|

MANUSIA KELUAR DARI KUBUR SEPERTI BELALANG

Keadaan manusia di akhirat nanti sangat dahsyat dan luar biasa. Masing-masing waktu itu merasa amat takut dan cemas dengan situasi yang dihadapinya serta kesudahan yang menantinya.

Terdapat banyak nas Al-Quran dan hadis yang menjelaskan mengenainya.

Antaranya, manusia digambarkan akan keluar dari kubur masing-masing seperti belalang yang bertebaran sebagaimana firman Allah ﷻ:

خُشَّعًا أَبۡصَٰرُهُمۡ يَخۡرُجُونَ مِنَ ٱلۡأَجۡدَاثِ كَأَنَّهُمۡ جَرَادٞ مُّنتَشِرٞ مُّهۡطِعِينَ إِلَى ٱلدَّاعِۖ يَقُولُ ٱلۡكَٰفِرُونَ هَٰذَا يَوۡمٌ عَسِرٞ

“(Pada saat itu) masing-masing dalam keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur seperti belalang yang bertebaran. Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. (Pada saat yang demikian) orang-orang kafir berkata: Hari ini ialah hari yang amat sukar!”

[Al-Quran, al-Qamar, 54:7-8]

Dalam masa yang sama, tular sebuah rakaman video dari luar negara menunjukkan ribuan belalang di sebuah lapangan yang luas sedang bergerak ke satu arah.

Apakah terdapat kaitan antaranya dengan ayat Al-Quran di atas? Wallahualam, hanya Allah ﷻ sahaja yang mengetahui keadaan hakikat di akhirat nanti.

Daripada Allah jua kita memohon keselamatan dan perlindungan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
23 Muharam 1446H
29 Julai 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    MENCARI KEBENARAN ATAU BERSILAT LIDAH

    Dalam setiap permasalahan, sekiranya penjelasan yang mencukupi sudah diberikan maka bicara selebihnya akan membawa kepada perbalahan. Perbalahan di mana kebiasaannya lawan rasa kagum dengan pendapatnya sendiri, kebenaran yang dibawa jadi lemah, hati bertukar keras manakala kekeliruan dan kesulitan semakin bertambah. Muslim yang bijak akan menjauhi situasi-situasi seperti ini. Oleh itu…

  • |

    JAUHI ORANG BERMASALAH

    Orang bermasalah akan membawa masalah. Mereka yang bermasalah dalam akidah, ibadah, akhlak dan manhaj, semua mereka harus dijauhi. Sabda Nabi ﷺ: الْمَرْءُ ‌عَلَى ‌دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلْ “Agama seseorang itu serupa dengan agama teman rapatnya. Maka hendaklah kalian memilih-milih dengan siapa kalian berteman.” [Hasan. Riwayat Tirmizi] Pilih dengan…

  • MANUSIA PENDOSA

    – Dan syaitan bertipu-muslihat Jangan engkau ditipu syaitan yang ada kalanya akan mencantikkan dosa itu buat engkau manakala di masa yang lain dia memperkecilkan amalan-amalan ketaatan yang engkau lakukan atas alasan dosa-dosa yang engkau terjebak melakukannya. Sebaliknya hendaklah engkau terus beramal taat dan gigih mengerjakannya. Kerana sabda Nabi ﷺ: مَا…

  • |

    USTAZ WUHAN

    USTAZ WUHAN Tersebutlah cerita ceramah di sebuah masjid … Seorang penceramah berkata: “Tuan-tuan…Coronavirus dah disebut dalam al-Quran dan hadis semenjak 1400 tahun yang lepas…Allah telah pun memberi peringatan dan amarannya…” Lalu dia membaca firman Allah: وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ … وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ “Dan kami ingatkan manusia… wahnan ‘ala wahn” (Luqman, 31:…

  • |

    KEMALANGAN KERETA TETAPI TETAP JAGA SOLAT

    Tular video dua orang pemandu kereta yang baru kemalangan sedang menunaikan solat Maghrib berjemaah sementara menunggu pihak berwajib tiba. Indahnya Islam. Muslim itu luar biasa. Keutamaan menjaga solat, hubungan persaudaraan Islam, toleransi dan sifat memaafkan antara satu sama lain. Allah ﷻ berfirman: رِجَالٞ لَّا تُلۡهِيهِمۡ تِجَٰرَةٞ وَلَا بَيۡعٌ عَن ذِكۡرِ…

  • Takkan majoriti orang semua salah

    Kebenaran tidak diukur dengan mana-mana individu. Sebaliknya seseorang itu diukur dengan kebenaran. Kebenaran ialah apa yang menepati dalil Al-Quran dan hadis sahih tanpa mengira berapa ramai yang menerimanya atau menolaknya. Hanya kerana sesuatu pendapat itu diterima atau ditolak oleh orang-orang tertentu; sedikit atau ramai maka ia bukan dalil yang menunjukkan…