| |

MANHAJ TAKWIL ASYAIRAH

Asyairah merupakan salah satu daripada empat kumpulan Ahli Kalam di samping Jahmiyyah, Muktazilah dan Maturidiah yang mengambil pendekatan takwil akal dalam perbahasan akidah; permasalahan al-Asma’ Wa al-Sifat dan lain.

Manhaj takwil ialah pendekatan memalingkan makna zahir nas Al-Quran dan al-Sunah kepada makna lain berdasarkan penilaian akal.

Ternyata bahawa tiada takwilan mana-mana kumpulan Ahli Kalam melainkan ia ditolak oleh kumpulan Ahli Kalam lain dengan takwilan yang berbeza.

Ini antara sebab mengapa Ahli Kalam berpecah menjadi empat kumpulan.

Muktazilah mengingkari takwilan Jahmiyyah manakala Asyairah mengingkari takwilan Muktazilah, dan seterusnya.

Sebagai contoh, Muktazilah menolak takwilan Asyairah dalam perbahasan mengenai penafian sifat zalim bagi Allah ﷻ, hikmah di sebalik takdir Allah ﷻ dan sejauh mana perbuatan manusia termasuk dalam erti iman.

Sedangkan Asyairah pula menyanggah takwilan Muktazilah mengenai ilmu Allah, kudrat Allah, sejauh mana manusia mampu melihat Allah ﷻ di akhirat dan sebagainya.

Walhal sumber dan dasar takwil setiap kumpulan Ahli Kalam ini adalah sama iaitu akal.

Ini sahaja sudah menunjukkan kepincangan manhaj takwil akal Ahli Kalam ketika mana logiknya jika sumber dan dasar mereka adalah sama maka pendirian-pendirian mereka seharusnya sama tetapi realitinya tidak begitu. Malah pegangan mereka saling berbeza dan kontradik.

Sedangkan dalam kalangan penganut Manhaj Salaf al-Soleh; mereka yang menjadikan Al-Quran dan al-Sunah di samping fahaman para Sahabat Nabi ﷺ sebagai sumber dan dasar agama, tiada perbezaan atau perpecahan dalam akidah mereka.

Bertambah sulit, lumrah jika didapati dalam kalangan Ahli Kalam yang pendiriannya dalam hal akidah boleh berubah-ubah sedangkan dalam waktu yang sama orangnya mendakwa bahawa pendiriannya itu benar dan pasti berdasarkan ketentuan akal.

Keadaan ini tidak berlaku dalam kalangan penganut Manhaj Salaf al-Soleh yang akidahnya konsisten dan tidak berubah.

Daripada Allah jua kita memohon taufik.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
13 Rejab1446H
13 Januari 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • KEPERCAYAAN MUSLIM

    Akidah kepercayaan Muslim bukanlah apa yang mengikut kehendaknya atau kehendak gurunya sebaliknya mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah ﷻ, Rasulullah ﷺ dan ijmak kesepakatan Salaf generasi pendahulu umat Islam. Berdasarkan apa yang terdapat dalam Kitab Allah Al-Quran, hadis-hadis dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan yang lain, sebagaimana sabit dalam hadis-hadis…

  • PENTINGNYA TAUHID

    Tauhid mengesakan Allah ﷻ serta menjauhi segala bentuk syirik dan kufur merupakan syarat utama masuk syurga serta selamat daripada kekal dalam api neraka. Firman Allah ﷻ: إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٖ. “Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain…

  • |

    BUKTI ‘ALLAH DI ATAS’ DALAM BAHASA MELAYU

    Biasa digunakan ayat “Panjatkan doa kepada Allah.” Pernahkah anda bertanya mengapa digunakan istilah ‘panjatkan’? Mengapa tidak digunakan istilah ‘kedepankan’ atau ‘turunkan’ doa itu? Sedangkan ‘panjat’ menurut Kamus Dewan ialah ‘naik ke atas’. Ini hanya contoh mudah. Sedangkan dalil-dalil menunjukkan ‘Allah di atas’ terlalu banyak dalam Al-Quran dan al-Sunah. CATATAN Adakah…

  • | |

    ILMU TAREKAT MAKRIFAT

    Matlamat ilmu sesat Tarekat Makrifat kenal Allah ialah supaya tidak kenal Allah! Sebelum ini mereka kata “Manusia tidak tahu di mana Allah!” Sekarang mereka kata “Tidak tahu tentang Allah itulah tahu!” Firman Allah: “Tiadalah sesudah kebenaran itu melainkan kesesatan.” [Yunus, 10:32] Daripada Allah jua kita memohon petunjuk. Dr. Idris bin…

  • |

    TABARUK DI GUNUNG JERAI

    Tabaruk bermaksud mencari berkat. Perlu ditegaskan bahawa mengkhususkan sesebuah tempat secara umum atau spesifik untuk mencari berkat tanpa sebarang dalil syarak yang menganjurkan sedemikian merupakan satu kemungkaran tidak kira sama ada tempat tersebut ialah pokok, mata air, sungai, bukit, gunung atau gua, dan sama ada tempat itu didatangi untuk mandi,…

  • |

    IDOLA IALAH SEMBAHAN

    Elakkan menggunakan perkataan idola apabila merujuk kepada orang yang sangat diminati dan dikagumi. Ini kerana asal maksud perkataan ini dalam bahasa Inggeris merujuk kepada apa yang dijadikan sebagai objek sembahan. Idol: A representation of an object of worship. Lihat contoh terjemahan ayat Al-Quran di bawah: قَالُوا۟ نَعۡبُدُ أَصۡنَامࣰا فَنَظَلُّ لَهَا…