colorful paper cut figures of lgbt pride on grey background, lgbt concept
|

LĠBŤ SEKS SONGSANG

Perbuatan liwat merupakan jenayah yang lebih berat dan lebih jijik daripada zina.

Para ulama antaranya Imam Ibnu al-Qayyim menjelaskan bahawa perbuatan jijik ini turut dijauhi oleh haiwan sehingga tidak diketahui bahawa ada keldai jantan yang mendatangi keldai jantan lain, kambing jantan mendatangi kambing jantan lain atau anjing jantan mendatangi anjing jantan lain.

Perkara ini jelas dapat diperhatikan khususnya dalam kalangan jenis-jenis haiwan yang tinggal di sekeliling manusia.

Justeru hanya manusia yang rosak akalnya dan terpesong fitrahnya akan merelakan perbuatan meletakkan kemaluan zakarnya di tempat itu, dan melakukan hal terkutuk ini yang haiwan pun tidak sanggup melakukannya.

——————-

Kenali Istilah-istilah LĠBŤ:

EQUAL / EQUALITY

——————-

CATATAN

Ada yang mengatakan bahawa kajian terkini Barat menunjukkan bahawa ada dalam sesetengah spesies haiwan yang melakukan seks songsang.

Ini namanya propaganda kafir.

Mereka gigih berusaha untuk nak mencantikkan apa yang jelas buruk lagi keji dan perkembangan di Barat menunjukkan bahawa diayah ini turut giat disebarkan kepada anak-anak kecil di sekolah rendah.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan keselamatan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
10 Zulkaedah 1443
10 Jun 2022

Similar Posts

  • |

    MUBAHALAH

    Mubahalah bermaksud sumpah laknat antara dua orang yang berselisih. CARA PELAKSANAAN Cara pelaksanaan mubahalah ialah dengan kedua-dua orang yang berselisih itu hadir membawa bersama anak, isteri dan keluarga masing-masing kemudian mereka berdua berdoa secara bersungguh-sungguh meminta Allah ﷻ melaknat siapa yang berbohong. Sekalipun mubahalah hanya melibatkan antara dua orang yang…

  • |

    PERSELISIHAN UMAT ADALAH RAHMAT?

    Sering dalam permasalahan khilaf kedengaran suara yang berkata “Perselisihan umat ialah rahmat” yang mengira bahawa khilaf umat Islam dalam hal-hal agama adalah baik dan elok. Malah barangkali ada yang menganggap bahawa perselisihan-perselisihan tersebut seeloknya dibiarkan dan dikekalkan. Masakan tidak kerana ia adalah rahmat buat umat ini, menurut mereka. Rahmat bermaksud…

  • |

    AMALAN MEMBACA BISMILLAH 786 KALI??

    # Amalan tertolak dari meja penceramah Tersebar di media sosial video seorang penceramah menyarankan supaya diamalkan membaca bismillah sebanyak 786 kali kerana kelebihan-kelebihan yang tertentu. Peliknya dalam masa yang sama, beliau mengakui bahawa amalan yang diajarkannya itu tiada dalilnya dalam Al-Quran mahupun as-Sunah. Lebih pelik beliau mengandaikan bahawa sesuatu amalan…

  • |

    ANAK-BERANAK YANG BERIMAN AKAN TINGGAL DALAM SYURGA YANG SAMA

    Suami, isteri dan anak-anak yang beriman akan ditempatkan dalam syurga yang sama walaupun barangkali pada asalnya tingkatan syurga mereka berbeza. Mereka yang berada dalam tingkatan syurga di bawah akan dinaikan ke dalam syurga di atas supaya dapat bersama dengan ahli keluarga mereka yang lain. Firman Allah ﷻ: وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱتَّبَعَتۡهُمۡ…

  • |

    BAHAGIA HAKIKI BUKAN DENGAN HARTA

    Firman Allah ﷻ: فَلَا تُعۡجِبۡكَ أَمۡوَٰلُهُمۡ وَلَآ أَوۡلَٰدُهُمۡۚ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَتَزۡهَقَ أَنفُسُهُمۡ وَهُمۡ كَٰفِرُونَ “Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada kekayaan harta dan anak-anak mereka (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan kekayaan dan anak-anak mereka itu dalam kehidupan dunia, dan hendak…

  • |

    SYEIKH AL-ALBANI GEMAR MENONTON BOLA?

    Terkejut membaca dakwaan seorang pensyarah Arab Saudi bahawa ulama besar Syeikh al-Albani rahimahullah gemar menonton bola sepak dan ada menyokong pasukan bola liga Eropah tertentu. Tiada sumber rujukan yang diberikan selain daripada mengatakan bahawa beliau mendengarnya daripada murid Syeikh al-Albani melalui orang-orang tertentu yang tidak dinamakannya. Jelasnya pensyarah ini tidak…