JALAN DAKWAH

Dakwah menyeru manusia kepada agama Allah perlulah berdasarkan kepada keterangan dan bukti jelas nyata. Bukan atas kejahilan dan kesesatan. Kerana asas agama Islam ialah Al-Quran dan al-Sunah. Demikian hendaklah Al-Quran dan al-Sunah itu difahami mengikut fahaman generasi pendahulu Islam yang mulia, golongan Salaf al-Soleh, para Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin.

Firman Allah ﷻ:

قُلۡ هَٰذِهِۦ سَبِيلِيٓ أَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۠ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِيۖ وَسُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۠ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku (ittiba’) menyeru manusia kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan Maha suci Allah, aku bukan daripada golongan yang menyekutukan Allah.”

[Al-Quran, Yusuf, 12:108]

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
05 Jamadilakhir 1445H
18 Disember 2023
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • | |

    MENJAWAB 19 TUDUHAN ‘AJARAN WAHABI’

    Berikut jawapan ringkas terhadap 19 tuduhan mengenai ‘Ajaran Wahabi’. TUDUHAN PERTAMA: Meyakini Allah di Langit;Ahli Sunah Waljamaah (ASWAJA)Percaya Allah Wujud Tanpa Bertempat JAWAPAN: Golongan Salaf meyakini bahawa Allah ﷻ di atas langit, bukan di dalam langit. Allah ﷻ di atas Arasy, ‘istawa’ meninggi dan tetap di atasnya (bukan bersemayam), sebagaimana…

  • |

    MATI ATAS AL-SUNAH

    Kata al-Marrudzi (wafat 275H): “Aku bertanya kepada Abu Abdillah (Imam Ahmad): Adakah orang yang mati atas Islam dan al-Sunah mati dalam keadaan yang baik?” Imam Ahmad menjawab: “Diam engkau! Bahkan dia telah mati dalam keadaan yang terbaik.” [al-Siyar oleh al-Dzahabi, 11/296] Dr. Idris bin SulaimanKajang27 Rabiulawal 1445H13 Oktober 2023

  • BEZA SUNNAH TA’ABBUDI / SUNNAH ADAT

    Sunnah dari sudut bahasa bererti jalan. Ada pun jika dikatakan Sunnah Nabi, ia bermaksud jalan yang ditempuh oleh Nabi ﷺ sepanjang hidup baginda dari segala sudutnya. Penting untuk difahami bahawa Sunnah Nabi terbahagi kepada dua: 1. Sunnah Ta’abbudi; 2. Sunnah Adat. Sunnah Ta’abbudi merujuk kepada perbuatan-perbuatan baginda ﷺ yang bersifat…

  • |

    UCAPAN TAKZIAH SYEIKH SULAIMAN AL-RUHAILI

    Syeikh Sulaiman al-Ruhaili, pensyarah di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan pengajar di Masjid Nabawi membuat hantaran di X (Twitter) mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas. Dalam hantaran itu beliau menyatakan dengan menyebut nama Allahyarham dengan gelaran ‘al-Ustaz al-Syeikh’ terdiri dalam kalangan ilmuwan terawal di Indonesia…

  • |

    TIADA KEBAIKAN KECUALI NABI ﷺ SUDAH AJAR

    Tiada kebaikan dan amal ibadah yang mendekatkan manusia ke syurga melainkan telah diajar oleh Nabi ﷺ, dan tiada keburukan yang membawa manusia ke neraka melainkan baginda ﷺ sudah larang. Sebagaimana sabda Nabi ﷺ: لَيْسَ مِنْ عَمَلٍ يُقَرِّبُ إِلَى ‌الْجَنَّةِ إِلَّا قَدْ ‌أَمَرْتُكُمْ ‌بِهِ، وَلَا عَمَلٌ يُقَرِّبُ إِلَى النَّارِ إِلَّا قَدْ…

  • | |

    KEBENARAN WAJIB DIJELASKAN

    Wajib ada pihak dalam kalangan umat Islam yang berdakwah menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Firman Allah ﷻ: وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ “Dan hendaklah ada di antara kamu pihak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat kebaikan serta melarang…