PKP 3.0: SOLAT TAUBAT SEBELUM SOLAT ZOHOR PADA HARI JUMAAT?

PKP 3.0: SOLAT TAUBAT SEBELUM SOLAT ZOHOR PADA HARI JUMAAT?

Hal-hal umum yang melibatkan urusan pentadbiran awam dan maslahat kemasyarakatan dipikul oleh pemerintah Muslim dan wakil-wakil lantikannya.

Demikian halnya dengan urusan masjid.

Keputusan menangguhkan solat fardu dan solat Jumaat di masjid bagi majoriti umat Islam dalam negara akibat penularan wabak penyakit merupakan prerogitif pihak berkuasa, dan masyarakat awam perlu akur dengan keputusan tersebut.

Bagi solat Jumaat ia digantikan dengan solat Zohor empat rakaat di rumah.

KEMUSYKILAN:

Ada yang menyarankan supaya dilakukan solat taubat sebelum solat Zohor.

Ini pandangan yang keliru dan salah.

Pandangan ini menampakkan seolah-olah satu dosa telah dilakukan oleh masyarakat awam secara amnya kerana tidak melaksanakan solat Jumaat walhal mereka tiada pilihan dalam hal ini selain daripada akur dengan keputusan pihak berkuasa.

Maka mengapa pula mereka dipersalahkan dan dianggap telah berdosa dalam hal ini?

Bahkan pendirian mereka taat kepada keputusan tersebut selari dengan Syariat yang mewajibkan supaya Muslim taat kepada pemerintahnya dalam hal-hal makruf.

Semoga Allah mengampuni kita semua atas kesalahan dan keterlanjuran kita.

Idris bin Sulaiman
Kajang
9 Syawal 1442H /
21 Mei 2021
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • MENGKERAMATKAN KUBUR

    MENGKERAMATKAN KUBUR # Zikir, berdoa, bertawassul di perkuburan Zikir dan berdoa memang disyariatkan tetapi berzikir atau berdoa di perkuburan meminta untuk selain daripada kesejahteraan si mati adalah dilarang. Muslim ditegah berdoa meminta daripada selain Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ: وَأَنَّ ٱلۡمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدࣰا. “Dan sesungguhnya masjid-masjid…

  • UNIVERSITI ISLAM MADINAH

    UNIVERSITI ISLAM MADINAH Seorang ustaz mencela Universiti ini kononnya ia mengajar para pelajarnya akidah sesat sehingga menjadi ekstrem mengkafirkan ibu bapa mereka. Subhanallah, ini dusta dan bohong. Universiti ini sudah lama ditubuhkan, berapa ramai pelajarnya yang jadi begitu? Di Malaysia ada? Tunjukkan di mana jika anda berkata benar. Jawapannya tidak…

  • KELEBIHAN MEMBERI PINJAMAN (TANPA RIBA)

    KELEBIHAN MEMBERI PINJAMAN (TANPA RIBA) . . . Memberi pinjaman ikhlas tanpa mengenakan riba, dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia menjanjikan pahala ganjaran yang berlipat kali ganda daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala. . . . Firman Allah: . . . مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ…

  • KEBENCIAN SYIAH TERHADAP SUNNI

    KEBENCIAN SYIAH TERHADAP SUNNI Kata Ayatollah – Ayatusyaitan – Al-Khomaini (mati 1989): “Kita akan TUMPAHKAN DARAH NAWASIB (gelaran bagi orang Sunni)…” “Kita akan HANCURKAN MEKAH DAN MADINAH dari atas muka bumi…” “Hendaklah bumi KARBALA – bumi Allah yang berkat lagi suci – MENJADI KIBLAT solat manusia..” Rujukan: Lillahi Thumma Littarikh…

  • AGAMA KUFUR ITU BERBEZA-BEZA ATAU SAMA?

    AGAMA KUFUR ITU BERBEZA-BEZA ATAU SAMA? Firman Allah ﷻ: وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡ. “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan reda terhadapmu sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu).” [Al-Quran, al-Baqarah, 2:120] Ramai daripada kalangan ulama fikah berhujah dengan firmannya: حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ. “Sehingga…

  • BERMUKA MASAM

    BERMUKA MASAM # Nampak ‘maco’ atau bodoh? Tidaklah orang yang bersikap angkuh dengan manusia yang di bawahnya melainkan Allah ﷻ akan mengujinya dengan kehinaan daripada manusia yang di atasnya. Oleh itu usahlah merasa diri besar dan bermasam muka dengan orang lain kerana ia adalah tanda kebodohan. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda:…