“ISLAM ITU LUAS”?

“ISLAM ITU LUAS”?

# Ungkapan batil

Ia merupakan jawapan mudah sebahagian kelompok apabila amalan mereka dibantah kerana tiada dalil yang menyokong amalan mereka tersebut.

Sedangkan ia paling kurang mengelirukan jika bukan batil.

Ini kerana Islam terbatas kepada apa yang difirmankan oleh Allah ﷻ serta disabdakan oleh RasulNya ﷺ semata-mata manakala dalil-dalil daripada sumber-sumber yang lain haruslah dikembalikan kepadanya bagi menentukan kesahihannya.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah ﷺ:

‌تَرَكْتُ ‌فِيكُمْ ‌أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ رَسُولِهِ.

“Aku tinggalkan buat kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepada kedua-duanya; Kitab Allah dan Sunah RasulNya.”

[Hasan. Riwayat Imam Malik dan al-Hakim]

Dengan kata lain, mereka yang mengetepikan Al-Quran dan as-Sunah untuk berpegang kepada selainnya akan sesat.

Justeru kata Imam Malik:

فَمَا لَمْ يَكُن يَوْمَئِذٍ دِينًا، لَا يَكُونُ اليَوْمَ دِينًا.

“Apa yang bukan daripada Agama pada zaman itu (zaman Rasulullah ﷺ) maka ia tidak akan menjadi sebahagian daripada Agama pada zaman ini.”

[Ibnu Hazm, al-Ihkam Fi Usul al-Ihkam]

CATATAN:

Islam itu luas? Tidak. Ia terbatas kepada Al-Quran dan as-Sunah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Safar 1443H /
22 September 2021

Similar Posts

  • SUNAH IMAM MENGHADAP MAKMUM SELEPAS SOLAT

    Hidupkan as-Sunah. Imam jangan terus kekal menghadap kiblat. Makruh bagi imam untuk terus menghadap kiblat selepas selesai solat. Sebaliknya disunatkan baginya selepas beristighfar sebanyak tiga kali dan mengucapkan ‘Allahumma anta as-Salam, waminka as-Salam, tabarakta ya zaljalali walikram’ untuk berpusing menghadap makmum dengan wajahnya. Ini berdasarkan hadis Samurah bin Jundub, katanya:…

  • NEGARA DIANCAM KUFFAR 2

    NEGARA DIANCAM KUFFAR 2 Hampir sahaja keadaan negara pada hari ini seperti yang disabdakan oleh Nabi salllalahu alaihi wasallam, يُوشِكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمُ الْأُمَمُ كَمَا تَدَاعَى الْقَوْمُ إِلَى قَصْعَتِهِمْ. قَالَ: قِيلَ: مِنْ قِلَّةٍ؟ قَالَ: بَلْ أنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَلَيَنْزَعَنَّ اللهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ المَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ…

  • NAFSU BERCAKAP

    NAFSU BERCAKAP Bercakap ada nafsunya. Iaitu kemahuan dan keinginan yang kuat untuk bercakap lebih-lebih lagi di media sosial yang pada hari ini telah membolehkan semua memberi pendapat dan meluahkan perasaan. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda: “Barang siapa beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam.” [Sahih….

  • ADEGAN LUCAH HOMOSEKSUAL

    ADEGAN LUCAH HOMOSEKSUAL Sumber-sumber menunjukkan bahawa kebelakangan ini adegan-adegan lucah homoseksual semakin agresif ditayangkan dalam filem-filem dan rancangan-rancangan televisyen bersiri dari Barat. Masyarakat perlu sedar bahawa rancangan-rancangan ini bukan untuk hiburan semata-mata, sebaliknya ia merupakan satu bentuk indoktrinasi secara halus. Strategi indoktrinasi ini telah berjaya di Barat dan kini sedang…

  • IMAM AHMAD BIN NASR AL-KHUZAI

    IMAM AHMAD BIN NASR AL-KHUZAI . Menjawab Syubhat Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai Khuruj Melawan Pemerintah . . Telah tersebar syubhat yang menyatakan kononnya Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai rahimahullah telah khuruj terhadap pemerintah. . Ada pelbagai versi yang berlegar dan antara versi yang dipopularkan oleh sebahagian kelompok adalah versi…