| | | |

MALAM 27 RAMADAN: 17 April 2023

Malam 27 Ramadan merupakan malam yang paling diharapkan berlakunya lailatulqadar, malam yang ganjaran pahala beramal padanya lebih baik daripada seribu bulan kerana ia termasuk dalam malam-malam ganjil, dan termasuk dalam sepuluh, tujuh malah lima malam terakhir Ramadan.

Sabda Nabi ﷺ:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ، وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

“Barang siapa berpuasa Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosanya yang lalu, dan barang siapa solat pada malam lailatulqadar kerana beriman dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosanya yang lalu.”

[Sahih. Riwayat Bukhari no. 2014, Muslim no. 760]

Kata Aisyah RA:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ، وَأَحْيَا لَيْلَهُ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ.

“Apabila tiba sepuluh hari terakhir (Ramadan) Nabi ﷺ akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan keluarganya.”

[Sahih. Riwayat Bukhari no. 2024, Muslim no. 1174]

Sabda Nabi ﷺ:

‌تَحَرَّوْا ‌لَيْلَةَ ‌الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ.

“Carilah malam lailatulqadar pada sepuluh malam terakhir Ramadan.”

[Sahih. Riwayat Bukhari, no. 2020]

Sabdanya ﷺ:

تَحَرَّوْا ‌لَيْلَةَ ‌الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ.

“Carilah malam lailatulqadar pada malam-malam ganjil sepuluh malam terakhir Ramadan.”

[Sahih. Riwayat Bukhari, no. 2017]

Sabdanya ﷺ:

الْتَمِسُوهَا ‌فِي ‌الْعَشْرِ ‌الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ، لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي تَاسِعَةٍ تَبْقَى، فِي سَابِعَةٍ تَبْقَى، فِي خَامِسَةٍ تَبْقَى.

“Carilah ia (malam lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir Ramadan, pada sembilan, tujuh dan lima malam terakhir.”

[Sahih. Riwayat Bukhari, no. 2021]

Keuntungan segala keuntungan buat mereka yang memperoleh ganjaran malam lailatulqadar, dan kerugian segala kerugian buat mereka yang lalai daripada mendapatkannya.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
26 Ramadan 1444H /
17 April 2023

Similar Posts

  • |

    PUASA UNTUK ALLAH, BUKAN BERSOLIDARITI

    Niat memainkan peranan cukup besar dalam ibadah. Setiap amalan bergantung pada niat dan bagi setiap orang itu apa yang diniatkannya. Hanya amalan yang dilakukan ikhlas kerana Allah diterima. Sedangkan amal ibadah yang dilakukan untuk tujuan-tujuan lain adalah sia-sia, tertolak dan orangnya jika terselamat daripada dosa maka paling tidak dia tidak…

  • | | |

    BULAN REJAB

    Tidak sabit mana-mana hadis tentang kelebihan bulan Rejab secara amnya atau fadilat mana-mana ibadah secara khusus pada bulan ini. Maka tidak disyariatkan mengucapkan tahniah sempena kedatangannya, berpuasa atau pun membaca doa-doa tertentu. Adapun doa: اللَّهُمَّ باَرِكْ لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان. “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan…

  • |

    JAUHI ORANG BERMASALAH

    Orang bermasalah akan membawa masalah. Mereka yang bermasalah dalam akidah, ibadah, akhlak dan manhaj, semua mereka harus dijauhi. Sabda Nabi ﷺ: الْمَرْءُ ‌عَلَى ‌دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلْ “Agama seseorang itu serupa dengan agama teman rapatnya. Maka hendaklah kalian memilih-milih dengan siapa kalian berteman.” [Hasan. Riwayat Tirmizi] Pilih dengan…

  • | | |

    PERINTAH TUNDUK MATA

    Syariat Islam memerintahkan Muslim supaya menundukkan pandangan mata daripada melihat lawan jantina yang bukan mahramnya. Perintah ini bagi kedua-dua lelaki dan juga perempuan. Sebagaimana firman Allah ﷻ: قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡۚ ذَٰلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ. “Katakanlah…

  • |

    ‘PENTAKSUBER’ & FITNAH

    ‘Pentaksuber’ ialah golongan fanatik yang sanggup mempertahankan sesuatu walaupun bukti dalil menunjukkan sebaliknya. Termasuklah mempertahankan kata cela nista guru dengan pelbagai alasan dan sebab. Ini tidak wajar. Muslim dilarang bersikap demikian. Lebih 10 tahun lalu kami dihamburkan oleh beliau dengan kata nista, termasuklah menuduh kami menerima suapan RM15 ribu sebulan…

  • | | |

    BANYAKKAN AMALAN SOLEH 10 HARI PERTAMA ZULHIJAH

    Umat Islam dianjurkan supaya memperbanyakkan amalan soleh pada 10 hari pertama bulan Zulhijah. Sabda Nabi ﷺ: ‌مَا ‌مِنْ ‌أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشَرَةِ. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ…