|

KESENANGAN BUKAN DENGAN BERSENANG

Kesenangan tidak dikecapi dengan bersenang-senang.

Sebaliknya ia datang sesudah orangnya gigih berusaha, bersusah payah dan memerah keringat.

Barang siapa mendahulukan bersenang, bersantai dan berehat maka dia akan terlepas kesenangan yang sebenarnya.

Sejauh mana seseorang itu gigih berusaha dan bersusah-payah maka sejauh itulah kesenangan yang akan dikecapinya di hari kemudian.

Tidak ada kegembiraan buat mereka yang tidak melalui masa-masa suram dan tidak ada kesenangan bagi mereka yang tidak melalui masa-masa susah.

Demikian tidak ada kenikmatan tanpa mengharungi keseksaan.

Justeru orang yang berpenat-penat di dunia dia lah yang akan menikmati kerehatan yang berpanjangan di akhirat.

Kredit foto: Muaz

Idris bin Sulaiman
Masjid Nabawi
21 Jamadilakhir 1444
15 Januari 2023

Similar Posts

  • |

    KESEMPURNAAN AGAMA: TIDAK PERLU TOKOK TAMBAH

    Sedar atau tidak mereka yang melakukan amalan-amalan ibadah yang tidak dilakukan oleh Nabi ﷺ dan para Sahabat mempertikaikan kesempurnaan dan kesyumulan agama. Pada tanggapan mereka agama Islam belum cukup sempurna dan belum cukup cantik sehingga ia perlu kepada penambahan-penambahan tertentu. Seolah-olah Nabi ﷺ terlepas pandang atau tidak sempat mengajarkannya kepada…

  • |

    DISENGAT LEBAH KERANA BUAT BIDAAH

    Beliau dijemput untuk menjampikan sarang lebah agar menghasilkan lebih banyak madu. Pada awalnya, beliau cuba membaca ayat-ayat al-Quran yang dirasakan berkaitan daripada surah al-Nahl (Lebah), namun tidak sempat menyempurnakannya kerana diserang oleh lebah. Akhirnya, mereka terpaksa menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam kenderaan masing-masing. Inilah bahana melakukan bidaah dalam agama….

  • |

    HATI YANG TERPADAM

    Ketika mana engkau lihat hati itu tidak lagi cinta dan bersedia untuk bertemu Allah ﷻ, sebaliknya ia bergelumang dengan cinta manusia dan merasa selesa dengan hidup di dunia maka ketahuilah bahawa hati itu sudah terpadam, tidak lagi bercahaya. – Ibnu al-Qayyim, Bada’i al-Fawaid, 3/224 Daripada Allah ﷻ jua kita memohon…

  • |

    BULU KUCING BUKAN NAJIS

    Tular di media sosial pandangan sesetengah pihak yang kata bulu kucing najis, justeru kucing seeloknya diletakkan di luar rumah agar bulunya tidak jatuh merata dan dapat solat dengan tenang tanpa waswas. Pertamanya, perlu ditegaskan bahawa pandangan di atas adalah salah dan bersifat ghuluw melampau. Sebetulnya kucing ialah binatang suci, bukan…

  • PENDAPAT JUMHUR ULAMA ADALAH BENAR?

    # Pendapat majoriti tidak semestinya benar Sekiranya pendirian jumhur ulama adalah ukuran kebenaran maka ini bererti bahawa setiap pendapat minoriti adalah salah. Lalu setiap pandangan ulama yang menyalahi jumhur dalam apa jua permasalahan perlu disaring dan dianggap batil semata-mata kerana ia menyalahi pendirian jumhur ulama. Tiada mana-mana ulama yang berkata…

  • |

    PENGHARGAAN

    Tiga tahun lalu pihak TheNoor telah meminta supaya saya sediakan audio bacaan hadis-hadis buku Hadis 40 karangan Imam al-Nawawi dalam bahasa Arab, Melayu dan Inggeris. Alhamdulillah kini buku syarahnya pula telah berjaya diterbitkan sebagai pelengkap buat audio bacaan hadis-hadis ini. Sambil mendengar bacaan hadisnya melalui aplikasi TheNoor pengguna boleh melihat…