|

ANAK-ANAK RASULULLAH Sallalahu alaihi wassalam

ANAK-ANAK RASULULLAH Sallalahu alaihi wassalam

Firman Allah:

مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ

(Muhammad itu bukanlah bapa bagi sesiapa daripada kalangan orang lelaki kamu)

Surah Al-Ahzaab, ayat 40.

Kata Imam Ibnu Kathir:

“Allah melarang perbuatan mengatakan sesudah turunnya ayat ini: Zaid bin Muhammad (anak angkat Baginda).

Yakni Baginda bukanlah bapanya, walaupun Baginda telah mengambilnya sebagai anak angkatnya.

Baginda tidak mempunyai anak lelaki yang telah hidup sampai umur akil baligh.

Baginda telah memperoleh Al-Qasim, At-Taib dan At-Tahir daripada Khadijah radhiallahu anha tetapi kesemua mereka telah meninggal dunia ketika kecil.

Baginda turut memperoleh Ibrahim daripada isterinya Maariyah Al-Qibtiyyah, tetapi dia juga meninggal dunia ketika masih menyusu.

Baginda telah memperoleh daripada isterinya Khadijah empat orang anak perempuan iaitu:

Zainab, Ruqayyah, Umm Kalthum dan Fatimah radhiallahu anhunna.

Daripada empat orang anak ini, tiga daripadanya meninggal dunia ketika Baginda hidup, manakala Fatimah Radhiallahu anha pula meninggal dunia tidak berapa lama selepas Nabi sallalahu alaihi wassalam wafat kerana terkesan dengan kehilangan ayahnya.

Fatimah radhiallahu anha meninggal dunia 16 bulan selepas Nabi sallalahu alaihi wassalam wafat.”

Tamat kata-kata Imam Ibnu Kathir.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, keluarganya, dan seluruh para Sahabatnya.

Barakallahu fikum.

– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
.
.
SHARE jika bermanfaat.
.
[ Admin ]
.
P. S. : Soal Jawab bersama UIS, whatsapp Admin – www.wasap.my/60196647749

Similar Posts

  • |

    AGAMA DIJADIKAN BAHAN SENDA GURAU

    Agama tidak boleh dijadikan sebagai bahan senda gurau. Allah ﷻ memberi ancaman ke atas mereka yang menjadikan agamanya sebagai bahan senda gurau dalam firmanNya ﷻ: ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَهُمۡ لَهۡوٗا وَلَعِبٗا “Orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan.” [Al-Quran, al-A’raaf, 07:51] Daripada Allah jua kita memohon petunjuk….

  • |

    ULAMA TIDAK AKAN DAKWA DIRINYA ULAMA

    Lumrah jika orang jahil tidak tahu dirinya jahil disebabkan oleh kejahilan yang menyelubungi dirinya. Sedangkan orang yang berilmu akan tahu dirinya masih jahil kerana ilmu kesedaran yang dimilikinya. Sedangkan Allah ﷻ berfirman: وَٱللَّهُ أَخۡرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ شَيۡئًا “Dan Allah mengeluarkan kalian dari perut ibu kalian dalam keadaan…

  • |

    NAFSU BERCAKAP

    NAFSU BERCAKAP Bercakap ada nafsunya. Iaitu kemahuan dan keinginan yang kuat untuk bercakap lebih-lebih lagi di media sosial yang pada hari ini telah membolehkan semua memberi pendapat dan meluahkan perasaan. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda: “Barang siapa beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam.” [Sahih….

  • |

    KEBENARAN TETAP MENANG

    Kebenaran tetap akan menang walaupun pengikutnya sedikit manakala kebatilan pula tetap akan terbungkam walaupun pengikutnya ramai. Firman Allah ﷻ: وَقُلۡ جَآءَ ٱلۡحَقُّ وَزَهَقَ ٱلۡبَٰطِلُۚ إِنَّ ٱلۡبَٰطِلَ كَانَ زَهُوقٗا “Dan katakanlah: Telah datang kebenaran, dan hilang lenyaplah perkara yang batil; sesungguhnya yang batil itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.” [Al-Quran,…