MENYEMBAH KUBUR

MENYEMBAH KUBUR

Meminta pertolongan daripada orang mati.

Jika ini bukan SYIRIK, apa lagi?

ALLAH menceritakan kenyataan orang-orang MUSYRIKIN MEKAH yang MENYEMBAH BERHALA dengan berkata:

مَا نَعۡبُدُهُمۡ إِلَّا لِیُقَرِّبُونَاۤ إِلَى ٱللَّهِ زُلۡفَىٰۤ

“Kami tidak MENYEMBAHNYA (dengan meminta pertolongan daripadanya) melainkan supaya mereka (berhala-berhala itu) dapat MENDEKATKAN kami kepada ALLAH sehampir-hampirnya.”

Surah az-Zumar, ayat 3.

Tujuan dan niat mereka untuk mendekatkan diri mereka kepada ALLAH.

Tetapi ia tetap TIDAK DITERIMA oleh ALLAH lalu mereka DIPERANGI oleh RASULULLAH kerana perbuatan SYIRIK mereka itu.

Apa beza antara meminta PERTOLONGAN BOMOH (sebahagiannya kini dikenali sebagai ustaz) dengan meminta PERTOLONGAN ORANG MATI?

Sama sahaja. Syirik.

Semoga ALLAH memelihara kita dan keluarga kita daripada SYIRIK (antaranya dengan meminta pertolongan di alam ghaib daripada selain ALLAH).

Catatan:
Ada yang tidak faham erti sembah kubur. Pentingnya mempelajari akidah tauhid.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Khamis malam sudah mula Tarawih
27 Syaaban 1441H / 21 April 2020
www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • SOLAT BERJEMAAH & SOLAT JUMAAT

    SOLAT BERJEMAAH & SOLAT JUMAAT Solat adalah sebaik-baik amalan dan sebaik-baik bekalan untuk dibawa menghadap ALLAH. Solat adalah PERKARA PERTAMA yang akan DIHISAB pada HARI AKHIRAT kelak. KEJAYAAN dan KEMENANGAN bagi mereka yang MEMELIHARA SOLAT khususnya SOLAT BERJEMAAH dan SOLAT JUMAAT. Tidak dinafikan bahawa ia PERLU kepada KECEKALAN dan KETABAHAN…

  • BERANI LAWAN ‘HANTU’

    BERANI LAWAN ‘HANTU’ # Kepercayaan Khurafat Orang Melayu Dahulu (2) # Syirik kufur Muslim diperintahkan supaya sentiasa berlindung dengan ALLAH daripada segala kejahatan termasuklah gangguan syaitan. Malah tipu daya syaitan itu lemah tidak sekuat mana. Firman ALLAH: فَقَـٰتِلُوۤا۟ أَوۡلِیَاۤءَ ٱلشَّیۡطَـٰنِۖ إِنَّ كَیۡدَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ كَانَ ضَعِیفًا. “Maka perangilah kamu akan pengikut-pengikut…

  • AL JAZEERA – QATAR

    AL JAZEERA – QATAR Saluran berita AL JAZEERA yang berpangkalan di QATAR baru-baru ini membuat laporan memburuk-burukkan Malaysia kononnya tidak berperi kemanusiaan terhadap pendatang asing. https://www.facebook.com/115795798453909/posts/3333853379981452/?vh=e&d=n Tuduhan ini berat dan boleh mencemarkan nama baik negara. Mengapa saluran berita ini bertindak sedemikian? Jika dilihat QATAR, negara ini memang banyak melakukan onar…

  • BIDAAH DALAM AGAMA

    BIDAAH DALAM AGAMA Firman Allah ﷻ, mafhumnya: “Dan Kami turunkan daripada Al-Quran apa yang menjadi PENAWAR serta rahmat buat sekelian alam.” [Surah al-Israa, ayat 82] Ayat di atas bersifat umum dan mutlak, tidak mengkhususkan mana-mana ayat yang tertentu. Tidak dinafikan bahawa dalam masa yang sama, terdapat hadis-hadis SAHIH yang menyebut…