[ KEMASKINI DENGAN TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS ]

[ KEMASKINI DENGAN TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS ]

VIDEO PEMBUNUHAN JEMAAH MASJID NEW ZEALAND

Firman Allah:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit KETAKUTAN, kelaparan, dan kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan BERILAH KHABAR GEMBIRA kepada orang-orang yang BERSABAR.”

Surat Al-Baqarah, 155

Tidak dinafikan bahawa apa yang menimpa atas kaum Muslimin di New Zealand pada masa sekarang secara khususnya dan Umat Islam sedunia secara amnya adalah satu bentuk UJIAN ILAHI.

Sebagaimana dalam ayat di atas, wajarlah kita bersabar, dan di antaranya dengan kita MENAHAN DIRI DARIPADA MENYEBARKAN VIDEO NGERI KEJADIAN.

Perbuatan seperti ini TIDAK MENDATANGKAN SEBARANG FAEDAH, malah MENAMBAHKAN lagi KETAKUTAN dan KEGELISAHAN Umat Islam.

Walhal waktu-waktu seperti ini menuntut supaya kita saling menenangkan Umat Islam dan mengingatkan mereka kepada Allah bahawa ia adalah cubaan yang menguji keimanan kita.

Bagaimana reaksi dan tindakan kita akan menentukan sejauh mana kefahaman dan keimanan kita.

Adakah kita tergolong dalam kalangan mereka yang mudah melatah dan bertindak melulu, atau adakah kita tergolong dalam kalangan HAMBA ALLAH yang TENANG BERSABAR menghadapi UJIAN ILAIHI.

Daripada ALLAH kita datang dan kepada-NYA jua kita akan kembali.

Idris bin Sulaiman
08.07.1440
15.03.2019

==========

VIDEO OF KILLINGS IN THE NEW ZEALAND MASJID

Allah says:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

“And We will surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient,.”

Surat Al-Baqarah, 155

It cannot be denied that what is happening to the Muslim community in New Zealand specifically, and the Muslim ummah worldwide in general is a form of TRIALS FROM ALLAH.

Such as what is the aayah above, it is incumbent on us to be patient, and among that is to STOP OURSELVES FROM SHARING THE VIDEO OF THE HORRIFIC INCIDENT.

This action DOES NOT BRING ANY BENEFIT, moreover IT EXACERBATES FEAR AND ANXIETY OF THE MUSLIM UMMAH.

Even though, in times like these we are encouraged to bring calm to the Muslim ummah and remind them of Allah that this is a trial which tests our faith.

Our reactions and measures determine our degree of our understanding and faith.

Are we among those who easily exclaims and reacts spontaneously, or do we belong from SERVANTS OF ALLAH that are CALM and PATIENT in facing TRIALS FROM ALLAH.

We belong to Allah and unto Allah we shall return.

Idris bin Sulaiman
08.07.1440
15.03.2019

t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • BERTENANG

    BERTENANG Semua pihak harus tampil membantu menenangkan keadaan. Memandangkan bahawa terdapat sebahagian daripada masyarakat yang panik apabila terus menerus membaca berita penularan wabak penyakit. Apatah lagi pihak-pihak berkepentingan yang mengambil kesempatan. Ingat, di sebalik kegawatan ada sahaja yang mencari keuntungan. Suasana panik hanya akan mengeruhkan keadaan. Barangkali kesan panik akibat…

  • TANGGUNGJAWAB AHLI ILMU

    Antara tanggungjawab ahli ilmu ialah menjelaskan kebenaran kepada manusia dan menzahirkannya, membezakan antara yang benar dan palsu, yang baik dengan yang buruk, menyatakan perkara yang halal dan yang haram di samping menerangkan akidah yang benar berbanding akidah yang rosak agar mereka yang mencari kebenaran mendapat petunjuk dan mereka yang tersesat…

  • AWAS! GERAKAN SYIAH MALAYSIA HALUS & LICIK.

    AWAS! GERAKAN SYIAH MALAYSIA HALUS & LICIK. Tulisan al-Fadhil Ustaz Fazrin hafidhahullah: MAKAN MALAM BERSAMA DUTA IRAN https://www.facebook.com/340272576029903/posts/3430049940385469/ Kepada ALLAH jua kita memohon keselamatan dan perlindungan. Idris bin Sulaiman Damansara 17 Muharram 1442 / 6 September 2020 http://www.facebook.com/idrissulaiman

  • 3 SURAH TANPA HURUF ‘KAF’

    3 SURAH TANPA HURUF ‘KAF’ # Amalan rekaan dari meja penceramah # Berdusta atas nama Nabi ﷺ Tersebar sebuah video pendek seorang penceramah menganjurkan supaya dibaca tiga surah Al-Quran yang beliau sifatkan sebagai surah yang ‘tiada huruf kaf’ bagi memastikan rezeki yang mencukupi. Beliau kemudian menyandarkan saranannya itu kepada apa…

  • DEMONSTRASI TUNJUK PERASAAN BUKAN DARIPADA ISLAM

    DEMONSTRASI TUNJUK PERASAAN BUKAN DARIPADA ISLAM Jangan sekali-kali kita membudayakan demonstrasi tunjuk perasaan. Perbuatan mengganggu pengguna jalan raya, berteriak dan terlolong, mencaci dan memaki hamun, bergaduh dan melawan pihak berkuasa, merosakkan harta benda dan mengganggu ketenteraman awam, ini semua jelas bukan daripada ajaran Islam. Budaya demonstrasi tunjuk perasaan pada hari…