INDAHNYA ISLAM

INDAHNYA ISLAM

# Keutamaan Tauhid
# Bahaya syirik
# Wajibnya birrul walidain

Kedua-dua mereka mendesak secara bersungguh-sungguh supaya dinafikan hak ALLAH ﷻ sedangkan ALLAH ﷻ memerintahkan supaya mereka tetap dilayan dengan sebaik-baiknya.

Firman ALLAH ﷻ:

وَإِن جَٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِي مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٞ فَلَا تُطِعۡهُمَاۖ وَصَاحِبۡهُمَا فِي ٱلدُّنۡيَا مَعۡرُوفٗا.

“Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.”

[Surah Luqman, ayat 15]

Mengesakan ALLAH ﷻ dan menjauhi syirik merupakan perkara yang paling utama.

Dalam masa yang sama, birrul walidain (berbakti kepada kedua-dua ibu bapa) juga penting dan tidak boleh diketepikan dalam apa jua keadaan sekalipun kedua-dua mereka mendesak supaya si anak berbuat syirik.

Tidak ada ketaatan dalam hal maksiat, apatah lagi syirik dan bergaul dengan ibu bapa dengan baik sentiasa wajib.

Alhamdulillah atas nikmat Islam.

Idris bin Sulaiman
Kajang
30 Zulhijah 1442H /
09 Ogos 2021

Similar Posts

  • SYEIKH RABI’ AL-MADKHALI & IKHWAN MUSLIMIN

    SYEIKH RABI’ AL-MADKHALI & IKHWAN MUSLIMIN Semoga Allah merahmati Syeikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali hafizahullah. Beliau telah menghabiskan sebahagian besar umurnya membongkar kebejatan pertubuhan Ikhwan Muslimin, perancangan dan kerosakan yang mereka lakukan, di kala ramai ilmuan apatah lagi masyarakat awam yang tidak tahu mengenai pertubuhan ini. Kini pendiriannya telah sampai…

  • Kotak Capal

    Kotak Capal # Pentaksub Capal # Kotak pun jangan dibuang Lihat bagaimana isu capal ini terus berkembang dan terus bertambah sulit. Bermula dengan simbol capal dikeramatkan dan yang terkini kotak produknya pun hendak dijadikan begitu. Tidak hairan sekiranya hal-hal seperti ini lebih disukai syaitan berbanding maksiat-maksiat yang jelas. Kebiasaannya maksiat…

  • BUNUH DIRI

    BUNUH DIRI Membunuh diri termasuk antara sebesar-besar dosa. ALLAH ﷻ berfirman: وَلَا تَقۡتُلُوۤا۟ أَنفُسَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِیمࣰا. “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengasihani kamu.” [Al-Quran; an-Nisa’: 29] Sabda Nabi ﷺ: “Barang siapa membunuh dirinya dengan sesuatu maka dia akan diseksa dengannya pada Hari Kiamat.”…

  • AWAS! GERAKAN SYIAH MALAYSIA HALUS & LICIK.

    AWAS! GERAKAN SYIAH MALAYSIA HALUS & LICIK. Tulisan al-Fadhil Ustaz Fazrin hafidhahullah: MAKAN MALAM BERSAMA DUTA IRAN https://www.facebook.com/340272576029903/posts/3430049940385469/ Kepada ALLAH jua kita memohon keselamatan dan perlindungan. Idris bin Sulaiman Damansara 17 Muharram 1442 / 6 September 2020 http://www.facebook.com/idrissulaiman

  • KARIKATUR HINA NABI

    KARIKATUR HINA NABI Perbuatan orang-orang kafir menghina Nabi ﷺ bukanlah suatu yang baharu. Hal ini berlaku semenjak zaman Nabi ﷺ di mana orang-orang kafir Mekah mengejek mengatakan bahawa Nabi ﷺ seorang ahli sihir, penyair, tukang ramal, pembohong dan sebagainya. Ternyata bahawa Nabi ﷺ bersabar menghadapinya dan tidak terburu-buru melatah memberi…

  • SYUKUR ATAS NIKMAT SUNNAH

    SYUKUR ATAS NIKMAT SUNNAH Jika tidak habislah MAJLIS ILMU kita diganti dengan majlis tari-menari dengan atas nama MAJLIS ZIKIR. Catatan: Sebahagian umat Islam terus dicandukan dengan majlis-majlis seperti ini sehingga menyebabkan mereka miskin ilmu al-Quran dan as-Sunah di samping jahil tentang pegangan dan amalan para Sahabat Nabi ﷺ. Idris bin…