|

MELAMPAU MEMUJI NABI: “KAU MATAHARI, KAU REMBULAN KAU CAHAYA DI ATAS CAHAYA”

Terdapat sebuah syair memuji Nabi ﷺ yang diungkapkan oleh sebahagian pihak dengan bait-bait lirik seperti berikut:

ﺃﻧْﺖَ ﺷَﻤْﺲٌ ﺃﻧْﺖَ ﺑَﺪْﺭٌ ﺃَﻧْﺖَ ﻧُﻮﺭٌ ﻓَﻮْﻕَ ﻧُﻮﺭِ
ﺃﻧْﺖَ ﺇﮐْﺴِﻴﺮٌ ﻭَﻏَﺎﻟﻲ ﺃﻧْﺖَ ﻣِﺼْﺒَﺎﺡُ ﺍﻟﺼُّﺪُﻭﺭِ

“Engkau bagai matahari,
engkau bagai bulan purnama,
engkau cahaya di atas cahaya,
engkau bagaikan emas murni yang mahal harganya,
engkaulah pelita hati.”

Perlu ditegaskan bahawa lirik syair di atas mengandungi unsur berlebih-lebihan yang melampau dalam memuji Nabi ﷺ sedangkan perkara ini dilarang oleh syariat Islam.

Nabi ﷺ diperintahkan oleh Allah ﷻ supaya menjelaskan dalam firman-Nya:

قُل لَّا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ ۚ وَلَوْ كُنتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ ۚ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalaulah aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.”

[Al-Quran, al-A’raf, 7:188]

Dan baginda ﷺ bersabda:

لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ، فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدٌ فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ.

“Janganlah kalian melampau dalam memujiku sebagaimana kaum Nasrani melampau dalam memuji Isa anak Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba, maka katakanlah: Hamba Allah dan Rasul-Nya.”

[Riwayat al-Bukhari, no. 3445]

Cinta Nabi ﷺ adalah wajib tetapi jangan ghuluw berlebih-lebihan dalam memuji baginda ﷺ kerana hal tersebut dilarang.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
18 Zulkaedah 1446H
16 Mei 2025
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    AZAM TAHUN BAHARU BUKAN BUDAYA ISLAM

    ‘Azam tahun baharu’ sinonim bila tiba awal tahun baharu Masihi. Sedar atau tidak budaya ini kembali ke zaman pagan Babylon lebih 4000 tahun dahulu. https://www.abc.net.au/news/2023-12-31/new-year-resolutions-began-as-ancient-rituals-4000-years-ago/103271974 Maka penting ditegaskan bahawa ‘azam tahun baharu’ bukan budaya Islam dan lebih penting lagi ia sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam. Berbeza dengan mereka yang berazam…

  • |

    SABAR

    Seorang Muslim perlu sabar menghadapi musibah. Sabar adalah wajib sehinggalah musibah yang melanda itu hilang dan diangkat oleh Allah ﷻ. Justeru perlu dielakkan perkataan-perkataan seperti berikut: Firman Allah ﷻ: وَٱصۡبِرُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ “Bersabarlah! Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.” [al-Quran, al-Anfal, 8:46] Daripada Allah jua kita memohon petunjuk….

  • |

    HARI KEKASIH (VALENTINE)

    Hari kekasih bukan sambutan Islam tetapi perayaan kaum kuffar. Muslim haram menyambutnya. Syariat haramkan semua pintu zina dan menghalalkan pintu nikah. Cinta yang benar ialah cinta yang didasari perkahwinan untuk membina keluarga harmoni, kehidupan aman yang dipenuhi kasih sayang dan belas kasihan. Firman Allah ﷻ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم…

  • |

    SYEIKH AL-ALBANI GEMAR MENONTON BOLA?

    Terkejut membaca dakwaan seorang pensyarah Arab Saudi bahawa ulama besar Syeikh al-Albani rahimahullah gemar menonton bola sepak dan ada menyokong pasukan bola liga Eropah tertentu. Tiada sumber rujukan yang diberikan selain daripada mengatakan bahawa beliau mendengarnya daripada murid Syeikh al-Albani melalui orang-orang tertentu yang tidak dinamakannya. Jelasnya pensyarah ini tidak…

  • |

    MENGKRITIK & MENGUTUK NEGARA TANAH SUCI

    Ada pihak-pihak di media sosial yang mengkritik dan mengutuk secara terbuka negara Tanah Suci, Arab Saudi dengan dakwaan bahawa ia tidak lagi mengikut hukum syariat dan kini sudah semakin liberal. Tidak dinafikan negara itu ada kelemahan dan kesalahan. Tetapi harus difikirkan apakah maslahat di sebalik kritikan terbuka sebegini? Adakah ia…

  • |

    MAJLIS KAHWIN ANAK PEREMPUAN

    Alhamdulillah, semalam telah pun berlangsungnya perkahwinan anak perempuan sulung dengan pasangannya Khairussalam Abd Latib di tempat tinggal keluarga lelaki, Batu Pahat. Syukur majlis berjalan lancar dan baik dengan tazkirah istimewa disampaikan oleh Ustaz Abu Furaihan. Terima kasih Ustaz kerana sudi datang dari jauh seberang. Penghargaan serta ucapan terima kasih buat…