|

KULIAH SYEIKH ABDUL MUHSIN AL-ABBAD

 

– Ulama besar Madinah

Setelah sekian lama tidak mengadakan kuliah, ulama besar kontemporari Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad – hafizahullah – kembali semula mengadakan kajian beliau di Masjid Nabawi, Madinah mensyarahkan Kitab al-Tauhid.

Dikatakan kuliah terakhir beliau 4 tahun dahulu.

Syeikh sudah sangat uzur, menggunakan kerusi roda dan berumur hampir 90 tahun.

Beliau merupakan di antara ulama-ulama kibar Salaf pada zaman sekarang seangkatan dengan Syeikh Bin Baz, Syeikh al-Albani, Syeikh Ibnu Uthaimin rahimahumullah.

Di samping beliau ialah Syeikh Saleh bin Fauzan al-Fauzan dan yang lain hafizahumullah.

Bermula hari Jumaat lepas, kuliah beliau dijadualkan akan berlangsung pada setiap hari Jumaat dan Sabtu selepas Maghrib di bahagian kanan Masjid Nabawi menghadap kiblat berhampiran pintu no. 5.

Peluang yang sangat berharga buat para penuntut ilmu di sana untuk hadir dan belajar manakala para jemaah umrah pun boleh turut serta jika berkesempatan apabila menziarahi Madinah.

Syeikh Abdul Muhsin sebelum ini dikatakan telah pun mensyarahkan keenam-enam kitab utama hadis; Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Ibnu Majah dan Sunan al-Nasaie.

Beliau ialah bapa kepada Syeikh Abdul Razzaq al-Badr yang juga merupakan antara tenaga pengajar di Masjid Nabawi.

CATATAN

Syeikh Abdul Muhsin pernah mengajar kami di Universiti Islam Madinah semasa tahun kedua, Kuliah Syariah, lebih 20 tahun yang lalu.

Saya merasakan Syeikh secara tidak langsung melalui kajiannya ini – yang barangkali terakhir – ingin menegaskan keutamaan setiap Muslim tanpa mengira usia mendalami erti Tauhid mengesakan Allah ﷻ dan menjauhi syirik kerana itulah jaminan keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Mana-mana dakwah yang tidak menegaskan kepentingan tauhid serta bahaya syirik adalah batil dan sia-sia.

Pentingnya melazimkan diri hadir majlis kajian Salaf.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
12 Rabiulawal 1444H
09 Oktober 2022

Similar Posts

  • MINTA TOLONG DENGAN POKOK?

    – Istianah (Meminta Pertolongan) – Minta tolong dengan makhluk Tular sebuah video di mana seorang ustaz berkata: “Meminta tolong dengan makhluk itu dibolehkan asalkan kita beriktikad yang memberi ialah Allah (maka) boleh kita ‘istianah’ dengan pokok (dan) minta tolong dengan pokok.” Tambah beliau: “Tapi dengan syarat kamu yakin yang memberi…

  • | |

    WALI ALLAH?

    Kyai Zaini Abdul Ghani @ Guru Sekumpul ialah seorang guru agama dari Indonesia. Dalam sebuah rakaman video ceramah di masjid kelihatan beliau secara tiba-tiba bangun dan mengangkat kain sarung di hadapan khalayak ramai. Sesuatu perbuatan yang sangat pelik dan memalukan. Walau bagaimanapun, kedudukan beliau yang kononnya sudah sampai ke darjat…

  • ASWAJA

    Mereka tolak Allah ﷻ di atas langit kerana akal mereka tidak dapat terima, tetapi percaya guru mereka boleh bertemu Rasulullah ﷺ secara Yaqazah (dalam keadaan jaga, bukan mimpi), tidak mustahil menurut akal, kata mereka. Ini bahana mendahulukan akal atas wahyu. Berikut dalil-dalil Al-Quran dan hadis bahawa Allah ﷻ di atas…

  • | |

    HAKIKAT HABIB UMAR

    Ada yang berpandangan bahawa Habib Umar Muhammad Hafiz bukan calang-calang tokoh tetapi seorang ilmuwan yang sangat istimewa kerana beliau merupakan ulama pilihan Allah yang menjadi mujaddid pada zaman ini. Malah beliau sampai dinobatkan sebagai ‘wakil Rasulullah’ buat manusia hari ini. Pujian melambung diberikan kepada beliau. Tinggal lagi adakah ia benar?…

  • | |

    KUBUR atau MAKAM?

    – Penggunaan istilah ‘makam’ bagi kubur – Kesyirikan di ‘Makam’ Syeikh Ahmad al-Badawi, Mesir Istilah makam berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kedudukan, martabat, tempat dan seumpamanya. Dalam bahasa Melayu pula makam antaranya diertikan sebagai kubur orang yang dihormati seperti nabi, para wali, keluarga diraja dan sebagainya. Menariknya, istilah makam…

  • | |

    BOLEH MINTA DOA ORANG MATI?

    – Minta tolong orang mati – Penyembahan kubur (Kuburiyyun) Seorang Ustaz mendakwa bahawa orang mati masih lagi boleh berdoa. Maka diharuskan meminta tolong daripada orang mati supaya dia mendoakan kebaikan bagi orang yang hidup lebih-lebih lagi sekiranya si mati terdiri daripada kalangan orang-orang soleh dan wali Allah maka doanya mustajab…