|

IJAB KABUL NIKAH

Antara syarat sah nikah ialah ijab kabul di samping adanya suami, isteri, wali dan dua orang saksi.

Ijab ialah penawaran manakala kabul ialah penerimaan.

Jika wali perempuan kata “Aku nikahkan fulanah” dan calon suami kata “Aku terima” maka selesailah akad nikah itu.

Jika kelima-lima syarat di atas dipenuhi maka nikah itu sah di sisi syarak.

Tidak disyaratkan lafaz ijab kabul tertentu.

Mas kahwin ialah hak isteri tetapi akad nikah tetap sah walaupun dalam keadaan ia tidak ditetapkan kerana ia bukan syarat ataupun rukun dalam pernikahan.

Firman Allah ﷻ:

لَّا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ إِن طَلَّقۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ مَا لَمۡ تَمَسُّوهُنَّ أَوۡ تَفۡرِضُواْ لَهُنَّ فَرِيضَةٗ

“Tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bergaul) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka.”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:236]

Ayat Al-Quran di atas mengesahkan talak yang berlaku sekalipun mas kahwinnya tidak dinyatakan sedangkan tidak ada talak kecuali setelah ada pernikahan yang sah.

Mahar ditetapkan mengikut apa yang dipersetujui atau mengikut mahar mithli iaitu mas kahwin saudara perempuan isteri yang sudah berkahwin sebelumnya.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
01 Rabiulakhir 1445H
16 Oktober 2023

Similar Posts

  • |

    MENCARI KEBENARAN ATAU BERSILAT LIDAH

    Dalam setiap permasalahan, sekiranya penjelasan yang mencukupi sudah diberikan maka bicara selebihnya akan membawa kepada perbalahan. Perbalahan di mana kebiasaannya lawan rasa kagum dengan pendapatnya sendiri, kebenaran yang dibawa jadi lemah, hati bertukar keras manakala kekeliruan dan kesulitan semakin bertambah. Muslim yang bijak akan menjauhi situasi-situasi seperti ini. Oleh itu…

  • |

    ‘SENGKETA’

    Apabila tidak mampu berhujah dengan fakta dan dalil, video lakonan fitnah pula disajikan. Memalukan. Dr. Idris bin SulaimanKajang03 Jamadilakhir 1446H05 Disember 2024https://idrissulaiman.com

  • | |

    VIDEO TULAR: “BANYAK PERSAMAAN ISLAM DENGAN AGAMA LAIN”??

    Tular semalam video sekumpulan orang Islam melawat sebuah rumah ibadat di ibu negara. Rentetan lawatan itu salah seorang pesertanya dengan teruja membuat kenyataan berkata: “Banyak persamaan antara agama Islam dengan agama lain.” Perlu ditegaskan bahawa lawatan seperti ini batil dan sangat tidak wajar. Masakan sama antara intan dengan kaca. Masakan…

  • |

    ‘KEADILAN’ BARAT

    Hukuman bunuh (capital punishment) telah sekian lama dimansuhkan atau tidak lagi diamalkan di kebanyakan negara Barat seperti Amerika Syarikat dan lain atas faktor ‘kemanusiaan’. Kesudahannya, hukuman maksimum atas kesalahan paling berat seperti membunuh hanyalah penjara. Itu hukumannya. Pesalah yang membunuh nyawa tidak berdosa hanya akan dikenakan penjara seumur hidup. Disediakan…

  • ULAMA KHILAF

    Sering kali mungkin kita mendengar jawapan ini apabila berdepan dengan isu-isu ‘khilafiat’. Tersebut kisah seorang mufti pada zaman dahulu yang ingin menunaikan haji lalu dia resah kerana tiada sesiapa yang dapat ditabal sebagai penggantinya. Akhirnya kerana tiada pilihan si mufti itu pun meminta anaknya supaya mengambil alih tempatnya sebagai mufti…

  • |

    TAKLID BUTA

    – Video mentaliti haiwan ternak Taklid sememangnya buta. Ikut bulat-bulat sesuatu perbuatan kerana orang lain melakukannya tanpa mengetahui alasan atau sebabnya. Tidak mahu belajar dan tidak mahu bertanya. Sekadar mengambil jalan mudah kerana malas berfikir. Sikap ini ada dalam mana-mana masyarakat, tidak mengenal batas usia, muda atau tua, lelaki atau…