MENJAGA NASAB & NAMA KELUARGA

MENJAGA NASAB & NAMA KELUARGA

Syariat Islam mengutamakan NASAB dan memerintahkan supaya ia dipelihara dan dijaga.

Ia termasuk dalam lima prinsip Maqasid Syariah, di samping menjaga Agama, nyawa, akal dan harta.

Atas sebab ini Syariat Islam mengharamkan zina, dan menganggapnya sebagai perbuatan terkutuk dan tercela.

Ini kerana zina antara lain menyebabkan perpecahan keluarga dan kelahiran anak luar nikah yang tidak berbapa.

Kesudahannya anak tersebut membesar tanpa mendapat jagaan dan perlindungan yang sepatutnya, berbanding jika dia mempunyai bapa.

Tidak dinafikan bahawa si anak itu sedikit sebanyak akan tumbuh membesar dalam keadaan serba serbi lemah; mudah terancam, dek tidak mempunyai NASAB serta keluarga yang sempurna untuk menjadi tonggak kekuatannya.

Semenjak awal Islam, masyarakat Arab sangat mementingkan NASAB dan mereka tahu salasilah NASAB keturunan mereka sehingga barangkali ke nama datuk moyang mereka yang kesepuluh, jika bukan lebih daripada itu.

Sebagai contohnya, lihat nama penuh Rasulullah sallalahu alaihi wasallam.

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luay bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin An-Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Madrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nazar bin Muid bin Adnan.

Para ulama NASAB sepakat sehingga ke nama moyang Rasulullah Adnan, tanpa ada perselisihan sedikit pun.

Sesudah nama Adnan ada perselisihan dalam kalangan ulama, sekalipun mereka sepakat bahawa Adnan adalah daripada NASAB keturunan Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim alaihimassalam.

Demikian penjelasan Imam Ibnu Al-Qayyim dalam kitabnya Zaadul Ma’aad.

Bagaimanakah mungkin NASAB keturunan Rasulullah dapat diketahui sampai sedemikian rupa?

Jawapannya, kerana keprihatinan masyarakat pada waktu itu terhadap perkara ini dan bahawa ia termasuk dalam erti menjaga maruah serta nama baik keluarga; satu kebanggaan besar bagi mereka.

Untuk pengetahuan pembaca, antara cara menjaga NASAB sejak dahulu sehinggalah ke zaman sekarang ialah dengan memiliki NAMA KELUARGA.

Jika kita lihat, bukan sahaja masyarakat Arab Islam menitik beratkan hal ini, malah masyarakat lain turut mempraktikkannya, termasuklah masyarakat Barat dan juga kaum Cina di negara kita.

Dukacitanya masyarakat Islam Melayu secara amnya mengabaikan hal ini.

Contohnya jika dilihat SIJIL LAHIR dan KAD PENGENALAN, apa yang tertera HANYA nama diri dan bapa. Tidak dinyatakan nama datuk ataupun NAMA KELUARGA.

Pendek kata, NASAB yang direkodkan HANYA sampai ke nama BAPA sahaja! NASAB yang paling PENDEK, yang paling MINIMUM.

Hal ini sangat TIDAK WAJAR. Ia menyalahi tuntutan Syariat supaya menjaga NASAB.

Kesudahannya, barangkali dalam masyarakat kita ada yang tidak tahu nama datuknya atau nama moyangnya.

Demikian juga dia mungkin tidak tahu dan tidak kenal pakcik, makcik serta saudara maranya.

Mengapakah hal ini berlaku? Apakah yang boleh kita lakukan untuk mengatasi keadaan ini?

Sudah tiba masanya masyarakat Islam Melayu sedar akan hal ini dan mengutamakan aspek meletakkan NAMA KELUARGA (family name) pada nama dirinya KHUSUSNYA dalam SIJIL LAHIR dan KAD PENGENALAN.

Ini sejajar dengan tuntutan prinsip Maqasid Syariah menjaga NASAB keturunan serta memelihara TALI SILATURAHIM dengan sanak saudara, supaya ahli keluarga besar dapat KENAL antara satu sama lain dan hal ini DIREKODKAN SECARA BERTULIS pada nama mereka.

Wallahul mustaan.

Idris bin Sulaiman
https://www.facebook.com/idrissulaiman
Kajang
Pada pagi yang mendung
22 Syawal 1440H / 26 Jun 2019

Similar Posts

  • SYEIKH RABI’ AL-MADKHALI & IKHWAN MUSLIMIN

    SYEIKH RABI’ AL-MADKHALI & IKHWAN MUSLIMIN Semoga Allah merahmati Syeikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali hafizahullah. Beliau telah menghabiskan sebahagian besar umurnya membongkar kebejatan pertubuhan Ikhwan Muslimin, perancangan dan kerosakan yang mereka lakukan, di kala ramai ilmuan apatah lagi masyarakat awam yang tidak tahu mengenai pertubuhan ini. Kini pendiriannya telah sampai…

  • NEW WÖRLD ÖRDER

    NEW WÖRLD ÖRDER # Order Baru Dunia Perancangan besar golongan elit satanis globalis. Tun M Menyokong rancangan New Wörld Örder? https://www.facebook.com/12411993651/posts/10158199599933652/ Novus Ordo Seclorom – New Wörld Örder https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220067594191980&id=1588241794 DSN mendakwa Tun M telah bekerjasama dengan Geörge Sörös menjatuhkan kerajaan BN dahulu https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157836701335952/ Geörge Sörös dituduh terlibat dalam pergolakan yang…

  • KEBENCIAN SYIAH TERHADAP SUNNI

    KEBENCIAN SYIAH TERHADAP SUNNI Kata Ayatollah – Ayatusyaitan – Al-Khomaini (mati 1989): “Kita akan TUMPAHKAN DARAH NAWASIB (gelaran bagi orang Sunni)…” “Kita akan HANCURKAN MEKAH DAN MADINAH dari atas muka bumi…” “Hendaklah bumi KARBALA – bumi Allah yang berkat lagi suci – MENJADI KIBLAT solat manusia..” Rujukan: Lillahi Thumma Littarikh…

  • ISTILAH WAHABI & SYIAH BERPISAH TIADA

    ISTILAH WAHABI & SYIAH BERPISAH TIADA Berbeza pendapat sesama saudara Muslim, sesama Ahli Sunah satu perkara. Tetapi jangan pula sampai bersekongkol dengan SYIAH menggelar saudara Muslim – Wahabi. Bagi SYIAH, seseorang Muslim itu sama ada dia SYIAH atau ‘Nasibi’ – Wahabi. Bagi mereka, “Anda sama ada bersama kami atau LAWAN…

  • JAMAK SOLAT JUMAAT & ASAR

    JAMAK SOLAT JUMAAT & ASAR Tiada dalam Syarak hadis atau athar yang mengharuskan jamak antara solat Jumaat dan Asar. Apa yang ada hanya jamak antara solat Zohor dan Asar; bukan Jumaat. Asal hukum Syarak adalah tauqif. Tetapi mereka yang mengharuskan jamak Jumaat dan Asar berhujah dengan alasan bahawa Jumaat mengambil…