Right or wrong

MEMBETULKAN PERKATAAN YANG MENGELIRUKAN

Gosip ❌
Mengumpat ✅

Minuman alkohol ❌
Arak ✅

Bunga / Faedah ❌
Riba ✅

Seks selamat ❌
Zina ✅

Orang biasa (lawan orang Agama)❌
Orang fasik ✅

Anda mampu melakukannya ❌
Anda mampu melakukannya dengan izin Allah ✅

Yakin boleh! ❌
Yakin dengan kuasa Allah! ✅

Kejayaan di tangan anda! ❌
Kejayaan dengan pertolongan Allah! ✅

Keadilan sosial ❌
Keadilan Islam ✅

Dia telah pergi selama-lamanya ❌
Dia telah meninggal dunia ✅

Memberikan penghormatan terakhir ❌
Mendoakan kepada Allahyarham ✅

Takdir menentukan ❌
Allah mentakdirkan ✅

Keadaan telah memaksanya ❌
Allah menghendaki dengan takdirnya ✅

Menjaga tutur kata dan menjauhi perkataan-perkataan yang boleh mengelirukan diperintahkan oleh Agama.

Jangan pula berkata yang penting ialah niat. Malah di samping niat yang betul perkataan yang digunakan juga perlu betul.

Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، ‌لَا ‌يُلْقِي ‌لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ.

Maksudnya:

“Sesungguhnya seseorang hamba itu mengucapkan satu kalimah yang dimurkai Allah ﷻ tanpa dia peduli lalu menyebabkan dia dihumban ke dalam Neraka Jahanam.”

Hadis sahih. Riwayat Bukhari.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Menanti solat Jumaat dibuka untuk semua
03 Jumadil Akhir 1442H /
18 Disember 2020
https://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    Apa yang sudah lalu sudah pun berlalu

    Kata Syeikh Saleh al-Fauzan hafizahullah: “Hari datang silih berganti manakala umur hayat terus berkurang. Apa yang sudah lalu sudah pun berlalu sedangkan apa yang akan datang tidak diketahui. Sebaliknya apa yang ada ialah waktu yang engkau berada padanya.” Justeru jangan dilepaskan peluang yang ada di tangan. Dr. Idris bin SulaimanKajang05…

  • |

    MEMPERKECILKAN DOSA

    – Jangan dilihat kecilnya dosa tetapi lihatlah Maha BesarNya Tuhan Memperkecilkan dosa menunjukkan rasa kurang takut kepada Allah ﷻ. Ia merupakan antara sifat orang fasik dan munafik. Ini berbeza dengan orang Mukmin yang takut berdosa dan melihat sekecil-kecil dosanya sebagai sesuatu yang besar. Ia menunjukkan kesempurnaan rasa takutnya kepada Allah…

  • |

    MENYAMBUNG SILATURAHIM: KELEBIHAN LUAR BIASA

    Muslim dituntut supaya menyambung hubungan silaturahim dengan saudara mara. Hukumnya wajib tanpa khilaf. Mereka yang menyambung silaturahim diberi ganjaran yang sangat lumayan. Sabda Nabi ﷺ: إِنَّ ‌أَعْجَلَ ‌الطَّاعَةِ ‌ثَوَابًا صِلَةُ الرَّحِمِ، وَإِنَّ أَهْلَ الْبَيْتِ لَيَكُونُونَ فَجَرَةً فَتَنْمُوا أَمْوَالُهُمْ وَيَكْثُرُ عَدَدُهُمْ إِذَا تَوَاصَلُوا. “Sesungguhnya ketaatan yang paling cepat pahalanya ialah menyambung…

  • |

    WALI ALLAH BOLEH TERBANG?

    – Khurafat dari meja penceramah – Wali lebih tinggi dari rasul? Perlu ditegaskan bahawa para wali Allah ialah mereka yang beriman dan bertakwa. Firman Allah ﷻ: أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَكَانُواْ يَتَّقُونَ. “Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan…

  • |

    JAUHI PERKARA SYUBHAH

    Sabda Nabi ﷺ: إِنَّ الحَلالَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَات لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاس،ِ فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرأَ لِدِيْنِهِ وعِرْضِه، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الحَرَامِ. “Apa yang halal itu jelas dan apa yang haram itu jelas, dan di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhah yang…