 tentang riba dengan istilah ‘faedah’ seolah-olah ia baik dan halal sangat tidak kena.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
28 Safar 1445H
14 September 2023

Similar Posts

  • |

    JIKA NABI TAK BUAT MAKA JANGAN BUAT

    Firman Allah: یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تُقَدِّمُوا۟ بَیۡنَ یَدَیِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِیعٌ عَلِیمࣱ “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” [Al-Quran, al-Ḥujurāt, 49:1]…

  • |

    CAKAP SEDIKIT

    Kata Imam al-Auzaie: “Orang beriman bercakap sedikit dan beramal banyak sedangkan orang munafik bercakap banyak tetapi beramal sedikit.” [al-Zahabi, al-Siyar, 7/125] Dr. Idris bin SulaimanGotong royong Ramadan12 Syaaban 1444H05 Mac 2023

  • |

    AZAM TAHUN BAHARU BUKAN BUDAYA ISLAM

    ‘Azam tahun baharu’ sinonim bila tiba awal tahun baharu Masihi. Sedar atau tidak budaya ini kembali ke zaman pagan Babylon lebih 4000 tahun dahulu. https://www.abc.net.au/news/2023-12-31/new-year-resolutions-began-as-ancient-rituals-4000-years-ago/103271974 Maka penting ditegaskan bahawa ‘azam tahun baharu’ bukan budaya Islam dan lebih penting lagi ia sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam. Berbeza dengan mereka yang berazam…

  • |

    SEMBAH CAPAL?

    Umat Islam diperintahkan untuk solat menghadap Kaabah di Mekah al-Mukarramah. Ia menjadi kiblat yang menyatukan umat Islam sedunia. Perkembangan semasa di tanah air menyaksikan sebahagian kelompok masyarakat Islam begitu taasub dengan simbol capal sehingga dilihat terlalu mengagung-agungkannya dan yang terbaru dalam sebuah gambar yang tular di media sosial kelihatan sebuah…

  • |

    MESIR: SAF SOLAT HARI RAYA CAMPUR LELAKI & PEREMPUAN

    Mengejutkan. Tular dalam media sosial gambar yang menunjukkan deretan saf lelaki dan perempuan bercampur-campur semasa mengerjakan solat hari raya Aidiladha hari ini. https://www.facebook.com/sawtelghad/posts/5634243749966736 Majlis Fatwa Mesir yang mengecam hal tersebut menegaskan bahawa ia bertentangan dengan ketepatan agama. CATATAN: Umat Islam perlu mengambil iktibar dan berhati-hati jangan dibiarkan dakyah-dakyah liberalisme merebak…