MAKAN BERSUAP

MAKAN BERSUAP

#Berkat Sisa Makanan Tuan Guru Capal

Adakah dibolehkan bertabaruk (mengambil berkat) daripada para ulama dan orang-orang soleh?

Jawapan:

Tidak boleh bertabaruk dengan sesiapa selain Nabi ﷺ tidak kira sama ada sisa wuduknya, makanannya, rambutnya, peluhnya atau apa jua dari tubuh badannya.

Hal ini semua khas buat Nabi ﷺ berdasarkan kebaikan dan keberkatan yang Allah kurniakan pada tubuh badan baginda dan apa yang baginda ﷺ sentuh.

Bertabaruk dengan Nabi ﷺ:
https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10220875467708313

Kerana itu para Sahabat tidak pernah bertabaruk dengan sesiapapun daripada kalangan mereka sendiri, tidak kira semasa hidup Nabi ﷺ ataupun sesudah kewafatan baginda ﷺ; pada zaman Khulafa ar-Rasyidin dan selepasnya.

Ini merupakan ijmak perakuan para Sahabat bahawa bertabaruk adalah khas buat Nabi ﷺ sahaja. Tiada sesiapa selain Nabi ﷺ mempunyai kelebihan tersebut.

Adapun perbuatan bertabaruk dengan selain Nabi ﷺ, ia membuka pintu khurafat dan syirik serta perbuatan mendewa-dewakan manusia, sekalipun orangnya terdiri daripada kalangan ulama dan orang soleh.

Malah sekiranya orangnya benar-benar ulama atau orang soleh, pastinya dia akan merendah diri tidak mendakwa sebarang kelebihan mistik. Dan lebih penting lagi dia tidak akan menyelisihi jalan para Sahabat Nabi ﷺ dan jalan Salaf umat Islam terawal dengan mengajak manusia kepada dirinya untuk mendewa-dewakannya dengan bertabaruk dengan sisa badannya dan seumpamanya. Ini menyalahi erti tawaduk, warak dan zuhud.

Ingatlah, sesungguhnya para nabi tidak mewariskan apa-apa kecuali ilmu. Maka sewajarnya kita berebut mendapatkan sebanyak mungkin bahagian ilmu Agama yang telah diwariskan kepada kita oleh Nabi ﷺ.

Catatan 1:

Bertabaruk dalam bahasa Arab kembali kepada perkataan berkat yang menjurus kepada erti pertambahan dan kelebihan (kebaikan).

Menganggap seseorang selain Nabi ﷺ mempunyai keberkatan pada tubuh badannya atau apa yang disentuhnya melibatkan perkara ghaib yang memerlukan sandaran wahyu. Tiada dalil al-Quran atau as-Sunah yang menunjukkan sedemikian buat selain Nabi ﷺ.

Catatan 2:

Mendewa-dewakan guru merupakan antara sikap melampau golongan Syiah. Mereka sampai bertabaruk dengan najis imam mereka. Astaghfirullah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Mengharungi hari-hari cuaca panas
Ya Allah lindungilah daku dari kepanasan neraka
23 Rejab 1442H /
06 Mac 2021
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • PELAJAR UNIVERSITI ISLAM MEMBERSIHKAN KUIL?

    PELAJAR UNIVERSITI ISLAM MEMBERSIHKAN KUIL? # Bandingkan dengan gotong-royong membersihkan kandang ‘ba alif ba ya’ Satu perkembangan baharu sedang berlaku dalam negara yang sepatutnya membimbangkan kita semua apabila sekumpulan pelajar Muslim tanah air telah melancarkan inisiatif untuk membersihkan sebuah kuil yang terkesan dengan banjir besar yang berlaku baru-baru ini. https://www.facebook.com/211591442051/posts/10160161864202052/…

  • DAP

    DAP Hari demi hari wajah sebenar mereka semakin terserlah yang menunjukkan kebencian dan permusuhan mereka terhadap AGAMA dan masyarakat ISLAM. Masyarakat Islam seharusnya diberi pendedahan tentang bahaya dan ancaman mereka ini. Banyak kenyataan dan tindakan mereka jelas menunjukkan betapa mereka ANTI ISLAM dan mahu menguasai orang-orang ISLAM supaya ikut telunjuk…

  • “ISLAM ITU LUAS”?

    “ISLAM ITU LUAS”? # Ungkapan batil Ia merupakan jawapan mudah sebahagian kelompok apabila amalan mereka dibantah kerana tiada dalil yang menyokong amalan mereka tersebut. Sedangkan ia paling kurang mengelirukan jika bukan batil. Ini kerana Islam terbatas kepada apa yang difirmankan oleh Allah ﷻ serta disabdakan oleh RasulNya ﷺ semata-mata manakala…

  • AWAS! GERAKAN SYIAH MALAYSIA HALUS & LICIK.

    AWAS! GERAKAN SYIAH MALAYSIA HALUS & LICIK. Tulisan al-Fadhil Ustaz Fazrin hafidhahullah: MAKAN MALAM BERSAMA DUTA IRAN https://www.facebook.com/340272576029903/posts/3430049940385469/ Kepada ALLAH jua kita memohon keselamatan dan perlindungan. Idris bin Sulaiman Damansara 17 Muharram 1442 / 6 September 2020 http://www.facebook.com/idrissulaiman

  • MENGKERAMATKAN KUBUR

    MENGKERAMATKAN KUBUR # Zikir, berdoa, bertawassul di perkuburan Zikir dan berdoa memang disyariatkan tetapi berzikir atau berdoa di perkuburan meminta untuk selain daripada kesejahteraan si mati adalah dilarang. Muslim ditegah berdoa meminta daripada selain Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ: وَأَنَّ ٱلۡمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدࣰا. “Dan sesungguhnya masjid-masjid…