R.I.P. (REST IN PEACE)

R.I.P. (REST IN PEACE)
.
Mendoakan buat orang kafir yang mati dalam keadaan syirik dan kufur adalah dilarang.
.
Sekiranya sabit bahawa seseorang musyrik, Yahudi, Nasrani atau selain mereka daripada kalangan penganut agama kafir mati dalam keadaan kafir tanpa dia bertaubat, maka dalam keadaan sedemikian kita DILARANG mendoakan pengampunan dan rahmat buatnya.
.
Ini kerana telah jelas bahawa Allah telah menetapkan atasnya untuk terus kekal dalam api neraka.
.
Adapun mendoakan keampunan dan rahmat buatnya, ia adalah permohonan supaya diubah ketetapan takdir Allah tersebut sedangkan ketetapan takdir itu tidak boleh diubah.
.
Tambah lagi Allah berfirman:

ما كان للنبي والذين آمنوا أن يستغفروا للمشركين ولو كانوا أولي قربى من بعد ما تبين لهم أنهم أصحاب الجحيم

“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu terdiri daripada kalangan ahli neraka.”
.
Surah At-Taubah; ayat 113
.
Sabda Nabi:

والذي نفسي بيده لايسمع بي أحد من هذه الأمة ، ولايهودي ولانصراني ، ثم يموت ولم يؤمن بالذي أرسلت به إلا كان من أصحاب النار )

“Demi yang nyawaku di tangan-Nya, tidaklah sesiapa daripada kalangan umatku yang mendengar tentangku, kemudian dia tidak beriman denganku; Yahudi atau Nasrani; melainkan dia terdiri daripada kalangan ahli neraka.”
.
Riwayat Muslim.
.
Ini berbeza dengan mendoakan orang kafir supaya mendapat petunjuk hidayah dengan harapan supaya mereka memeluk Islam.
.
Hal ini dibolehkan, tiada masalah.
.
Barakallahu fikum.
.
– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
.
=======
.
Nak join soal jawab bersama UIS & Ustaz Huzaifah Hadis?
.
Join di sini https://chat.whatsapp.com/4PA9QmEhEOlIqJY4Lrabpf
.
Atau komen no telefon di bawah.
.
[ ADMIN ]

Similar Posts

  • MEREKA MAHU ARAB SAUDI JADI LIBERAL

    MEREKA MAHU ARAB SAUDI JADI LIBERAL DAN MEDIA NEGARA TUMPANG GEMBIRA Negara tersebut berdepan dengan cabaran besar dari kedua-dua arah kanan dan kiri; anasir pelampau Agama berfahaman Khawarij Takfiri di sebelah kanan manakala di sebelah kiri pula adalah golongan liberal yang berkiblatkan kafir Barat. Sumber berita media negara: https://premium.sinarharian.com.my/article/153654/rencana-/jendela-dunia/perubahan-pesat-sosial-di-arab-saudi Semoga…

  • Air Ruqyah vs Air Yasin

    Air Ruqyah vs Air Yasin Tegahan Mengkhususkan Malam Jumaat / Siangnya dengan Ibadah-Ibadah tertentu عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أن رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال “لا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي وَلا تَخْتَصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الْأَيَّامِ إِلَّا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومهُ أحدكُم” Daripada Abu…

  • ADAT BUDAYA ZAMAN ARAB JAHILIAH

    ADAT BUDAYA ZAMAN ARAB JAHILIAH Zaman jahiliah merujuk kepada zaman kesesatan masyarakat Arab sebelum kedatangan Nabi Muhammad ﷺ dan kebangkitan beliau membawa risalah agama Islam. Zaman ini dinamakan sedemikian kerana kejahilan manusia yang berleluasa ketika itu serta kehidupan mereka dalam suasana gelap sebelum datangnya sinar Islam. Kejahilan ini tampak pada…

  • DOA QUNUT WITIR

    DOA QUNUT WITIR • Bacaan DOA QUNUT WITIR jika SOLAT BERSENDIRIAN: اللَّهُمَّ أهْدِني فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِني فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لي فِيما أَعْطَيْتَ، وَقِني شَرَّ ما قَضَيْتَ، إنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ، إنَّهُ لا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلا يَعِزُّ مَنْ عادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، لا مَنْجَى مِنْكَ إلا…