ILMU FIQAH

ILMU FIQAH

# Taklid vs Ittiba’

Rata-rata memahami ilmu fiqah sebagai ilmu yang membahaskan tentang pendapat-pendapat ulama dan mazhab.

Sewajarnya pemahaman ini diperbetulkan kerana ilmu fiqah yang sebetulnya ialah ilmu pemahaman Al-Quran dan hadis.

Kedua-dua Al-Quran dan hadis menjadi sumber utama ilmu fiqah. Tinggal lagi sama ada kita kembali kepada kedua-dua sumber utama Agama ini atau kita hanya berpegang kepada pendapat ulama atau mazhab tertentu.

Pendekatan yang pertama dinamakan ittiba’ manakala yang kedua dinamakan taklid.

Orang yang bertaklid ialah orang yang mengikuti pendapat tertentu tanpa memahami dalil sandarannya.

Adapun ittiba’ ialah pendekatan yang menekankan kepentingan berpegang kepada Al-Quran dan hadis serta mengikuti petunjuk kedua-duanya dalam permasalahan-permasalahan Agama.

Idris bin Sulaiman
Kajang
25 Jamadil Akhir 1441H
19 Februari 2020

Similar Posts