| |

BIDAAH PROGRAM ZIARAH KUBUR

Syariat mengharuskan ziarah kubur untuk mengingatkan kematian dan hari akhirat sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

كُنْتُ ‌نَهَيْتُكُمْ ‌عَنْ زِيَارَةِ القُبُورِ فَزُورُوهَا فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الآخِرَةَ.

“Sesungguhnya dahulu aku melarang kalian daripada menziarahi kubur, maka ziarahilah ia kerana ia mengingatkan kalian kepada akhirat.”

[Sahih, riwayat Tirmizi, no. 1054]

Walau bagaimanapun, terdapat larangan bermusafir (untuk tujuan ibadah) ke selain tiga masjid; Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa dalam sabda Nabi ﷺ:

لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ: الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ، وَمَسْجِدِي هَذَا، وَالْمَسْجِدِ الْأَقْصَى.

“Janganlah bersusah payah berangkat (untuk beribadah) kecuali ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidku ini (Masjid Nabawi), dan Masjidil Aqsa.”

[Sahih. Riwayat Bukhari, no. 1189 dan Muslim, no. 1397]

PROGRAM IBADAH DI KUBUR

Sekiranya seseorang itu bermusafir ke kuburan tertentu untuk melakukan ritual-ritual tertentu, hal khurafat, bidaah dan sebagainya, tentu sahaja perkara ini lebih ditegah.

Ini kerana tiadalah ziarah kubur dilarang pada awal Islam (sebagaimana dalam hadis pertama di atas) kecuali untuk menutup pintu khurafat dan syirik memuja dan meminta tolong daripada orang mati yang berleluasa sebelum itu pada zaman jahiliah.

TUJUAN ZIARAH KUBUR

Diharuskan ziarah kubur untuk tujuan-tujuan berikut:

  1. Mengingatkan diri kepada kematian dan akhirat; dan
  2. Mendoakan si mati.

Amalan-amalan selainnya seperti membaca Al-Quran, beriktikaf dan berzikir di kuburan adalah menyalahi al-Sunah sedangkan dalam hadis “”Barang siapa melakukan sesuatu amalan yang tidak menepati cara kami maka ia adalah tertolak” (Sahih. Riwayat Muslim). Ibadah-ibadah ini seharusnya dilaksanakan di masjid, bukan di kuburan.

Adapun ritual tawaf di sekeliling kubur dan berdoa, menyeru dan meminta hajat daripada si mati maka ia adalah bidaah yang ditegah malah termasuk dalam syirik yang terkutuk. Sebagaimana firman Allah ﷻ:

وَأَنَّ ٱلۡمَسَٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُواْ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدٗا

“Dan sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu berdoa dan menyeru sesiapapun bersama-sama Allah.”

[Al-Quran, al-Jin, 72:18]

KESIMPULAN

Nabi ﷺ tidak pernah mengajarkan supaya membaca Al-Quran, berzikir dan beriktikaf di kuburan. Tiada walau satu pun hadis sedemikian. Apatah lagi jika berdoa meminta tolong daripada orang mati yang jelas syirik.

Demikian dengan amalan para Sahabat. Mereka tidak pernah bermusafir ke luar Madinah untuk menziarahi kuburan tertentu; kubur wali, orang soleh dan sebagainya, apatah lagi melakukan ritual-ritual tertentu selain daripada berdoa untuk kebaikan buat si mati.

Dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Nabi ﷺ dan amalan para Sahabat.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
11 Zulkaedah 446H
10 Mei 2025
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    PENTINGNYA AKIDAH TAUHID

    Dakwah sekalian para nabi menekankan akidah tauhid. Ini kerana barang siapa yang akidah tauhidnya bagus maka amalannya pun akan turut jadi bagus. Sedangkan orang yang akidah tauhidnya rosak maka akan rosaklah juga amalan-amalan yang dilakukannya sekalipun orangnya banyak solat, berpuasa, bersedekah dan beramal ibadah. Oleh itu, orang fasik daripada kalangan…

  • KHAWARIJ DAHULU VS KHAWARIJ MODEN

    Golongan Khawarij terdahulu berbeza dengan golongan Khawarij pada zaman sekarang. Ulama Salafi dari Kuwait, Syeikh Falah Mandakar rahimahullah, menjelaskan bahawa terdapat perbezaan ketara antara Khawarij pada zaman dahulu dan golongan yang disifatkan sebagai Khawarij moden pada hari ini. Menurut beliau, Khawarij terdahulu terkenal dengan kesungguhan dalam beribadah, termasuk memperbanyakkan bacaan…

  • |

    KEPERCAYAAN KHURAFAT ORANG MELAYU DAHULU (1)

    # Percaya kepada ‘semangat’ # Bahaya syirik Animisme ialah kepercayaan bahawa setiap benda (batu, kayu dan lain-lain) mempunyai ‘semangat’ (roh). Masyarakat Melayu dahulu percaya kepada ‘semangat’ roh dan ‘semangat’ alam semula jadi dan melakukan pemujaan untuk menghormati roh-roh tersebut. Sekalipun menganuti agama Islam dan percaya bahawa Allah sebagai Tuhan, tetapi…

  • |

    ASAS DAKWAH TAUHID

    – Esakan Allah / jauhi khurafat, syirik, taghut Asas akidah tauhid yang bebas daripada segala unsur khurafat dan syirik perlu menjadi pegangan setiap Muslim, dan berdasarkan asas inilah dakwah Islam perlu digiatkan sepertimana dakwah para rasul zaman berzaman. Firman Allah ﷻ: وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِي كُلِّ أُمَّةٖ رَّسُولًا أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ…

  • |

    BUKTI ‘ALLAH DI ATAS’ DALAM BAHASA MELAYU

    Biasa digunakan ayat “Panjatkan doa kepada Allah.” Pernahkah anda bertanya mengapa digunakan istilah ‘panjatkan’? Mengapa tidak digunakan istilah ‘kedepankan’ atau ‘turunkan’ doa itu? Sedangkan ‘panjat’ menurut Kamus Dewan ialah ‘naik ke atas’. Ini hanya contoh mudah. Sedangkan dalil-dalil menunjukkan ‘Allah di atas’ terlalu banyak dalam Al-Quran dan al-Sunah. CATATAN Adakah…

  • | |

    SELEPAS KUIL TOKONG PULA

    SELEPAS KUIL TOKONG PULA Sangat tidak wajar. Jangan sampai hilang pedoman Agama rebah dek syubhah toleransi. Apakah sudah tiada lagi masjid untuk dibersihkan? Apakah sudah tiada lagi rumah sesama saudara Muslim yang belum dihilangkan sisa lumpur banjir besar yang berlaku baru-baru ini? Membersihkan rumah-rumah ibadat orang kafir ini bertentangan sama…