|

TADARUS MENGKHATAMKAN AL-QURAN

TADARUS MENGKHATAMKAN AL-QURAN

# Meluruskan salah faham

Sekiranya setiap ahli tadarus membaca seluruh 30 juzuk Al-Quran maka benar setiap mereka telah mengkhatamkan bacaan Al-Quran.

Adapun sekiranya setiap ahli hanya membaca bahagian tertentu daripada Al-Quran lalu mereka menganggap diri mereka telah mengkhatamkan bacaannya maka hakikatnya ini sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan.

Adalah mengelirukan jika dikatakan telah mengkhatamkan Al-Quran secara berjemaah sekiranya realitinya setiap ahli tadarus itu hanya telah membaca sebahagiannya sahaja.

Ini kerana tuntutan Syariat supaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran ditujukan kepada individu; bukan secara berkumpulan.

Seperti mana halnya dengan tuntutan mengkhatamkan hafazan Al-Quran.

Tidak boleh dikatakan telah mengkhatamkan hafazan Al-Quran jika realitinya hanya telah menghafal sebahagiannya sahaja.

Walau apapun, Muslim dianjurkan supaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran di bulan Ramadan. Jika dapat dikhatamkan maka ia sangat baik.

Membacanya secara tadarus pun sangat dianjurkan dengan seorang membaca manakala yang lain mendengar; secara bergilir-gilir atau hanya seorang yang membaca.

Adapun membaca Al-Quran secara beramai-ramai dengan serentak atau bersendirian tanpa sesiapa menyemak maka itu bukan tadarus.

Idris Sulaiman
Kajang
06 Ramadan 1442H/
18 April 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    SEMAK KISAH – SUAMI SUKA JEMPUT TETAMU & HADIS TETAMU MEMBAWA REZEKI

    Tular di media sosial kisah dan hadis di bawah: Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah ﷺ perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu. Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasulullah ﷺ. Tidak lama kemudian Rasulullah ﷺ memberitahu…

  • BERPEGANG KEPADA NAS; CARA BERINTERAKSI DENGAN MAZHAB

    – Nas Al-Quran & hadis – Keempat-empat mazhab fiqah Setiap Muslim diwajibkan berpegang kepada nas-nas Al-Quran dan hadis serta mengikuti petunjuk kedua-duanya dalam segala urusan kehidupannya. Ini berdasarkan dalil-dalil nas yang begitu banyak sekali. Bagaimanakah pula dengan pendapat keempat-empat mazhab fiqah? Pendapat-pendapat mazhab boleh dibahagikan kepada tiga kategori: i. Apa…

  • |

    SUAMI BERHIAS UNTUK ISTERI

    SUAMI BERHIAS UNTUK ISTERI Suami dianjurkan berhias untuk isteri di rumah seperti mana dia suka isterinya berhias untuknya. Berkata Ibnu Abbas r.a.: إني أحب أن أتزين للمراة كما أحب أن تتزين لي لأن الله تعالى يقول: ولهن مثل الذي عليهن بالمعروف. “Aku suka berhias untuk isteri seperti mana aku suka…

  • | |

    KORONAVIRUS TANDA AKHIR ZAMAN?

    KORONAVIRUS TANDA AKHIR ZAMAN? Tidak kurang yang cuba mengaitkan penularan wabak penyakit KORONAVIRUS sebagai tanda AKHIR ZAMAN yang menunjukkan betapa hampirnya HARI KIAMAT. Hakikatnya, mereka sama ada AHLI NUJUM PAK BELALANG atau sekadar PENGLIPUR LARA yang mahu perhatian orang ramai supaya mendengar cerita-cerita sensasi mereka. Mengapa? 1. Kerana persoalan bila…

  • |

    MAKSIAT DI ARAB SAUDI?

    MAKSIAT DI ARAB SAUDI? Muslim diperintahkan supaya menjauhi maksiat dan mencegahnya tidak kira di mana jua. Ini kerana maksiat mengundang dosa serta kemurkaan ALLAH ﷻ. Baru-baru ini ada pihak membangkitkan acara-acara maksiat yang berlaku di Arab Saudi lalu mengkritik negara berkenaan serta mempersalahkan para ulamanya. Kita bersetuju bahawa maksiat tetap…

  • | | |

    PERINTAH TUNDUK MATA

    Syariat Islam memerintahkan Muslim supaya menundukkan pandangan mata daripada melihat lawan jantina yang bukan mahramnya. Perintah ini bagi kedua-dua lelaki dan juga perempuan. Sebagaimana firman Allah ﷻ: قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡۚ ذَٰلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ. “Katakanlah…