|

JANGAN MUDAH ‘KOYAK’

Jika anda menyibukkan diri memikirkan tentang orang yang telah menyakitimu maka anda juga bersekongkol dengannya dalam menyakiti dirimu.

Abaikan sahaja.

Jangan dilayan cercaan orang-orang yang jahil.

Firman Allah ﷻ:

وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنٗا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَٰمٗا

“Dan para hamba Allah ialah mereka yang berjalan di atas muka bumi dengan bersopan santun, dan jika orang-orang jahil berbicara dengan mereka, mereka menjawabnya dengan perkataan yang selamat daripada perkara-perkara yang tidak diingini.”

[Al-Quran, al-Furqan, 25: 63]

Kata Ibnu Kathir:

“Ertinya jika mereka dihina oleh orang-orang jahil maka mereka tidak akan membalasnya dengan perbuatan yang serupa. Sebaliknya mereka akan mengabaikan perbuatan orang-orang jahil itu dan hanya berkata dengan perkataan-perkataan yang baik.”

Sebagaimana firman Allah ﷻ:

وَإِذَا سَمِعُواْ ٱللَّغۡوَ أَعۡرَضُواْ عَنۡهُ وَقَالُواْ لَنَآ أَعۡمَٰلُنَا وَلَكُمۡ أَعۡمَٰلُكُمۡ سَلَٰمٌ عَلَيۡكُمۡ لَا نَبۡتَغِي ٱلۡجَٰهِلِينَ

“Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu; selamat tinggallah kamu; kami tidak mahu berdamping dengan orang-orang yang jahil.”

[Al-Quran, al-Qasas, 28: 55]

CATATAN

Jangan ‘koyak’ – jangan mudah terasa dan tersinggung.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
Sebulan sebelum Ramadan
01 Syaaban 1444H
22 Februari 2023


Salurkan sum

Similar Posts

  • |

    SYUKUR, SABAR & ISTIGHFAR

    Kata Syeikh Saleh al-Fauzan: Jika diberi bersyukur, jika diuji bersabar dan jika terbuat dosa beristighfar. Muslim perlu kepada ketiga-tiga perkara ini untuk bahagia. Kerana kebahagiaan hakiki itu bukan dengan harta dan anak, bukan dengan kuasa dan jawatan, dan bukan dengan mengisi keinginan nafsu dan syahwat. Sebaliknya kebahagiaan itu dengan bertakwa…

  • |

    KEBIJAKSANAAN

    Kebijaksanaan ialah: “Melakukan apa yang sepatutnya, mengikut cara yang sepatutnya serta pada waktu yang sepatutnya.” [Ibnu al-Qayyim, Madarij al-Salikin] Ibnu Uthaimin menambah: “Dan di tempat yang sepatutnya.” [Syarah al-Aqidah al-Saffariniyyah] Firman Allah ﷻ: ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ. “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan.” [Al-Quran, al-Nahl, 16: 125] Kata…

  • |

    AJAR ANAK MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

    Tular video di negara Arab seorang anak kecil berjalan ke masjid untuk solat Subuh lalu dikejar sekawan anjing. Menariknya anak kecil itu lari sambil menjerit mengucap dua kalimah syahadah: ‘Asyhadu anla ilaha illallah,wa asyhadu anna Muhammad Rasulullah’ (Aku bersaksi tiada sembahan kecuali Allah, dan Muhammad utusan Allah) kemudian tidak semena-mena…

  • |

    KEBENARAN TIDAK BOLEH DIPAKSA

    Muslim disuruh supaya memberi ingatan yang baik, tegur-menegur di samping mengajak manusia lain kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Sekadar menyampaikan, tanpa paksaan. Terserah kepada empunya badan untuk menerimanya atau tidak. Firman Allah ﷻ: وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ لَأٓمَنَ مَن فِي ٱلۡأَرۡضِ كُلُّهُمۡ جَمِيعًاۚ أَفَأَنتَ تُكۡرِهُ ٱلنَّاسَ حَتَّىٰ يَكُونُواْ مُؤۡمِنِينَ “Dan jika…

  • |

    SEBAB-SEBAB ISTERI BOLEH MINTA CERAI

    Antara sebab-sebab isteri boleh minta cerai ialah seperti berikut: 1. Suami tidak mampu menunaikan tanggungjawab menyediakan nafkah, tempat tinggal asing, berhubungan badan dan seumpamanya; 2. Suami mendera isteri dengan memukul, mencela dan memaki hamun; 3. Isteri terkesan dengan suami yang selalu tidak ada di rumah seperti jika si suami bermusafir…

  • | |

    BERITA LUCAH ARTIS MENCEMARKAN KESUCIAN RAMADAN

    Baru-baru ini negara gempar dengan isu stoking kalimah Allah yang menimbulkan kemarahan orang ramai kerana menghina nama Allah ﷻ dan mencemarkan kesucian bulan Ramadan. Kini media tempatan tanpa segan silu menyajikan pula berita-berita lucah, perbuatan curang menjalin hubungan terlarang antara sesama artis. Ini tidak wajar apatah lagi di hujung bulan…