| |

MASJID AL-AQSA SYIAH

Masjid al-Aqsa merupakan antara tempat penting yang mempunyai banyak kelebihan dan fadilat di sisi umat Islam.

Ia merupakan tempat yang berkat lagi suci.

Dukacitanya sejak sekian lama ia telah dijajah Yahud laknatullah.

Sejak itu seruan untuk membebaskannya banyak dilaungkan oleh pelbagai pihak.

Termasuklah daripada kalangan orang-orang Syiah dan negara mereka Iran.

Menariknya, antara apa yang dinyatakan dalam ajaran Syiah adalah mengenai kedudukan Masjid al-Aqsa itu sendiri di mana ditekankan bahawa tempat letaknya bukan di Baitulmuqaddis, Palestin sebaliknya di langit!

Ya, Masjid al-Aqsa Syiah terletak di langit!!

Ini ditegaskan oleh ulama besar mereka Sayid Jaafar Murtadha al-Amili dalam bukuya al-Sahih Min Sirah al-Nabi al-A’dham, 3/113.

Justeru bagaimana pula dengan laungan mereka untuk membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman Yahudi?

Jelasnya ia hanyalah retorik dan slogan kosong untuk memperdaya umat Islam sedangkan realitinya Syiah memang beribadah dengan berbohong (taqiyyah) apatah lagi dengan Sunni, seteru utama mereka.

Ramai terpedaya.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
26 Rabiulakhir 1445H
10 November 2023

Similar Posts

  • | |

    DR. YOUSUF AL-QARADAWI: BEBERAPA PENDAPAT & KENYATAAN

    1. Permusuhan antara Islam dan Yahudi hanya kerana perebutan tanah. “Permusuhan antara kita dan Yahudi ialah kerana tanah sahaja, bukan kerana agama.” [al-Ummah al-Islamiyyah, hlm. 70] 2. Orang Kristian saudara beriman Muslim. “Mereka saudara Kristian kita di mana kita beriman dan mereka juga beriman, dari sudut lain.” [al-Syariah Wa al-Hayat:…

  • |

    PENTINGNYA TAUHID

    # Syarat masuk syurga # Elak kekal dalam api neraka Tauhid mengesakan ALLAH ﷻ serta menjauhi segala bentuk syirik menyekutukan ALLAH ﷻ merupakan syarat utama masuk syurga serta selamat daripada kekal dalam api neraka. Firman ALLAH ﷻ: إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ…

  • |

    YAHUDI TIDAK AKAN KEKAL DI PALESTIN

    Kata Syeikh al-Albani(meningal 1999): “Orang-orang Yahudi tidak akan kekal di Palestin. Ini bukan optimis tetapi berdasarkan kefahaman daripada banyak hadis yang menunjukkan sedemikian.” [Rakaman AudioSilsilah al-Huda Wa al-Nur,no. 633] Sabda Nabi ﷺ: لَا ‌تَقُومُ ‌السَّاعَةُ ‌حَتَّى ‌يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يختبئ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ…

  • PENTINGNYA TAUHID

    Tauhid mengesakan Allah ﷻ serta menjauhi segala bentuk syirik dan kufur merupakan syarat utama masuk syurga serta selamat daripada kekal dalam api neraka. Firman Allah ﷻ: إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٖ. “Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain…

  • |

    KESELAMATAN PEMIKIRAN

    Manhaj Salaf menjamin keselamatan pemikiran dari bahaya fahaman melampau tarekat yang memandulkan akal. Sebagai contohnya amalan sapu ludah dan minum air basuh kaki guru untuk dapat berkat. Amalan ini tidak berasas sama sekali dalam agama kerana tidak pernah dicontohkan oleh para Sahabat Nabi ﷺ antara sesama mereka. Demikian generasi Salaf…