‘PENGHORMATAN TERAKHIR’ kepada si mati?

‘PENGHORMATAN TERAKHIR’ kepada si mati?

Mungkin anda pernah mendengar apabila berlaku kematian sebahagian tajuk dan isi berita menyebut:

“… memberi penghormatan terakhir kepada si fulan si fulan …”

Adakah ungkapan ini benar dan selari dengan ajaran AGAMA?

Jawapannya: TIDAK!

Apa yang pasti ia adalah ungkapan yang biasa disebut oleh masyarakat KAFIR BARAT.

Mereka menyebut:

“Pay your LAST RESPECTS”

(Beri PENGHORMATAN TERAKHIR kamu)

“They came to pay their LAST RESPECTS”

(Mereka datang untuk memberi PENGHORMATAN TERAKHIR)

dan seumpamanya.

Perlu ditegaskan di sini bahawa TIADA istilah seperti ini dalam ISLAM.

Tiada istilah ‘MEMBERI PENGHORMATAN TERAKHIR’ kepada si mati.

Sedar atau tidak seorang MUSLIM tetap DIHORMATI walaupun selepas mati.

KEHORMATANNYA tetap WAJIB dijaga dan dipelihara oleh mereka yang hidup.

Sejurus selepas kematian jenazahnya WAJIB dimandikan, dikafankan dan disolatkan sebelum dikebumikan.

Semua urusan ini adalah FARDU KIFAYAH, wajib ada yang melakukannya, jika tidak maka semua kaum Muslimin yang berkenan BERDOSA.

Tulang-tulang si mati HARAM dipatahkan.

HARAM melangkah atas KUBUR si mati atau duduk di atasnya.

Bagaimana pula MENCELA dan menceritakan KEBURUKAN si mati?

Tetap HARAM dan DILARANG.

Mengapa?

Kerana seorang MUSLIM tetap BERMARUAH dan ada KEHORMATAN di samping ada HAK-HAK yang WAJIB ditunaikan oleh saudara Muslim yang lain sama ada ketika dia HIDUP ataupun selepas dia MATI.

Penghormatan kepadanya TIDAK PERNAH BERAKHIR walaupun selepas dia MATI.

Kepada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah.

Idris bin Sulaiman
28 Muharam 1441H / 28 September 2019
KLIA2 – program asal terpaksa dibatalkan setelah penerbangan ditunda 4 jam!

Similar Posts

  • FAEDAH TERAKRU

    FAEDAH TERAKRU Ramai mungkin terpinga-pinga apabila mendengar perkataan ini dalam sehari dua ini. Ringkasnya apa yang dimaksudkan ialah jumlah RIBA yang BERTAMBAH dan TERKUMPUL dalam satu pinjaman. Catatan: Masih ada yang mahu menafikan kewujudan RIBA dalam institusi kewangan termasuk yang berjenama ISLAM? Lihat: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/institusi-kewangan-disaran-lupus-faedah-terakru-dalam-tempoh-moratorium-tengku-zafrul-241144 Baca artikel sebelum ini bertajuk: TERCELANYA…

  • SOLAT JUMAAT DI SELAIN MASJID

    SOLAT JUMAAT DI SELAIN MASJID Perbuatan mengerjakan SOLAT JUMAAT di tempat-tempat SELAIN MASJID secara TERTUTUP tanpa hebahan TIADA dasarnya dalam Sunah Nabi ﷺ. TIDAK diketahui bahawa Rasulullah ﷺ atau mana-mana Sahabat pernah solat Jumaat di rumah atau mana-mana tempat selain masjid, sama ada kerana keuzuran ataupun sebab-sebab lain. Justeru ia…

  • HARAMNYA DEMONSTRASI

    HARAMNYA DEMONSTRASI Demonstrasi adalah haram di sisi para ulama yang tidak terpengaruh dengan fahaman haraki Ikhwan Muslimin (IM). IM merupakan gerakan yang banyak bersekongkol dengan musuh-musuh Islam yang berselindung. Antara sebab haramnya demonstrasi ialah: 1. Menzahirkan nasihat kepada pemerintah sedangkan cara sedemikian dilarang Agama. Sabda Nabi ﷺ: من أراد أن…

  • “ALLAH SAYANG SEMUA”

    “ALLAH SAYANG SEMUA” Kenyataan ini salah. Andaian bahawa Allah ﷻ sayang semua dan tidak membenci sesiapa adalah salah kerana ia bertentangan dengan apa yang Allah ﷻ sendiri nyatakan tentang diriNya. Maka Allah sayang dan reda seperti mana Allah juga benci dan murka. Dalam Al-Quran, Allah ﷻ menyebutkan golongan-golongan yang Dia…

  • KAMBING WALAUPUN BOLEH TERBANG!!

    KAMBING WALAUPUN BOLEH TERBANG!! # Kejahilan dan taasub yang membutakan Tersebutlah kisah dua orang sahabat yang berselisih tentang bayang-bayang hitam yang mereka lihat bertenggek pada dahan sebuah pokok yang terletak agak jauh dari mereka. Sahabat A yang mempunyai penglihatan yang lebih kuat daripada rakannya mengatakan “Ia adalah burung gagak”. Sahabat…